Kediaman BoBoiBoy di Movie Animation Park Studios (‘MAPS’) Perak
Giler best layan lagu tema Boboi...
Sangat "catchy" dan bersemangat betul, memang terbaik adunan lirik dan lagu tema ni uolls..
Kenalkan watak utama depan dari kiri -Fang, BoBoiBoy belakang dari kiri - Gopal, Yaya dan YingSatu majlis memperkenalkan kediaman BoboiBoy di Movie Animation Park Studios (‘MAPS’) Perak yang mana untuk pengetahuan uolls ini merupakan antara projek paling unik dan mengujakan yang sedang dibangunkan dalam landskap hiburan santai & pelancongan di Malaysia.
Yang beshnya ianya bakal meliputi lebih 40 permainan (ride), pertunjukan & tarikan termasuk zon khusus untuk DreamWorks Animation yang pertama di Malaysia, drop tower tertinggi di Malaysia, pertunjukan aksi (stunt) kereta secara siaran langsung dan pelbagai makanan & minuman serta kedai-kedai menarik. MAPS memenuhi tarikan sekeluarga dan pengunjung daripada semua peringkat umur serta direka mengikut cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun
Pada mereka yang sukakan cabaran ...
Antara yang menarik, pertunjukkan aksi stunt!
Unik dan cantik!
Berucap pada
majlis pengumuman tersebut, Pengerusi dan Pengasas RSG, Ramelle Ramli berkata:
“Dengan penyertaan BoBoiBoy bersama MAPS
Perak, semestinya ia akan menjadi daya tarik yang besar memandangkan ia
merupakan animasi yang begitu dekat dan amat dikenali kanak-kanak Malaysia.”
Berlangsung sejajar dengan Ulang Tahun ke-4 BoBoiBoy, Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Razak mengumumkan bahawa syarikatnya kini telah menemui ‘kediaman’ sempurna untuk BoBoiBoy di MAPS
Dengan penyertaan BoBoiBoy bersama MAPS, ia mampu menawarkan pengunjung taman tema ini dengan pelbagai aktiviti menarik berdasarkan karakter-karakter popular BoBoiBoy. Pengunjung dapat menyaksikan sendiri BoBoiBoy dijelmakan di MAPS menerusi filem pengembaraan 4D yang dihasilkan secara eksklusif yang hanya dapat disaksikan di MAPS. Para pengunjung, terutamanya kanak-kanak boleh melawat BoBoiBoy Animation & Sound FX sebuah tarikan yang memberikan mereka pengalaman seperti seorang superhero dengan teknologi 3D.
Yang menarik ada Kokotiam ala-ala kedai kopitian ada juga uoolls..
Kokotiam Tok Aba antara tarikan yang mesti dikunjungi kerana ia akan menyajikan makanan dan minuman yang terkenal dengan minuman koko panasnya. Cenderahati BoBoiBoy turut ada dijual di Kokotiam
Rakyat
Malaysia kini boleh berbangga dan menyaksikan animasi BoBoiBoy hasil kerja produksi tempatan berdiri sama tinggi dengan
produksi-produksi animasi berkelas antarabangsa di taman tema filem animasi
pertama Asia, MAPS.
Uiks, tak sambar nak tunggu taman tema ini dibuka!!! Ai pasti terjah uolls :)
Uiks, tak sambar nak tunggu taman tema ini dibuka!!! Ai pasti terjah uolls :)
Untuk
keterangan lanjut berkenaan MAPS Perak, layari www.mapsperak.com dan Facebook www.facebook.com/mapsperak.
Terbhaekkkk!!
Kediaman BoBoiBoy di Movie Animation Park Studios (‘MAPS’) Perak
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 10, 2015
Rating:
wah..menariksnya. Nie kalau bukak nie, confirm anak2 Ayu ajak terjah sbb dua2 pun minat boboiboy nie..
ReplyDeletebest best!!
Kak Ella pun tak sabar .. Boboiboy .. Yeayy! *nyanyi hepi* haha
ReplyDeleteTerbaiklah! Agak-agak setaraf USS ke nanti.
ReplyDeleteI went over this site and I trust you have a ton of awesome data, spared to my bookmarks maps123.net
ReplyDelete