Hei Sushi, Restoran Jepun Yang Menawarkan Pelbagai Hidangan Fusion Yang Menggiurkan
Satu penjenamaan hidangan sushi fusion kontemporari yang diilhamkan daripada sentuhan hidangan Jepun dan Barat dengan menggunakan bahan-bahan tempatan sememangnya memberi kelainan dan keunikkan.
Perkataan "Hei" itu sendiri melambangkan pertumbuhan dan pembangunan, jadi tidak hairanlah logo yang menunjukkan sekuntum bunga yang sedang berkembang mekar melambangkan pesona kedai makanan Jepun Hei Sushi itu sendiri.
Pertama kali saya menjejakkan kaki di sini, ternyata benar-benar membuatkan saya begitu teruja dengan keindahan susunatur didalam restoran. Siyes....
Dekorasi yang unik dengan warna kemasan dinding neutrel memberi keselesaan buat pelanggan yang datang.
Biarpun kelihatan agak santai. Namun sentuhan kain bercorak batik kebanggaan masyarakat tempatan menjadikan restoran ini punyai tarikannya sendiri.
Susunatur di meja :)
Yang menariknya selain daripada soya sauce khas dimakan dengan sushi, terdapat juga lada hitam dan garam penambah rasa.
Flower Tea | RM7.99
Kehalusan aroma teh bunga Jasmin yang dihidangkan panas-panas di dalam teko berseni benar memberi kesegaran kepada mereka yang menikmatinya. Haruman yang mempunyai kewangian lembut serta rasa teh bunga antara minuman terbaik sebagai terapi buat diri.
Hei Maki | RM13.99
Chef Signature maki tempura yang diselaputi dengan seaweed, berserta didalam omelette Jepun manis, otak-otak dan juga timun Jepun. Saya memang sangat sukakan rasanya terutama pada keranggupan luar maki tempura ini, apatah lagi gabungan rasa pedas otak-otak dan tempura benar-benar sedap dalam satu gigitan.
Jackfruit Ebi Maki | RM15.99
Keunikkan maki ini bukan sahaja menggunakan udang segar yang digoreng tempura. Bahkan gabungan beras sushi, timun, omellete manis jepun dan paling terkesan dengan salutan jackfruit (nangka) di atasnya.. Nyummehhhhh
Temari Sushi (5 Jenis)
Terdapat 5 jenis sushi yang diberi pilihan mencuba. Antaranya salmon bersama avacado, otak-otak "chicken floss" ,tuna dan "sweet beancurd skin"
See, my Ameer yang begitu teruja menikmati sushi bersama "chicken floss" :p
Makan tak berhenti uollls...
Omakase Mariowase (8 jenis) | RM23.99 (3 types), RM33.99 (4 types), RM43.99 (5 types), RM59.99 (onwards)
Makanan segar dari hidupan laut, antaranya seperti ikan tuna, salmon belly, sotong, "butterfish", "premium scallop" dan "yellowtail".
Gambar Hidangan di belakang:
Hei Tori Specialty |
Price: RM25.99 (Main Course)
RM35.99 (3 Course Meal)
RM50.99 (5 Course Meal)
Inspirasi daripada goumet hidangan Jepun - ayam gril, bersama pulut onigiri , mangga salad dan kuah kacang (sedap uollls, siyes tak tipu)
Gambar Hidangan di hadapan: King Platter |
RM49.99 (Main Course)
RM59.99 (3 Course Meal)
RM74.99 (5 Course Meal)
Ayam gril bersama "seafood platter"- osyter, salmon dan sotong yang dimasak ala tenpayaki. Dan diimbangi dengan sayuran dan cendawan.
Maguro Steak Rikkyuyaki | RM22.99
Hidangan ini "win" buat my Anaqi. Tuna yang berjuicy dimasak bersama sos sesame, kemudiannya dimakan bersama kicap jepun dan juga roti manis yang lembut. Sedap sangattttt...kata My Anaqi yang sememangnya pencinta makanan Jepun :)
Hidangan pencuci mulut membuatkan My Ameer senyum sampai ke telinga..
Jackfruit Temptations | RM8.99
Ais krim yang dihidangkan bersama sirap butterscotch, dan juga hirisan buat strawbei dan nangka goreng yang ranggup. Makanan ni memang menjadi pilihan My Ameer, bersuap berkali tak berhenti. Memang terbaik sebagai pencuci mulut untuk hidangan Jepun yang ohsem petang itu.
Kenyang perut senang hati,
Bila dapat makan Hei Sushi,
Bloggers yang hadir semuanya hepi!
Cikedaut uolls di:-
Plaza Level,
Alamanda Shopping Centre,
Jalan Alamanda,
Precinct 1, 62000
Putrajaya, Wilayah Persekutuan.
Waktu urusniaga:
Mon – Fri : 11.30am – 10.00pm
Sat, Sun & PH : 11.00am – 10.00pm
Jangan lupa klik FB Hei Sushi: https://www.facebook.com/pages/Hei-Sushi-Malaysia/487895174664095?fref=ts untuk keterangan lanjut.
Hei Sushi, Restoran Jepun Yang Menawarkan Pelbagai Hidangan Fusion Yang Menggiurkan
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
May 25, 2015
Rating:
meriahnye tgk menu tu smua..yummm
ReplyDeletememang meriah MT heheh
ReplyDelete