Hidangan Sihat Dengan Cara Lebih Kreatif Bersama Chef Selebriti Anis Nabilah
Keperluan nutrisi optimun sangat diperlukan untuk tumbesaran kanak-kanak. Atas kesedaran itu, Dumex Dugro telah melancarkan Kempen "Lebih Lagi Nutrisi Dugro" yang bertujuan untuk menggalakkan ibu-ibu dan anak-anak mereka berkreativiti dalam menyediakan hidangan yang berkhasiat. Dan ini sekaligus dapat memupuk tabiat pemakanan yang sihat juga!
*Gambar kredit Hanim
Berpeluang mempelajari "food art" dari Chef Anis Nabilah sememangnya sangat saya nantikan. Seperti yang kita maklum chef selebriti yang comel ini sememangnya popular dalam program masakan di kaca televisyen. Antaranya seperti Icip-Icip di saluran Asian Food Channel's (AFC), Enak Tradisi di RTM 1, Sesedap Rasa di RTM 2 dan banyak lagi program masakan dihoskan oleh beliau.
Chef Anis telah kongsikan beberapa idea kreatif dalam menyediakan hidangan yang menarik. Paling penting dalam setiap bekas hidangan mengandungi kesimbangan nutri yang lengkap.
*Cik Lily Yang Bersungguh Memberi Ajaran (hikhik)
Saya juga dapat lihat apabila kita melibatkan anak-anak dalam aktiviti ini ianya juga dapat membina hubungan yang rapat terutama melalui interaksi/perbualan secara tidak langsung. Contoh, my Amani seorang yang sangat sukar didekati tapi bila adanya Kak Lily yang tak henti memberi ajaran kepada Amani untuk set bekal bentonya, saya dapati di penghujung kelas Amani dan Cik Lily semakin rapat. Ini kerana mereka berkomunikasi dengan baik sepanjang proses penyediaan hidangan kratif.
Dengan pelbagai kombinasi warna dari sayuran dan buahan, dengan tambahan dengan lauk protein seperti ayam, ikan dan daging secara tidak langsung mendidik kanak-kanak untuk mempunyai tabiat pemakanan yang sihat.
Dan kanak-kanak pasti gembira dengan hasil seni kreativiti makanan yang dihasilkan di dalam bekas makanan seperti Bekas Nutrisi Dugro!
Pemakanan lengkap seharusnya perlu juga ada susu untuk membesar seperti Dugro 5 NUTRI yang dirumus dengan 100% lebih* DHA, prebiotik, IcFOS yang sangat membantu kesihatan sistem penghadaman yang baik. Manakala protein, kalsium dan vitamin A untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
*berbanding dengan rumusan sebelumnya...
Ok HI-5 Kak Anis!
I did OLAF character..
dan saya berjaya melakukannya dengan bantuan mummy saya bersama Aunty Lily Putih :)
Good Job Amani!
TQ TQ...
Untuk sijil penyertaan dan cenderahati dari pihak Dugro
Kita mahukan anak-anak kita membesar sihat dan bijak...
Jadi kita perlu menarik minat mereka terhadap pengambilan pemakanan sihat ini melalui persembahan idea seni makanan ini dengan cara lebih kreatif.
Untuk makluman semua ya!!!
Dugro mempelawa ibu-ibu dan anak-anak di Malaysia untuk menikmati makanan dan nutrisi dengan cara baru, bermula dengan :-
1. Roadshow "Dunia Lebih Nutrisi Dengan Dugro" di seluruh negara, yang mana akan berlangsung di lebih 50 lokasi di seluruh Malaysia. Di sepanjang acara pelbagai permainan dan aktiviti interaktif serta idea seni makanan dan petua istimewa daripada Chef Anis :)
2. Di roadshow ini juga tedapat promosi eksklusif yang mana kita boleh dapatkan Bekas Nutrisi Dugro secara esklusif dengan setiap pembelian 2 pek 900g Dugro 5 Nutri! Bekas makanan ini memudahkan ibu-ibu menyediakan makanan untuk anak-anak mereka untuk dibawa ke sekolah. Dalam bekas makanan itu terdapat petak berasingan, jadi mudahlah kita untuk menghasilkan makana secara kreatif.
3. Bermula 31 Ogos - 11 Oktober 2015, ibu-ibu juga berpeluang menyertai "Peraduan Lebih LAgi Nutrisi", yang mana kita boleh menggabungkan petua-petua Anis Nabilah dengan hasil kreativiti ibu-ibu sendiri ya. Dan hasil seni itu dirakamkan (ambil gambar) seterusnya muat naik ke halaman facebook Dugro (http://facebook.com/DumexDugro) dan berpeluang memenangi hadiah yang hebat!
Untuk keterangan lanjut mengenai Dugro dan Kempen "Lebih Lagi Nutrisi", boleh layari www://dugro.com.my ataupun dengan menghubungu Dumex Careline 1800-38-1038.
Selamat Berkreativiti!
Hidangan Sihat Dengan Cara Lebih Kreatif Bersama Chef Selebriti Anis Nabilah
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 10, 2015
Rating:
Salam kenal, saya blogwalking kt sini...jemput singgah kt blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. :)
ReplyDeletewah..dah siap dah... Ayu baru nak draft nie.. :-)
ReplyDeletenmpk besh!
ReplyDeleterose- salam kenal
ReplyDeleteayu- hehehe
mz- mmg best :)