Promosi Hi-Tea Bersempena Dengan Hari Kemerdekaan di Royale Songket Restoran Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang bakal kita raikan tidak lama lagi, Royale Songket Restoran yang bertempat di Hotel Grand BlueWave Shah Alam telah menawarkan hidangan Hi-Tea yang cukup istimewa pada harga yang sangat berpatutan.
Bertemakan hidangan bercitarasa "antarabangsa", pelbagai sajian utama disediakan sehinggalah ke pencuci mulut yang popular dan menjadi kegemaran masyarakat, bukan sahaja penduduk di Malaysia bahkan masyarakat antarabangsa.

Antara yang menarik;
Hidangan tempura. Kerangupan tepung tempura dan juga sayuran dan hidangan laut yang digoreng garing.
Prawn Butter, so yummmehhhhhhhhhh...
Saiz udang sederhana besar digoreng bersalut oats dan butter :)
Variasi Dim-Sum, hidangan masayarakat cina yang mempunyai penggemarnya di seluruh dunia, tidak kira bangsa dan agama.
Laksa asam yang cukup rasa masam dan pedas. Digabungkan pula dengan ulam seperti timun dan salad, begitu juga hirisan cili dan telur penambah rasa. Keaslian rasanya seperti kita menikmati hidangan ini seakan berada di Kuala Perlis.
Kegemaran kanak-kanak dan juga orang dewasa, roti john!
Hidangan yang unik ~ Sup Ekor Serai Wangi. Dagingnya dimasak empuk bersama dengan rempah ratus sup yang enak.
Masakan yang popular di negeri Johor iaitu Nasi Beriani Gam boleh juga dinikmati di sini.
Ayam Panggang bersama salad. Sedap juga dimakan bersama dengan Nasi Beriani Gam.
Sate daging lembu dan ayam. Saya sangat suka rasanya. Bukan hanya kerana kesedapan daging yang diperap bersama rempah, bahkan kuah kacang yang disediakan bersama antara sebab sate di sini rasanya begitu "kick" sekali.
Kudapan ringgan seperti Pisang Goreng, Cempedak Goreng dan Keledek Goreng. Lihat sahaja betapa garing ianya kelihatan dalam gambar. Kerangupan dalam setiap gigitan :)
Peminat muruku panas-panas, boleh juga menikmatinya di sini.
Ini adalah Grilled Saba dengan Sos Teriyaki :)

Selain itu terdapat juga hidangan berat lain seperti ayam pedas bersama kerabu mangga, Salad Yunani dan Fetta Keju, Sup Cendawan bersama roti, Sotong Goreng Berempah, Daging Dendeng, Chicken Tikka dan pelbagai lagi hidangan utama.

Untuk pencuci mulut...
Pelbagai jenis tart dan jelly buah-buahan.
Puding :)
Kek istimewa bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-58.

Juga terdapat Sagu Gula Melaka, Puding Roti bersama sos kastard, serawa durian, ABC dan pelbagai jenis manisan yang lain.
Kenalkan Chef hebat yang terlibat dalam penyediaan hidangan Hi-Tea  di Royale Songket Restoran Hotel Grand BlueWave Shah Alam.

Ok uolls, jika berminat untuk menikmati hidangan yang sedap dan menarik di sini pada 31 Ogos 2015, bolehlah buat tempahan di Royale Songket Restoran di talian 03-55118811 ext : 2612 atau 2613 (untuk tempahan atau keterangan lanjut).

Harga yang ditawarkan:
DEWASA - RM70+
WARGA EMAS (55 Tahun ke atas) - RM45+
KANAK-KANAK (4 hingg 11 tahun) - RM35+

Hi-Tea bermula dari 12 tengahari sehingga 4 petang ya...
Esklusif pada 31 Ogos 2015

Semua harga adalah tertakluk kepada 6% GST
:)

Promosi Hi-Tea Bersempena Dengan Hari Kemerdekaan di Royale Songket Restoran Hotel Grand BlueWave Shah Alam Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 31, 2015 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.