Majalah Jelita dan Anjung Seri Dalam Kenangan...
PETALING JAYA: Syarikat penerbitan terawal negara, Berita Publishing Sdn Bhd menamatkan operasi empat majalahnya selepas mencatatkan jualan merudum terutama sejak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Menyifatkan GST sebagai pembunuh utama operasi syarikat itu, Pengarah Eksekutifnya, Juhaidi Yean Abdullah berkata, majalah tidak lagi dijual, sebaliknya ia dipulangkan peniaga dalam kuantiti besar sejak April lalu.
"Bayangkan daripada 30,000 naskhah majalah yang diterbitkan, jumlah yang dipulangkan kepada kami mencecah 28,000, ia sama sekali tidak menguntungkan.
"Tiga faktor utama yang menyebabkan syarikat terpaksa mengambil keputusan menamatkan penerbitan majalah adalah saingan yang semakin hebat termasuk pengiklanan yang merosot, kesukaran mengekalkan kakitangan dan paling membunuh adalah GST," katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.
Antara syarikat penerbitan tertua negara, Berita Publishing adalah penerbit majalah popular seperti Malaysian Business, Jelita, Anjung Seri dan Madam Chair.
Sejak ditubuhkan pada 1973, syarikat berkenaan melalui proses transformasi apabila bertukar milik daripada anak syarikat The New Straits Times Press (M) Bhd kemudiannya berpindah milik kepada Alaf Positif Sdn Bhd.
Menamatkan operasi majalah syarikat itu pada Selasa, jelas Juhaidi, langkah kerajaan mengenakan GST kepada penerbitan majalah memerlukan peniaga menaik taraf mesin juruwang selewat-lewatnya Oktober ini.
Bagaimanapun, katanya, sejak April lalu, pihaknya mendapati ramai peniaga tidak lagi menjual majalah kerana ada yang masih belum mengubah sistem pembayaran supaya seiring dengan pelaksanaan sistem percukaian baharu itu.
"Pembeli tidak puas hati apabila jumlah yang dibayar tidak sama dengan catatan pada resit yang dikeluarkan, dan kerana bimbang dikenakan tindakan pekedai mengambil jalan mudah dengan meletakkan majalah di bahagian bawah, bukannya di rak untuk menarik perhatian ramai," katanya.
Mengenai kakitangan syarikat, kata Junaidi lagi, seramai 50 pekerja berpengalaman - ada sesetengahnya sehingga 40 tahun dalam bidang masing-masing termasuk pemasaran, pengedaran, editorial dan pentadbiran - terpaksa diberhentikan.
"Sebagai majikan, kami tetap menjalankan tanggungjawab untuk memastikan kebajikan mereka terpelihara.
"Selain pampasan setimpal, syarikat juga mengeluarkan testimonial dan membantu mereka mendapatkan pekerjaan tetap," katanya sambil menambah ketika ini syarikat itu hanya mengekalkan baki 10 pekerja sahaja.
Bagaimanapun, Junaidi menegaskan syarikat itu tidak akan ditutup, sebaliknya akan memberi tumpuan kepada perniagaan penerbitan secara kontrak dan penerbitan lain.
Katanya, pihak syarikat bercadang menceburi bidang lain seperti perundingan, berdasarkan kepakaran serta pengalaman sedia ada.
Memang agak teruk juga kesan daripada pelaksanaan GST,,
Apatah lagi tekanan daripada kenaikan kos hidup juga menyebabkan kuasa membeli menjadi kurang :(
Bayangkan Majalah Jelita yang sudah bertapak lama di bumi Malaysia, iaitu lebih 40 tahun. Yang mana sudah mempunyai pengikutnya sendiri seperti mak saya dan kini saya pula. Pasti pemberhentian pengeluaran majalah ini meninggalkan rasa sedih...
Majalah Jelita bukanlah majalah merapu yang tidak ada kualiti. Bahkan saya berani katakan majalah Jelita sarat tentang kisah manusia, variasi tips dan macam-macam lagi kupasan yang mampu memberi manfaat kepada wanita khasnya terutama berpeluang membaca di waktu senggang.
Paling terkesan, Majalah Jelita antara majalah melayu yang begitu aktif membuat aktiviti bersama pembacanya. Terdapat pelabagai bengkel, perjumpaan dan lawatan yang semuanya menarik yang boleh disertai.
Antara aktiviti saya bersama Majalah Jelita dan juga Anjung Seri seperti :-
1. Entri Peram Sekian Lama : Eksplorasi Court Mammoth Bersama Anjung Seri
2. Mai Pi Utara Bersama Yeos dan Jelita | Event Mantoppp!!
3. Rombongan Cik Kiah: Melawat Kilang Mee Cintan
4. Sesi Demonstrasi Masakan dan Beraktiviti Bersama Jaafar Onn
5. Terbaekkk, Tahniah Pemenang Peraduan Air Tangan Ibu ~ Kak *** **
6. Simply Good Meals bersama Chef Wan
7. Gaya Si Kecil 2010 (Akhir) Bersama Jelita
8. Akhirnya Anjung Seri Tanpa Chef Anuar, Masa untuk Reunion... Sob Sob
9. Berbuka Puasa Bersama Chef Anuar Anjuran Oasis dan Anjung Seri
10. Variasi Sajian Jelita Bersama US Potatoes | Belajar Masak Deh!
11.Majlis Penyampaian HAdiah Untuk Peraduan Fotile, Dulux dan Joven ~ Fuhhhh
12. Bila Blogger Tunjuk Skil Masak dan Terglamer Kejap Dalam Majalah :)
Dan banyak lagi yang saya tak ter'update...sob sob sob
Di acara dan aktiviti Majalah Anjung Seri dan Jelita juga saya mula kenal dan berkawan baik sehingga sekarang dengan kawan-kawan seperti Dyana Nor, Kak Ziema, Meyla, Ameer, Erfan dan ramai lagik.....
Majalah yang menemukan kami, dan kami bersahabat sehingga kini...
Saya pasti akan merindui Sue Zainuddin, Kak Zaini, Kak Ira, Ash Bolton dan semua geng dari Berita Publishing.....
Sob sob sob...
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
kalau Ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan...
Biar di mana uolls berada, moga terus sukses ya!
Majalah Jelita dan Anjung Seri Dalam Kenangan...
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
July 03, 2015
Rating:
tu la ada bc gk..dh la blogger pernh masuk majalah jelita ngan resepi aritu kn hehe...
ReplyDelete