Alhamdulillah Rezeki Menang Tempat Kedua Dalam Peraduan Semurni Chenta Qaseh Ibu Anjuran Majalah Keluarga

Memang best, bila dapat emel/panggilan telefon menjemput kita menghadiri majlis penyampaian hadiah. Selain dapat bertemu rakan lama (kalau ada yg menang sama) mahupun berkenalan dengan rakan baru yang mempunyai minat yang sama ~ iaitu menyertai peraduan :)

Antara hadiah-hadiah yang akan diberikan kepada pemenang peraduan ...

Gambar ai cilok kat blog Suzz...hehehehehehhhe
Inilah peraduan yang saya join...kena kumpul 2 siri, tulis slogan (tentang kasihnya ibu dlm 300 pp) dan gambar kita bersama mak....

Kenalkan editor baru untuk Majalah Keluarga....

Founder Butik Chenta Qaseh...
Siyes, cantik2 baju, shawl dan skirt dari http://chentaqaseh.com
Harus rembat sehelai dua bila dapat gaji nanti hehehehe

Selain daripada kami dijamukan dengan sarapan pagi yang enak2...
Kami juga berkesempatan melihat demonstrasi pemakaian shawl dari Butik Chenta Qaseh..

Senang rupanya nak berfesyen menggunakan shawl ni...

Kaedah, sebelah shawl pendek, selebihnya panjang pin dibelakang...

Lepa stu tarik kedepan..
Pusing2...
Tadaaaaaaa...jadi macam ni hehehe
Pandangan dari belakang ...

Close up, cara pin di shawl dari belakang..
So, pandangan dari depan, shawl ni akan berayun di sebelah tepi...

Ikatan shawl cara yang kedua...

Cara pemakaian shawl ni, nampak cam kompleks jer tapi sebenarnya senang juga..
Hasilnya nanti sama dengan gaya shawl Puan yang memakai tudung pink itu ...

Paling penting, pin kena disemat kemas...

Hokeh, saya terlibat juga sebagai salah seorang model di situ...
So, tengok hasilnya sahaja...
Lawa tak, heheheheh

Acara ditunggu, pemberian hadiah-hadiah kepada pemenang...
Dimulakan dengan hadiah pemenang saguhati...
My BFF Ezz telah mewakili Che Azyumi Aziz..

Gambar ke semua pemenang hadiah saguhati bersama pihak penaja dan penganjur. Pemenang hadiah saguhati menerima hamper dari Chenta Qaseh bernilai RM300. Tahniah!!

Pemenang ke-3 Nor Sarah Syukri yang mewakilikan adik iparnya yang tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pemenang menerima hadiah tunai RM300 berserta hamper tajaan Chenta Qaseh RM300.

Yeay....
Saya telah memenangi tempat kedua dengan hadiah wang tunai RM400 berserta hamper tajaan Chenta Qaseh yang bernilai RM400...
Suka mak noks!!!!

Tempat pertama. comper otai yang banyak menang lately ni...Suzi Fadhila...
One of my close friend....
Yang banyak memberi inspirasi buat saya juga...
Karya yang deebak, cetusan slogan yang sarat  dengan cerita kasihnya terhadap ibu begitu hebat...

Pemenang hadiah utama bersama penganjur dan penaja peraduan...

Suka pulak saya melihat gambar ni...
Aksi saya dan Sarah ketika pengacara membaca slogan yang kami pertaruhkan...

Agaknya time kitaorang tengah bilang berapa tudung yang kitaorang dapat...kihkih

Alhamdullilah...
Syukur sangat....
Sebagai wanita berhijab yang suka bergaya (walaupun tak pandai bergaya, suka-suka semata) ini antara hadiah yang paling mengujakan saya terutama apabila berpeluang menerimanya dengan percuma...

Bila orang tanya saya..."Ayu, apa rahsia selalu menang contest"...
pendek jer respon saya .."takde rahsia hebat sebenarnya hanya sertai sahaja...menang kalah perkara nombor dua...kalau kita ada minat, curi-curilah peluang untuk menyertainya..ada rezeki insyaAllah pulangannya memberikan kita rasa bahagia"

gituhhhhh

kredit: some pics are from majalah keluarga FB
Alhamdulillah Rezeki Menang Tempat Kedua Dalam Peraduan Semurni Chenta Qaseh Ibu Anjuran Majalah Keluarga Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 20, 2015 Rating: 5

10 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.