Amani dan Aktiviti Membuat Aksesori Perhiasan Yang Chantek
Hai nama saya Amani. Umur saya 5 tahun. Saya seorang yang periang dan meminati seni kraftangan. Sebab saya begitu minat dengan hasil tangan kraf, mummy saya telah mendaftarkan saya di bengkel membuat jewellery baru-baru ini.
Untuk makluman pembaca blog mummy saya semua ya. Bengkel ini diadakan di Konikuniya KLCC. Pelbagai tema menarik ditawarkan dalam setiap bengkel yang dijalankan.
Saya telah diberi tunjuk ajar oleh jewellery specialist iaitu Kak Angie. Pelbagai jenis rekaan diperkenalkan dan saya sememangnya sangat teruja untuk mencuba.
Peralatan seperti board jewelery making dan juga manik-manik yang comel pelbagai warna disediakan.Kawan-kawan tak perlu risau sekiranya tidak tahu nak membuat rantai manik. Sebab dalam bengkel ini kita akan dibantu oleh tenaga pengajar dibawah seliaan Kak Angie.
Saya juga dapat melatih diri saya untuk berani mencuba bersungguh-sungguh. Walaupun kelihatan sukar tapi untuk kanak-kanak 5 tahun seusia saya, pengalaman membuat sendiri rantai manik ini memang mengujakan biarpun mencabar.
Awak tengok saya. Tekun betul.
Dan melalui aktiviti berfaedah ini selain daripada dapat menghasilkan sesuatu yang menarik, kita juga dapat membentuk sahsiah diri agar lebih bersikap berdikari.
Awak!!! Lihat Amani punya rantai dan gelang tangan dah siap.
Lepas tu, Amani belajar cara buat subang pula. Kali ini Amani belajar mengkombinasikan manik, straw dan bunga.
Banyak tip yang Amani belajar dari cikgu ini. Antaranya. kita kena lebih kreatif untuk mengatur sesuatu agar nampak unik terutama dalam menghasilkan kraftangan.
Bengkel berlangsung selama 2 jam tau. Dan Amani berasa sangat gembira. Bukan sahaja dapat belajar buat aksesori perhiasan bahkan Amani juga dapat kenal dengan kawan-kawan baru.
Terima kasih Uncle Sid dan Cikgu Angie, lain kali jangan lupa jemput Amani join lagi. Dan buat kengkawan semua, kalau nak sertai sama jangan lupa cikedaut poster yang tertera di atas. Ataupun klik di sini untuk keterangan lebih lanjut https://www.facebook.com/elegantjewellerystudio
Byeeee...
Amani dan Aktiviti Membuat Aksesori Perhiasan Yang Chantek
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
May 20, 2015
Rating:
sronok amani wat rantai...time die main ngan tisya mmg gaya bdk beso...walau die br 5thn
ReplyDeleteMama tisya- amani mmg die perangai cam kanak2 bsr, pandai berkawan juga,,sbb tu blh geng ngan tisya hehe
ReplyDeletenampak besh!
ReplyDeleteseronoknyeee..cantik rantaiii..
ReplyDeletemz- mmg beshhh :)
ReplyDeletefalsya- nanti mek tu besar skit boleh join heheheh