Bercuti di Hard Rock Penang : Fasiliti
Mai Hotel Hard Rock Penang ni, jangan lupa terjah fasiliti-fasiliti yag disediakan oleh pihak hotel. Antaranya silalah terjah Tabu Teen Club.
Ada kemudahan main pool...
Sebenarnya Dedet ni umpama ketam mengajar anaknya berjalan. Bukan terror pun... tapi gaya secara berlebihan tu kena ada kahkahkah...
Menurun pulak kat anak...
See my Akid beraksi... Gaya tu penting...
Nampak macam pemain profesional...
Tapi haremmm... satu pun tak masuk... hahahah
Ada tempat main PS3 juga...
Kali ni boleh berentap dengan pengunjung2 yang datang sini...
See my Anaqi in da' action... dapat jumpa pulak dengan kaki gamers...
So boleh layan lawan secara muhibbah... aishhh
Adek beradik yang lain, tukang perati...
Ni pulak ruang santai menonton movie menerusi skrin besar...
Ada banyak bean bag kat sini... Boleh lepak2 santai reramai...
Ok, kalau nak on-line internet guna PC... ada juga ya...So, kalau nak update status FB ke, main game ke...
Tapi takde gadjet, bolehlah turun sini jer...
Soccer table pun ado!
Yang pompuan pun layan jugak...Meriah uolls, tengok 3 beradik ni main :)
Eminem kah??? Banyak betul gambar selebriti kat kawasan Hard Rock... Dah rasa macam muzium pemuzik antarabangsa pun ya juga.
Ada mini play ground indoor...
Ruang buat kraf dan membaca...
Tapi untuk kanak-kanak bawah 3 tahun perlu ditemani dengan penjaga ya...
Biarpun tak sempat nak mendapatkan servis spa di sini sebab kekangan masa. Tapi melihat persekitaran di spa memang betul-betul mendamaikan. Saya suka sangat bau air laut dan rumput kat sini. Pelik, kan? Tapi berada di sini, suasananya mampu menghilangkan stress (terapi uolls).
Simple tapi tetap menarik. Pelbagai pakej spa yang ditawarkan dengan harga menarik buat mereka yang menginap di Hard Rock Penang.
Berada 2 malam di situ juga memberi peluang saya dan keluarga menikmati sarapan pagi di Hard Rock Cafe. Percayalah begitu banyak variasi hidangan yang sedap2. Paling saya tak lupa kesedapan pizza dan juga nasi lemaknya. Memang ohsem!
Sesuai dengan pengiktirafan hotel bertaraf dunia, layanan dan bantuan yang diberikan oleh staff disini juga cukup istimewa dan terbaik.
Sesungguhnya jika saya diberi peluang lagi, saya tidak teragak-agak untuk kembali ke sini bercuti seisi famili :)
Bercuti di Hard Rock Penang : Fasiliti
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
June 10, 2015
Rating:
baca entry u ni mcm baca advertorial plak hehehhe gaya bahasa skema gitu ;)
ReplyDelete