Makan Malam Indah Sempena dengan "Parents' Day" di Restoran Mewah Sky360 One City
Sesuatu yang cukup istimewa dan bermakna jika dapat meraikan orang tersayang terutama ibu bapa, ataupun mungkin ibu atau bapa kepada anak-anak kita yang dikasihi. Dengan membawa mereka menikmati makanan yang enak di lokasi yang menarik dan unik tentunya meninggalkan memori yang sangat indah.
Apatah lagi dengan hiasan deko minimalis begitu esklusif untuk acara santai makan malam seisi keluarga ataupun teman yang istimewa.Sempena dengan Parents' Day ini juga pasukan M.I.C.E @ One City telah memperkenalkan set hidangan istimewa dengan harga yang berpatutan di Restoran Sky360 Level R (Rooftop) One City Subang Jaya. Terdapat 2 set yang dipilih ya :-
Set A (RM50 nett, termasuk GST)
Starter:
"Wild Mushroom Soup with Garlic Bread"
Main Course:
"Grilled Chicken Chop with BBQ Sauce" atau "Special Sky 360 Fried Rice"
Dessert:
"Manggo Pudding With Fruit Salad" atau "Ice Cream Per Scoop"
Drink:
Hot Coffee, Tea atau iced lemon tea
Set B (RM60 nett, termasuk GST)
Starter:
"Wild Mushroom Soup with Garlic Bread"
Main Course:
"Grilled Lamb Shoulder With Pepper Sauce" atau "Spaghetti Aglio Olio Seafood"
Dessert:
"Manggo Pudding With Fruit Salad" atau "Chilled Cream Caramel"
Drink:
Hot Coffee, Tea atau iced lemon tea
Wild mushroom soup with garlic bread
Yang menariknya tentang sup ini bukan sahaja ianya menggunakan bahan-bahan semulajadi, rasanya bertambah unik dengan adanya "foam" di permukaan, dihirup panas. Dan terasa cendawan yang ketara, kerana ianya tidak dikisar terlalu halus. Memang sedap! Apatah lagi sup ini dimakan bersama garlic bread dengan potongan yang unik, dan di atasnya terdapat sayuran dan Caviar!
Grilled Chicken Chop with BBQ Sauce
Untuk menghasilkan hidangan ini memerlukan skil yang agak tinggi. Gulungan ayam terdapat rempah ratus di dalamnya dimakan bersama jagung, coleslaw dan mashed potato. Persembahan hidangan memang klasik benar-benar memikat selera.
Special Sky 360 Fried Rice
Nasi goreng enak bersama hidangan laut (udang goreng tepung), spicy chicken wing, telur goreng dan juga acar jelatah di sediakan dengan penuh gaya.
Grilled Lamb Shoulder With Pepper Sauce
Hidangan ini "win" di hati saya. Rasa sos pepper yang begitu "kick" apatah lagi adanya parutan lobak merah yang diperap sempurna bersama jus mangga dan oren memberi kelainan pada hidangan ini. Gabungan menu ini lengkap dengan kehadiran jagung, coleslaw dan mashed potato.
Spaghetti Aglio Olio Seafood
Keenakan spaghetti ni terletak pada gabungan ramuan seafood yang pelbagai! Peminat makanan berkarbohirat ini pasti tidak melepaskan peluang mencubanya bila berada di sini.
Manggo Pudding With Fruit Salad
Lembut dan ianya akan terus "melting" di dalam mulut. Apatah lagi terdapat hirisan buah segar, menjadikan kombinasi puding dan salad buah ini benar-benar lengkap sebagai pemanis mulut terbaik.
Ice Cream Per Scoop
Pilihan pelbagai jenis perisa ais krim dimakan bersama karamel, krim putar dan buahan segar,
Chef yang terbaik dan hebat,
Menghasilkan hidangan yang lazat!
Sememangnya memikat :)
Promosi ini ditawarkan setiap hari bermula dari 1 April - 30 Jun 2015 sahaja, dari jam 7 malam - 10 malam. Untuk keterangan lanjut boleh layari http:///www.sky360.ca
Makan Malam Indah Sempena dengan "Parents' Day" di Restoran Mewah Sky360 One City
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 28, 2015
Rating:
beshnya
ReplyDeletememang sedap suzz :)
ReplyDelete