Kempen Sarapan #HariHariHorlicks Menekankan Pentingnya Gizi Dalam Sarapan Malaysia

Salam uolls...
GlaxoSmithKline Consumer Healthcare (GSK) telah memperkenalkan Kempen Sarapan Hari-Hari Horlicks yang bertujuan untuk mendidik masyarakat Malaysia tentang betapa pentingnya sarapan berkhasiat yang lengkap setiap hari.

 Menurut Pengarah Pemasaran GSK, Katharine Chen;

"Sarapan bukan sahaja membolehkan seseorang memulakan hari baharu mengikut landasan yang betul, malah ada kaitannya dengan banyak manfaat kesihatan yang memberikan kesejahteraan dan daya penumpuan di sekolah atau di tempat kerja. Horlicks juga mahu menyedarkan seluruh rakyat Malaysia tentang kepentingan sarapan sihat dalam  Kempen Sarapan Hari-Hari Horlicks"

 Horlicks mempunyai legasi pemakanan yang kukuh iaitu bermula sejak tahun 1873 lagi. Disokong dengan formula sainstifik, Horlicks sememangnya kaya dengan kebaikan malt (kandungan 115% kalisum berdasarkan RNI).

 Perkongsian tentang fakta mengenai pengambilan sarapansetiap hari oleh kanak-kanak (boleh rujuk pada rajah di atas).
 Kelebihan minum Horlicks :)


Tidak dinafikan Malaysia antara negara yang begitu unik tentang masakannya. Hidangan sarapan seperti nasi lemak, roti anai, kuih-muih dan banyak lagi sememangnya menjadi feveret masyarakat Malaysia. Menurut Pakar Nutrisi  Alexandra Prabaharan, ke semua hidangan Malaysia boleh dinikmati dengan lebih baik sekiranya ramuan yang digunakan dan cara penyediaan yang  berkhasiat.


Contohnya hidangan nasi lemak, kacang dipanggang, ikan bilis digoreng dengan menggunakan sedikit minyak, beras berkhasiat (kurang gula) dimasak tanpa santan, sambal juga dimasak menggunakan kurang minyak, telur rebus dan timun. See ianya menggunakan ramuan terbaik dan dimasak secara berkhasiat

 Penekanan harus diberikan kepada khasiat dalam pemakanan anak yang diperlukan untuk membesar!

Alexandra Prabaharan juga telah menunjukkan cara menyediakan hidangan sihat yang boleh disediakan dengan mudah.


Bersempena dengan kempen ini juga Truck Sarapan Horlicks akan melawat 109 sekolah dan 66 tempat awam yang menjadi tumpuan sekitar Lembah Klang untuk diberikan secawan Horlicks percuma.


Uolls juga boleh menyokong kempen ini dengan menyertai detik-detik Sarapan Horlicks, dengan berkongsikan gambar sarapan setiap hari, Seramai 5 penyertaan terbaik (gambar + kapsyen) akan menerima 12 pek Horlicks setiap orang....Pehhh memang lumayan!!!

Keterangan lanjut boleh layari --> https://www.facebook.com/HorlicksMalaysia


Kempen Sarapan #HariHariHorlicks Menekankan Pentingnya Gizi Dalam Sarapan Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 11, 2015 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.