Kimball Memperkenalkan Sos Pasta Asia!



Spageti memang antara feveret anak-anak ai uolls...
Kiranya dalam sebulan wajib masak hidangan ini sekurang-kurang 2 kali..
Atas permintaan pasaran yang tinggi teruatamanya sos pasta, Kimball Malaysia telah memperkenalkan sos pasta terbaru mereka yang mempunyai citarasa gaya orang Asia.

Terdapat 3 jenis sos pasta baru yang lazat diperkenalkan :=)

Kenalkan Sos Pasta Kari, Sos Pasta Tomyam...

Dan juga sos rendang...

Gabungan inovatif di antara Barat dan Timur dapat kita rasakan melalui keenakan sos Kimball yang baru, bahkan tempoh penyedian juga sangat mudah dan tidak mengambil masa yang lama.

****
Bertempat di Aras 5 Cooking Demo Tower Kompleks Membeli Belah Sogo dengan kerjasama jenama TEFAL telah mengadakan  Cabaran Memasak di antara Chef Ezani Farhani (bekas Juara Master Chef Musim Pertama) dan juga selebriti yang diminati ramai  Yasmin Hani. Cabaran memasak sos pasta ini  untuk menguji sejauhmana kehebatan memasak menggunakan cara moden dan konvensional.



Apa yang menariknya, cabaran memasak ini melihat 2 selebriti berentap untuk  menyediakan pasta bersama sos tomyam. Hidangan yang sama tetapi cara penyediaan yang berbeza.


Bagi Yasmin Hani, beliau akan menggunakan cara konvensional. Perlu menumbuk segala bahan, menghiris, dan sebagainya bagi mendapatkan rasa pes tomyam.


Manakala Chef Ezani menggunakan cara lebih moden iaitu Sos Pasta Kimball Tomyam. Ianya hanya melibatkan 3 langkah mudah. Sos pasta dimasak dengan cuma tambah bahan mentah (jika suka) seperti ayam, udang dan lain-lain.

Akhirnya, memang ternyata dengan menggunakan sos pasta Kimball Tomyam, jauh mebih mudah, dan pantas disediakan. Memang sangat menjimatkan masa. Dan paling best kita tak perlu stress untuk memasak yang melibatkan pelbagai langkah seperti memotong, menumis dan pelbagai lagi.

Tadaaaaaaaaaaaaaa...
Hasil masakan dua selebriti...


Para pengunjung juga berpeluang merasai sendiri kehebatan rasa hidangan yang disediakan oelh kedua selebriti ini. Hmmmm, tidak dinafikan saya memang gemarkan rasa sos pasta Kimball Tomyam... Kan Kum Kap..... memang terasa keaslian rasa tomyam - pedas-pedas dan masam-masam, nyummehh

Kami juga berpeluang merasai semua jenis Sos Pasta Asia Kimball yang mula diperkenalkan di pasaran.
Senyum molek :=)

Antara bloggers yang menghadirkan ke majlis pengenalan Sos Pasta Asia dari Kimball!

Harga sos pasta ketika promosi di SOGO baru-baru ini.

Untuk harga biasa di pasaran, sos pasta bersaiz 350gram berharga RM4.95 sebotol yup. So, uolls jangan lupa dapatkan sos pasta citarasa Asia keluaran terbaik dari Kimball.



Keterangan lanjut mengenai produk Kimball boleh klik  http://bit.ly/KimballFB  dan jangan lupa untuk LIKE page ni ya uolls :)

Kimball Memperkenalkan Sos Pasta Asia! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 07, 2015 Rating: 5

2 comments:

  1. wah. ritu masa groceries nampak sos baru ni tp tak berani nk beli takot tak sedap sbb perasa rendang kan hihi.. pasni leh la try

    ReplyDelete
  2. jue- not bad rasanya..bolehlah try :)

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.