Outing Bersama Anak-Anak Di Quill City Mall

Berakhir sudah cuti sekolah selama 2 minggu :) Bukannya sekejap ya, 14 hari anak kita bercuti dari menghadiri sekolah. Jadi, bila banyak waktu terluang saya memang mencari peluang melakukan aktiviti yang menyeronokkan yang dapat memberi manfaat kepada mereka.

Selain daripada pergi bercuti dan membuat aktiviti di rumah, saya juga telah membawa anak-anak saya ke Quill City Mall untuk menghabiskan masa bersama. Ini kerana di Quill City Mall, terdapat banyak outlet-outlet yang mesra kanak-kanak dan menjadi salah satu tarikan buat mereka bila berada di sini.

Antaranya seperti:

Butik NEXT (Lot G-08-10, Ground Floor)

Butik yang menawarkan pelbagai koleksi dari UK ini menawarkan pakaian, aksesori, kasut untuk golongan dewasa sehinggalah kanak-kanak. Apa yang menarik, bukan sahaja fesyen yang diperkenalkan agak terkini, bahkan kualiti yang ditampilkan juga ada kelasnya yang tersendiri.
Pakaian bayi dengan rekaan terkini.
Koleksi pakain untuk bayi perempuan, semuanya comel2...
Sudut untuk koleksi kanak-kanak lelaki.
Sudut untuk kanak-kanak perempuan.
Baju anak perempuan yang agak dewasa (teenagers).
Rambang mata nak memilih barangan di sini uolls...
Aksesori buat saya pun ada...
Semuanya cantik... Semuanya menarik...
Apatah lagi bila melihat anak saya seronok memperagakan barangan di Butik NEXT ini.
Topi buat si gadis kecil ini...
Adik kacak berspek mata...
Sandal dan kasut pelbagai pilihan...
My Ameer yang sedang mencuba kasut...
Alololo momen yang cute :)
Abang paling besar, my Anaqi sejak akhir-akhir ini sangat suka bergaya...
Pandai pulak cari aksesori untuk makwe ya... Isk...
Puas shopping baju, kita pergi tambah ilmu dengan membaca buku!
Ok lokasi terbaik adalah kedai buku MPH (Lot 2-32 & 33, Second Floor).
Selain terdapat banyak koleksi buku-buku menarik di sini, kami juga telah menyertai sudut bercerita bersama abang Leng Chai Kor Kor. Memang terhibur anak-anak saya ketika berada di sini.
Kanak-kanak sebahagian waktu pembesaran mereka memang dihabiskan dengan masa bermain. Di Quill City Mall, terdapat sebuat outlet yang dikenali sebagai Kid'z Paradise (Lot 2-33A & 35, Second Floor). Ianya merupakan taman permainan indoor yang menawarkan pelbagai permainan yang menarik. Antaranya seperti:
Kawasan yang menjadi feveret di sini ya. Seolah bermain pasir tetapi sebenarnya ianya adalah bahan organik "Natural Korean Citrus Woodchips".
Pool yang penuh dengan bola menjadi tempat kegemaran my Ameer.
Merry-go-round, versi orang dewasa pun boleh naik :)
Pinky Bear!!!
Gelongsor!!!!
My Ameer paling suka main ini...
See, muka dier yang hepi...
Mini trampolin untuk my Amani... Paling penting, semua permainan di sini selamat dan sesuai untuk kanak-kanak bermain dengan gembira.
Lepas shopping, belajar dan bermain. Perut juga lapar minta diisi, restoran terbaik bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil seperti saya ialah Big Daddy Little Chefs, Happikiddo (Lot 2-28-31, Second Floor).
Bukan sahaja banyak menu berkhasiat ditawarkan di sini, bahkan susun atur cafe yang mesra kanak-kanak antara daya tarikan buat ibu-bapa yang ke Quill City Mall.
*kredit pic: Jane Chua
Biarpun sudah kenyang, tapi keterujaan anak-anak saya untuk mempelajari membuat Pizza Hut memang tidak dinafikan. Lokasi seterusnya ialah Pizza Hut Restaurant (Lot 2-20, Second Floor)

Memang kita tidak dapat nafikan yang pizza terutamanya Pizza Hut antara menu yang menjadi kegemaran kanak-kanak. So, bila dapat peluang belajar dan mengenali bahan-bahan yang digunakan untuk membuat pizza, ini adalah suatu yang menyeronokkan. Bukan pada kanak-kanak sahaja bahkan orang dewasa juga turut teruja.
 Selain doh, sos yang sedap juga memainkan peranan...
 Daging, nenas dan paling penting keju perlu ada untuk menjadikan pizza yang dibuat lebih sedap.
 Anak-anak saya seronok mempelajari membuat pizza sendiri...
 Anak bujang dan anak dara menunjukkan skil memasing...
Syurga kanak-kanak ni uollls!!!
Yup, di sini Hamleys(Lot 1-01, First Floor).
Ada macam-macam barangan dijual di sini :)
Memang syurga buat kanak-kanak...
Anak patung untuk gegirl...
Comel...
Permainan berasaskan sains pun ada ya :)
Bertambah teruja kanak-kanak ini apabila melihat persembahan "magic show" dari staf berbakat Hamley.
Cup cakes, pastri dan cookies yang sedap tentunya dari Occubite Pastry Cafe (Lot 2-15, Second Floor). Dengan pelbagai pilihan makanan serta minuman, Occubite Pastry Cafe antara outlet yang harus diterjah untuk minum petang khasnya.
Macarons yang sangat yummehhh!
Anak-anak juga belajar mendeko cupcakes...
Outlet seterusnya ialah The Original Milkshake Co.(Lot 4-63, Fourth Floor). Kesedapan rasa susu diadun bersama ais dan juga perisa yang pelbagai, memang menyamankan tekak yang sedang kehausan.
Topping yang pelbagai...
Sedap sangat katanya...
Untuk kudapan di waktu santai...
Haruslah ke sini Cornery-the popcorn gallery (Lot 5-38, Fifth Floor).
Menawarkan pelbagai perisa popcorn yang segar, enak dan berkualiti tinggi.
Antaranya seperti...
Semuanya sedap-sedap...
Cara menghasilkan popcorn kita boleh lihat ya...
Sangat bersih dalam penyediaannya.
Berlibur bersama anak-anak disertai dengan mom blogger lain memang menyeronokkan. Selain daripada dapat menghabiskan masa bersama keluarga, anak-anak juga pasti gembira dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan mampu memberi manfaat.

TQ Quill City Mall atas pengalaman yang hebat :)

Outing Bersama Anak-Anak Di Quill City Mall Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 17, 2015 Rating: 5

5 comments:

  1. best best!! :-( sedih sbb ayu tak menjoinkan diri hari tu...

    ReplyDelete
  2. Berbaloi spend time ngan anak macam ni :D

    ReplyDelete
  3. mummy_ayu- huhu...takp takde rezeki kali ini insyaAllah akan ada masa akan datang...hope dpt jumpa ian dan iris juga hehehe

    Hanim- sangat berbaloiiii

    ReplyDelete
  4. meriah..tk smp lg shoppingmall ni

    ReplyDelete
  5. mt- okla besar...tapi ada byk lagi kedai dalam proses nak bukak....hehehe

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.