Bercuti di Hard Rock Penang : Bilik Penginapan dan Kolam Mandi

Berpeluang bercuti di Hard Rock Hotel Penang bersama keluarga antara momen manis pastinya akan saya kenang sampai bila-bila. Apatah lagi, penginapan di sini adalah dari kemenangan saya dalam satu peraduan anjuran keju kegemaran keluarga iaitu Emborg Cheese :)
Yup uolls  saya menang pakej 3 hari 2 malam, di Roxity Kid Suite, percutian pendek kami sekeluarga yang bermula dari 7-9 Jun 2015.
Yang menarik tentang Hard Rock Hotel ini, ianya bukan sahaja dilengkapi dengan fasiliti yang terbaik, bahkan dekorasi persekitaran samada di luar atau di dalam semuanya cantik dan menarik.
 Yang mencuri perhatian, lampu berkelip di lobi...
Bertukar-tukar kaler pulak tu... Cantik, kan?

Sinonim dengan lagenda muzik antarabangsa, tidak hairanlah kebanyakan dekorasi adalah bertemakan gambar penyanyi, kostum dan juga gitar.
Boleh dikatakan di setiap sudut bangunan di Hard Rock Hotel ini memaparkan gambar-gambar artis popular antarabangsa,
Berbalik kepada cerita percutian yang ditaja, kihkih...
Kami ditempatkan di bilik ini... Harga untuk satu malam bagi "normal rate" adalah RM699, manakala musim kemuncak seperti cuti sekolah dan sebagainya adalah RM799.
Memandangkan ianya suite famili, terdapat 2 ruang tempat tidur. Ruang tidur utama ada satu katil bersaiz king, berlatar-belakangkan gambar kumpulan Rock kegemaran my laki iaitu 'The Beatles'.
Di satu ruang lain, katil khas buat kanak-kanak jenis pull out. Luas juga, ada 2 tilam saiz super single... memang besar macam queen size.
Siap disediakan plush toys & buku bacaan kanak2... 
Yang menariknya setiap ruang ni turut menempatkan TV masing2. Jadi tak perlu berebut TV kalau nak tengok rancangan yang digemari.
Stesen yang menempatkan pelbagai makanan dan minuman, cam biasa kat bawah ada mini fridge.
Bilik air yang ada bath tub, dinding cermin yang boleh dibuka secara sliding (kalau nak ler). Ada hiasan gambar pada dinding di situ, tapi saya lupa nak snap :p
Toiletries! Saya memang suke... apatah lagi kalau diberi losyen yang mempunyai haruman bunga citrus...
TV di ruang tidur anak, siap ada PS3 lagi. Dan kita boleh meminjam CD game dari pihak hotel ya. See muka my Anaqi yang excited giler... :)

Selain itu, pihak Hard Rock juga memberi banyak pilihan filem complimentary yang boleh ditonton. Filem yang agak baharu juga. Memang kami anak beranak pakat marathon menonton. Kalau tak cukup lagi boleh juga meminjam DVD di tempat pinjaman CD game. Heaven betul.

Percayalah, pergilah mana-mana hotel, kolam mandi antara lokasi pertama yang hendak diterjah. Terutama keluarga yang mempunyai anak kecil. Betul, kan?
Di Hard Rock Penang, kalau lihat pada kolam mandinya memang agak luas. selain dibahagikan mengikut kesesuaian umur dan kedalaman. Kolam ini juga ada juga dibahagikan kepada 2 jenis iaitu berpasir dan biasa.
Dengan pelbagai permainan rekreasi disediakan (gelongsor, air pancuran dsb), ternyata fasiliti ini mampu memaksima keterujaan kanak-kanak yang datang mandi di sini.
Pelancong asing memang suka lepak di area ni. Sebab ada mini bar.
Cantik... kan?

Cabana yang boleh disewa. Hotel ini mengadap laut. So, memang kita boleh jalan-jalan di tepi pantai di bawah hakmilik persendirian Hotel hard Rock Penang. Juga disediakan booth2 untuk aktiviti air seperti jet ski, paragliding, banana boat etc. khas untuk tetamu hotel :)
See My Ameer yang memang excited dapat berendam dengan adik-beradiknya yang lain. Siap nak berenang sendiri tanpa pengawasan yang tak tahan tu, aishhhh.
Banyak sebenarnya aktiviti menarik yang kami lakukan sepanjang bercuti di sini. Nanti saya sambung lagi ya... di lain entri...

Penat tak abis lagi ni... hehehhe

Bercuti di Hard Rock Penang : Bilik Penginapan dan Kolam Mandi Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 10, 2015 Rating: 5

3 comments:

  1. setting lebih kurang dgn hard rock spore--memang sgt besh lah kalau dpt cuti2 foc mana2 hard rock pun!!!

    ReplyDelete
  2. tringin gk nk stay sini tp bole tahan gk regenye hehe..best la ank2 dpt mandi pool

    ReplyDelete
  3. Data pribadi
    negara Indonesia
    Nama: Arif Hidayat
    Alamat: Jl.ds.lamangkona tawaeli
    Sudah dua tahun sekarang saya telah memberikan kesaksian tentang bagaimana saya meminjam Rp30 juta dari AVANT Loan Company dan beberapa orang meragukan saya karena tingkat penipuan online. AVANT Loan telah memberi saya satu hal lagi untuk tersenyum karena setelah menyelesaikan angsuran pinjaman bulanan yang saya pinjam sebelumnya, saya memohon kepada Ibu Deborah bahwa saya ingin pergi untuk ekspansi bisnis lebih lanjut sehingga saya menyerahkan tambahan Rp250 juta setelah melalui proses hukum saya. pinjaman disetujui oleh manajemen mereka dan saya menerima pinjaman saya dalam waktu kurang dari 2 jam di rekening bank BCA saya. Saya tidak memiliki tantangan dengan bank karena Bu Deborah dan tim manajemen pinjaman terbatas Avant telah dianggap sebagai pemberi pinjaman yang sah baik di Amerika Serikat, MALAYSIA dan INDONESIA, sehingga tidak ada masalah sama sekali.
    Untuk pinjaman apa pun, saya sangat merekomendasikan Avant Loans Limited hari ini dan selalu
    e_mail: [avantloanson@gmail.com]

    WhatsApp: +6281334785906

    Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.