Citer Hati Perempuan Yang Panas Itewwww


Nak habaq.. Ai abis dah 2 kali pusing baca novel hati perempuan. Komen jujur, jalan citer kat novel biarpun lebih kurang sama dgn slot akasia tapi jauhhh lagi best melayan novel dr kat tv.
Ai rs Yuhanis dlm tv ni terover emo kot, dengan sedikit lakonan agak kayu menjadikan watak yang dibawa agak menjengkelkan. Kalau ikut novel rmi rsnya pompuan yang teringin nak jadi Yuhanis tapi bila tengok drama, oiii janganlah ada keturunanku yang berperangai cam Yuhanis.
Adoihai
Ikhlas tapi jauh;
Ayumanis
Like · Comment ·  · 5234

Ini status yang dimuat naik oleh saya semalam. Heheheh
Memang tak dinafikan Slot Akasia Hati Perempuan ni mengumpul ramai "haters" daripada "likers". Herannnn betul... Dan saya juga tidak menolak faktor lakonan watak Yuhanis tu benar-benar membuat ramai orang menyampah, geram dan tidak boleh menerima hakikat ada juga pompuan yang berperangai macam tu. Ada juga yang mensabitkan tentang citer yang digarap dari novel ini langsung tidak membantu perkembangan sahsiah penduduk di Malaysia, hahahahha.

Pendek kata story takde value... adehhhh
Pendapat saya pula...
Memang pada asalnya, saya memang tak nampak apalah motep Hati Perempuan cengai dan hati batu ni kan. Sikit-sikit nak merajuk. Cakap kasar jer mamanjang dengan suami, semuanya tak kena. Ada jerlah yang salah depan mata...
Tapi memang siyes saya hanya dapat rasakan perasaan menyampah gegiler itu hasil dari lakonan Mia Ahmad. Hakikatnya bila saya baca novel... saya boleh golek2 sambil membaca di atas katil mahupun sambung baring dan golek-golek depan tv atas karpet... Feelnya sesangattt berbeza... Pelik, kan?

Sebenarnya uolls citer ni ada juga kekuatannya sendiri...
Kalau kita lihat dari sudut positif la...
Contohnya, kita ni sebagai perempuan kadang-kadang memang menyimpan angan-angan. Ok, hanya angan semata ya tanpa memikirkan untuk menjadikan ianya realiti --->Iaitu memiliki suami yang hebat serba-serbi. Betul idok???
Sebab tu bagi mereka yang dah baca novel Hati Perempuan ni pasti ada sikit rasa "Bestnya jadi Yuhanis, Dahlah cantik, bijak pulak tu. Lepas tu ada CEO muda hensem bergaya berketurunan Tengku lamar dier macam gitu jer-so sempoi dan suwit..."
Yang tambah lagi hebat, Yuhanis asalnya orang kebanyakan tapi adik-beradik dier semua baguih2. Dan paling terkesan bila Yuhanis ni bukan sahaja dapat laki hebat pakej sekali dengan ahli keluarga yang best. Mak pak mertua sempoi biarpun berketurunan Tengku. Adik ipar yang rapat dan manja... Gitewww...
Lepas tu digilai pulak lelaki macho laen...
So, tahap meroyan perempuan yang suka watak Yuhanis ni makin tinggi ler, hahahahahah. Tapi back to reality, biarpun sekeliling watak2 yang best. Perangai Yuhanis itu sendiri tidak begitu baguih, Kita yang menontonnya pun tak suka, kan?

Maka keluarlah statement dari pengguna di laman media sosial. Antaranya;
"Isteri apalah Yuhanis ni? Nusyusz..."
"Kalau hidup realiti, memang dah lama kena cerai..."
"Ko hengat sikit-sikit merajuk, itu suwitt? Blahlahhhh..."
"Citer takde moralpun masuk slot akasia..."
"Ko ni dah kenapa Yuhanis salah asuhan ke? Atau kurang kasih-sayang?"
"Yuhanis ni berlakon cam kayu"... erkkkkkkkkkkk"
"Laki baik macam tu pun tak bersyukur, Yuhanis ni anak Ahmad Maslan ke?"

Hahahahaha
Adoihai...
Sebab banyak yang tak elok yang ditunjukkan watak sebagai seorang isteri cenggitu... Dari sudut positif... Ianya umpama melihat diri kita sendiri. Kalau kita tak suka dengan perangai Yuhanis. Sebagai seorang perempuan dan isteri jangan ikut perangai dan karektor Yuhanis.

Mungkin kita juga tak sedar, kadang2 kita juga pernah meninggikan suara pada suami. Sebab tengah marah, atau bengang. So, bila kita nak start naik tune suara, terus bayangkan Yuhanis... lepas tu istighfar... kihkihkih.
Kita follow scene yang suwit dan positif dalam kerukunan rumahtangga. Contohnya bergurau-senda suami isteri...
Yang penting kita kena terima seadanya pasangan kita. Seboleh-bolehnya kita cuba bertolak-ansur. Sokong each other. Dan membina keluarga daripada berdua menjadi tiga dan seterusnya :)
Tapi orang lelaki kena ingat juga, bak pesanan UAI ni...
Hehehehehe
Tapi suwitttt kan bila tengok Mia Ahmad dengan Syarul Ridzwan ni?
Cam ada kimiaaaaa... Iskkkkk
Berbaju biru sama datang ke Hot FM pagi tadi. Lepas tu ada nyanyi duet lagu tema nyanyian asal Hazama... kiutttt berbenor... 
Berdua juga di satu acara anugerah... ahem ahem
Ok, mak dah larik tajuk...
Ni macm dah lebih kepada gossip pelakon utama pulak, hahahahha
Apapaun ingatlah...
Phewitttt....

Pstt: Kredit gambar dari Mr Gugel...

Citer Hati Perempuan Yang Panas Itewwww Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 13, 2015 Rating: 5

6 comments:

  1. mmg tkleh blah la yuhanis tu..mmg byk komen negatif dr positif..hubbyku pn komen kayu haha..emo melampau2..bosan..nasibaik la esok dh last...tk sbr tgu cite Dia Isteri Luar Biasa nextweek

    ReplyDelete
  2. amy- Dia isteri luar biasa ayu dah ada novel dier..tapi klu kit abc novel mmg kita akan rasa annoying dengan isteri tu heheheh..so kita tunggu lakonan fathia, best ke tidak..hahah

    ReplyDelete
  3. betul tu..patut tukar tajuk jadi HATI BATU...huhu

    ReplyDelete
  4. pelakon itu berjaya membawa watak nak suruh semua org benci... hehehehhe

    dari,
    saya yg tak pernah tgk cerita ini

    ReplyDelete
  5. merlyn- mmg menjadi watak yang dibenci itu hehehehe

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.