Menikmati Hidangan Bersama Correle dan Corningware "Rosabelle"
Seronoknya bila dapat makan bersama keluarga tidak kira samada ketika waktu sarapan, makan tengahari ataupun malam. Apatah lagi bila melihat ahli keluarga berselera menikmati hidangan yang disediakan. Pasti membuatkan hati kita lebih teruja :)
Biarpun kadang-kadang rupa hidangan itu agak biasa tapi bila ditampilkan bersama dengan pinggan yang eksklusif dalam gaya, cantik dan tahan lasak, pasti ianya kelihatan cukup sempurna.
Uollls, kenalkan koleksi Rosabelle terbaru dari World Kitchen bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-45. Ini adalah selari dengan komitmen World Kitchen untuk menyedia, menginovasi serta memenuhi keperluan di rumah yang kian berkembang.
Tahan pecah, bebas kotoran, tahan lama, mudah dibersihkan dan tampil dengan rekaan penuh gaya, ternyata Corelle Rosabelle cukup ideal untuk kegunaan di rumah.
Rosabelle bermaksud bunga ros yang cantik dalam bahasa Perancis. Ia ditawarkan secara eksklusif di bawah jenama Corelle dan Corningware keluaran World Kitchen.
Tidak dinafikan produk Corningware memang sesuai untuk pengguna Malaysia yang sibuk tetapi inovatif ketika memasak di rumah (ahem, seperti saya). Ini kerana produk Corningware Rosabelle ini merupakan perkakasan memasak yang unik dan versatil. Ia membolehkan kita memasak dan menyediakan masakan yang menarik dengan hanya menggunakan satu bekas sahaja. Jadi memang praktikal, lepas masak atas dapur terus hidang di atas meja.
Uolls semua pasti setuju dengan saya yang mana perkasasan rumah ini pasti menjadi kegemaran pengguna kerana ia menggunakan bahan revolusionari yang merangkumi tiga lapisan kaca laminasi dikenali sebagai Vitrelle®. Bahan ini membuatkan Rosabelle ringan dan tahan lasak. Memang best!
Set 16 unit Corelle Rosabelle ditawarkan pada harga RM729. Sementara set enam unit Corningware
Rosabelle pula berharga RM629. Kedua-dua produk ini boleh didapati di gedung membeli-belah di serata Malaysia.
Jom dapatkan Corelle Rosabelle untuk raya,
Dan set Corningware Rosabelle untuk lebih bergaya,
Pasti aidilfitri yang dirai lebih meriah dari biasa :p
Sedikit info :World Kitchen mempunyai sejarah yang panjang dengan rakyat Malaysia. Malah, ia telah membina sebuah kilang pengeluaran dan dekorasi pada tahun 1989. Kini, lebih 200 corak Corelle telah dihasilkan di kilang tersebut. Kebanyakan corak itu direka khas demi memenuhi citarasa dan permintaan para pengguna di Asia terhadap rekaan Corelle yang menarik. World Kitchen ada menjalankan kaji selidik dalam kalangan pengguna di Malaysia. Ia mendapati rakyat Malaysia menyukai rekaan bunga ros Apricot Candy dengan kelopak berwarna merah jambu dan daun berwarna hijau. Mereka juga menggemari rekaan gabungan jambangan bunga ros yang separa dan kembang sepenuhnya dalam reka bentuk A-simetrikal.
Menikmati Hidangan Bersama Correle dan Corningware "Rosabelle"
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
June 12, 2015
Rating:
siyes sgt cun!!
ReplyDeletemz- cun sangat...very the classic
ReplyDelete