Disney Channel's School's Out di Sunway Pyramid

Siyes uoolllls...
Kalau cuti sekolah ni, tak tahu nak pergi mana jangan lupa singgah di Orange Concourse Sunway Piramid. Bermula 31 Mei 2015- 14 Jun 2015, pelbagai aktiviti menarik disediakan sempena dengan "Disney Channel's School's Out di Sunway Piramid".

Tapi bila berada di sani yang dikelilingi dengan pelbagai props yang menarik, sememangnya kita pasti teruja nak mengambil gambar. 

 Terdapat 4 booth berdasarkan karektor dalam animasi Disney boleh disertai ya uollls!!

 Booth pertama, adalah karektor dari animasi Toy Story. Di sini, kita boleh pilih gambar yang hendak diwarnakan.

 Macam saya dan Ameer memilih, untuk mewarnakan misai ala wak doyok..


Tadaaaa! Kenalkan Ameer Doyok dan Ayu Dayak!! Kah KAh

Terdapat juga permainan ala puzzle berpusing di sini yang sememangnya sesuai buat My Ameer bermain.

 Kemudian ada booth Finding Nemo.

Apa yang perlu dibuat di sini, adalah mencari huruf N E M O dalam masa beberapa minit. Jika berjaya kita akan dapat topi Mickey Mouse yang comey :)

 Ok, antara yang menjadi tarikan ialah Booth Cars. Dekat sini kita akan nampak props Car yang cantik diletakkan di depan booth.

Dan kebanyakan anak lelaki terutamanya, pasti teruja untuk mencuba bermain perlumbaan kereta menggunakan alat kawalan jauh.



Nak masuk universiti bersama Mike dan Scully? Boleh daftar di sini ya. Di sini MONSTER UNIVERSITY booth!

 Pendaftaran sekejap sahaja, dengan memberi nama pelajar yang baru nak daftar..hehehe

 Ambil gambar...

Terus dapat kad pelajar!
Comel kannnn....

 Kita juga boleh pergi "audition" samada layak atau tidak mengikut kursus seperti yang diambil oleh Mike dan Scully!~

Kursus membuat jeritan paling kuat dan panjang....
Hahahahahahahah..Ok kami bertiga layak...menjerit sakan kot kat dalam tu :p

 Dan jangan lupa uollls...
Untuk setiap kali habis kita beraktiviti di booth-booth, jangan lupa dapatkan cop..
Seperti ini...
Dapat 4 cop, bolehlah claim hadiah dekat kaunter redemption yang terletak bersebelah dengan tempat acara..

Oh ya, ni My Ameer nak pesan kat semua kawan-kawan..

"Nak buat aktiviti di sini semuanya FOC ya dan seterusnya kalau nak claim Safety Rangers Passport, ada syarat tau....Kena shopping dulu dekat Sunway Piramid sekurang-kurangya RM50 kat mana-mana outlet, tapi bagi pemengang kad kredit HSBC tidak ada syarat min perbelanjaan dikenakan"....

Ok, alang-alang dah pergi shopping, jangan lupa bawa anak sekali ke sini ya!

Disney Channel's School's Out di Sunway Pyramid Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 01, 2015 Rating: 5

4 comments:

  1. mcm2 aktiviti utk bdk2 sempena cuti sekolah kn

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. fun family event this school holiday

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.