Makan Kat Serai Bersama EraFm wOot Woot

Ekceli, masa bulan 5 ni, saya ada join beberapa peraduan online sempena dengan Mother's Day. Ala-ala send and forget giteww....Tapi macam suspen bila dapat panggilan dari EraFm yang saya antara 3 pemenang utama yang memenangi makan seisi famili + cash + hamper dari penaja peraduan iaitu Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak...

Haruslah teruja dan seronok uolls!!!

Antara sebabnya, dah lama saya nak pegi makan kat Serai Paradigm Mall, dan paling bermakna bila boleh bawa mak sekali :)

Since ahli keluarga sayakan ramai. So bawa yang nak benar-benar nak makan beria dekat Restoran Serai. Jadi setelah dibuat survey, My Afiq dan My Akid dengan hepinya nak ikut Dedet makan sushi kat Paradigm Mall...Gitulah kaedahnya bila memiliki ahli keluarga yang ramai, hahaha.

Sepanjang majlis kami dilayan memang tip top oleh geng2 EraFm. Kemunculan Dina dan Jaa dari EraFM menggamatkan lagi suasana makan malam kami malam itu..

Pemenang meja sebelah...
Memang beria beselfie dengan Dina Dj EraFm yang tengah hot sekarang ni :p

Mak memang bersungguh menikmati makan malam hehehe...
Sedap katanya...

2 beranak ni layan ipad jaaa...
Aishhhh

 Bergambar buat kenang-kenangan...

 Cara senyum tu tak banyak bezakan...
Nenak dan cucu pertamanya...

Ok, kebetulan esoknya besday Mak Biq...
So celebrate sekali malam tu ...

Pemenang bersama keluarga dan team EraFM

Setiap orang yang datang dapat goodies bag yang berisi produk Cap Ubat Batuk Ibu & Anak...

Banyak betul, boleh buat stok 2 tahun. InsyaAllah akan diagih-agihkan juga candies ini pada famili dan rakan-rakan :=)

Alhamdulillah biarpun rezeki kecil-kecilan tapi nilainya cukup besar buat saya!
Makan Kat Serai Bersama EraFm wOot Woot Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 03, 2015 Rating: 5

6 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.