Banyak Barangan Terbaik dan Aktiviti Menarik di Booth JOHNSON'S® Mom & Baby Expo 2015

Sepertimana yang kita tahu bermula dari hari ini 15hb Mei - 17hb Mei 2015, telah berlangsungnya Mom & Baby Expo 2015 di Mid Valley. Pelbagai jenama terkemuka barangan dan keperluan bayi telah turut serta menyertai expo ini.

Antara jenama barangan keperluan bayi yang bersama-sama memeriahkan expo ini ialah JOHNSON'S® . Untuk pengetahuan semua JOHNSON'S® merupakan jenama antarabangsa yang telah merintis sains dan menetapkan standard global pada penjagaan kulit bayi lebih daripada 120 tahun. Tidak hairanlah JOHNSON'S®  begitu komited menawarkan pelbagai produk yang dirumuskan dan direka khas instimewa buat bayi. 

Penyelidikan terbaru JOHNSON'S® juga telah mendedahkan betapa pentingnya pengalaman "multi- Sensorial" yang boleh membawa kepada bayi agar membesar sihat.

Daripada kajian yang telah  dilakukan oleh pihak JOHNSON'S®  mendapati ibu bayi sebenarnya dapat merangsang deria bayi pada masa yang sama untuk meningkatkan pembangunan dan memupuk keupayaan bayi untuk belajar, berfikir, memupuk kasih sayang dan berkembang sihat.

Selain itu didapati juga ibu bapa Malaysia cenderung untuk menghabiskan kurang daripada lima minit (daripada standard global untuk mandikan bayi)

Atas kesedaran itu, Johnson & Johnson telah mengambil inisiatif untuk melibatkan ibu untuk mengambil # 5MinutesMore masa mereka bagi memaksimumkan potensi perkembangan bayi.


 Antara tip-tip yang perolehi di sini...




Selain itu, pelbagai barangan  JOHNSON'S® dijual dengan harga yang sangat berpatutan...
Antaranya seperti :-
Mandian bayi saiz paling besar, untuk 2 botol RM35

Set bed time RM35

Minyak baby oil, 2 botol RM7

Wipes tissue...
 Travel pack

dan macam-macam lagi...
 8 langkah untuk menjadikan waktu mandi bayi anak lebih mudah dan seronok.
Klik imej untuk gambaran lebih jelas..

 Ujian kepada produk mandian bayi  JOHNSON'S®..

 Seperti yang ketahui...semakin pekat warna skala semakin tinggi kandungan alkali menyebabkan kulit bayi akan terdedah kepada enzema, kering dan sebagainya..

 Ujian kepada produk penjagaan bayi Brand C...nampak begitu tinggi kandungan alkalinya..

Tapi tidak untuk produk mandian JOHNSON'S®...lebih neutrel :)

Kehadiran Shasha Bashir, seorang selebriti yang sudah bergelar ibu sememangnya menarik perhatian pengunjung di expo.
Seorang ibu muda yang kini telah memiliki 2 orang cahayamata sememangnya Sasha Bashir antara selebriti bergelar mommy yang menjadi idola ramai wanita. Saya sempat menemubual beliau tentang rutin hariannya sebagai seorang ibu pada masa yang sama mempunyai karier yang begitu padat tak tentu masa.

Yang menariknya Sasha Bashir seorang yang sangat optimis dan positif dalam setiap perkara yang dilakukan. Apatah lagi beliau mempunyai suami yang sangat sporting dan memahami karier beliau. Bagi Sasha sendiri, komunikasi antara suami, perbincangan dan perancangan yang dilakukan setiap hari perlu ada bagi memastikan perjalanan hidup sehariannya teratur dan sempurna.

 Sasha juga berkongsi tip dengan saya, untuk berjaya kita tidak perlu merasakan begitu tertekan dengan segala masalah. Yang penting kita perlu rasa keseronokan dalam setiap apa yang dilakukan. Sentiasa berada di sisi anak, perlu ada waktu dengan mereka (bonding time) agar anak-anak lebih kenal dan rapat dengan ibu-bapa mereka.

4 perkara menarik tentang Sasha, beliau seorang IBU yang...
- optimis
- positif
- caring
- periang

Menarik bukan :)
Ok, bila berada di booth  JOHNSON'S® juga uols berpeluang mengambil gambar secara percuma bersama props yang disediakan..

 Dan melakukan beberapa aktiviti tentang stimulasi melaui deria seperti sentuhan dan sebagainya...

Uolls juga jangan lupa mendaftar di booth  JOHNSON'S® ini...

Untuk mendapatkan semua cenderahati yang ditawarkan...

Bestkan!!!

Jangan lupa terjah booth  JOHNSON'S® di Mom & Baby Expo 2015

***
Buat ibu-ibu di Malaysia marilah kita bersama-sama melafazkan ikrar untuk menghabiskan masa sekurang-kurangnya 5 minit (#5MinutesMore) ketika mandian bayi di www.johnsonsbaby.com.my

JOHNSON'S®  akan mendermakan sehingga RM100,000 , yang mana 0.50 untuk setiap satu"Operation Smile" yang berjaya dilafazkan oleh ibu-ibu di Malaysia.

#5MinutesMore
Banyak Barangan Terbaik dan Aktiviti Menarik di Booth JOHNSON'S® Mom & Baby Expo 2015 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 15, 2015 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.