Sedap Pohpalih! Hidangan Pahang di Dapur Koi

Buat peminat masakan orang negeri Pahang, yang sememangnya terkenal dengan trademark tempoyak dalam makanan tradisinya. Kini, kita boleh merasai keenakan hidangan ini di Restoran Dapur Koi!

Terletak di Taman Putra Kajang, Dapur Koi menawarkan pelbagai menu tradisional dari Pahang dari hidangan utama sehinggalah ke pencuci mulut.

Peluang untuk menghadiri ke Majlis preasmian Dapur Koi sememangnya saya tidak lepaskan. Apatah lagi dipelawa untuk hadir seisi famili bagi merasai sendiri air tangan tukang masak hebat dari Dapur Koi. Dan majlis perasmian bertambah lebih meriah dengan kehadiran Awal Ashari dan Kaka :)

Antara masakan orang Pahang yang dijamu pada malam perasmian. Antaranya seperti Gulai Ikan Patin Tempoyak, Opor Daging, ayam goreng kampung, sambal tempoyak, gulai pucuk paku masak tempoyok (ada terung pipit, ai like) dan juga sambal tempoyak ikan bilis bersama petai (Awal Ashari suke giler menu yang ini)

Close up sikit, kasi semua terliur, kihkih
 Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak

Sayur lemak pucuk paku bersama terung pipit masak tempoyak

Sambal Ikan Bili Petai Masak Tempoyak

Sambal Buah Kuinin Tempoyak

Kecur air liuq kannnn

Deme makan tak pandang orang lain dah....
Deme makan pandang lauk kat pinggan jaaa....
Sedap pohpalih!!

 Tak cemuih nooo...
Makan lauk tradisi Pahang... :)

 Di malam majlis perasmian juga , kami berpeluang belajar cara buat Puding Raja dari orang kuat Dapur Koi. Seperti kita maklum Puding Raja ni memang agak sukar nak cari di pasaran. Memang kalau mengidam, boleh sampai ke negeri Pahang untuk mendapatkannya. Tapi sekarang saya dah tahu, nak makan Puding Raja sedap boleh dapatkkannya di Dapur Koi!

Sesi demo memasak bertambah meriah dengan kehadiran Awal Ashari yang turut menjadi pembantu dalam sesi demonstrasi ini. Saya juga dapat belajar dari Awal yang sememangnya terer mengasingkan antara telur kuning dan putih dengan mengikut teknik yang mudah. Hiks.

 Macam ini rupa caranya. Baru kame tau!

Ni caranya nak buat jala mas....

Hasil masakan bersama Chef utama dan Chef jemputan (Awal dan Jaa dari EraFM)

Puding Raja in da house...
Hoi sedap giler!!!
 Selain daripada tandas yang cukup bersih ada di sini, di Dapur Koi juga menyediakan 2 bilik untuk dijadikan surau lelaki dan perempuan.


Dan saya juga tertarik dengan deretan sinki yang disediakan berhampiran dengan surau. Sememangnya ianya mampu memberi keselesaan buat pengunjung yang datang menjamu selera di sini.

Memang licin semua lauk pauk yang disediakan. Bila kenyang, dapat makan masakan Pahang yang sedap, secara tidak langsung menyebabkan mood masing-masing happy nak berselfie :=)

 Dekorasi yang indah di majlis perasmian..

Dihiburkan dengan persembahan nyanyian dari Kaka yang begitu menghiburkan.

My Amani memang peminat lagu-lagu Kaka. So, memang excited bila dapat jumpa Kaka di sini,.

Rezeki menang cabutan bertuah..Yeay!!!

Malam perasmian yang sangat meriah...

Kehebatan masakan Pahang dapat dirasai,
Dari Dapur Koi  begitu istimewa sekali,
SEDAP POHPALIH itu semesti,
Menikmatinya sekali pasti repeat berkali-kali :p


Dapur Koi,
2-G, Jalan Putra 2, Taman Putra Kajang,
Kajang, Selangor
012-2045278/017-9530799

Sedap Pohpalih! Hidangan Pahang di Dapur Koi Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 18, 2015 Rating: 5

5 comments:

  1. Selain Ikan Patin tempoyak.... next time boleh cuba makan Pais Ikan Patin dan Ikan Baung Masak Lemak yang sedap gak tau....

    ReplyDelete
  2. ila mmg suka lauk kampung.. ken apg nie sbb area kajang hihi

    ReplyDelete
  3. ila- sila terjah :)

    mz- asyik2 lapo u jer ni hehehehe

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.