Menu Yang Biasa Kita Jumpa Di Rumah Terbuka Aidilfitri
Sabtu hari ini, antara yang seronok!
Sebab saya takde terikat dengan mana-mana tugas atau event yang wajib dihadiri.
Sebenarnya ada jemputan rumah terbuka sebagai media, tapi saya tolak, huhu
Kadang-kadang kita perlu ada ruang untuk diri dan juga masa bersama keluarga.
Penat berkejar sana-sini...
So yang lebih afdal menikmati waktu2 santai, duk di rumah...
Melayan karenah anak-anak dan juga berkemas ler.....
Memandangkan sekarang ni mood musim rumah terbuka.
Yang mana hampir setiap minggu saya tidak pernah terlepas diberi jemputan untuk menghadirinya. Apa yang besh, bila hadir ke rumah rakan dan saudara-mara...
Ianya mengeratkan ikatan silaturrahim sesama kita.
Biasanya kalau kita pergi rumah terbuka (kebiasannya ya).
Pasti ada kuih muih...
Tapi zaman sekarang, orang lagi suka beli yang dah siap contoh cheese tart, tart buah dan lain-lain.Kek pun antara menu wajib ada...
Biasanya kita akan jumpa kek coklat...
Dan sekarang ni musim orang mempertengahkan kek keju leleh...
Peh tengok gambaq ni air liur pun meleleh juga!
Sate!!! Antara yang feveret!
Tapi tidak semualah rumah terbuka ada hidangan ini.
Mungkin juga sebab kos untuk satu cucuk ni dah agak mahal...
So nak jadikan menu perlu ada dah macam tak patut masuk dalam senarai hidangan rumah terbuka.
Rendang ayam atau daging...
Ok, yang ni kalau tak jumpa kat rumah terbuka ada sedikit peliks, hiks.
Lagi syok kalau dapat jumpa udang saiz M besarnya...
Terus perut kenyang pun jadi kebuloq balik...
Tapi menu ni jarang juga jumpa di mana-mana rumah terbuka :p
Hidangan nasi arab dah macam trend rumah-rumah terbuka tahun ni.
Tapi pekena sekali, memang boleh cover kekenyangan satu hari :)
Lontong dengan kuah masak lodehnya, ketupat/nasi himpit, lemang, mee soto dan macam-macam hidangan lagi sepertimana yang kita selalu jumpa di pagi raya. Semuanya adooo!
Roti cinnamon dengan sosnya...
Ok yang ni saya jumpa eksklusif di rumah terbuka department saya ajer.
Hahahaha, air tangan Kak Maznah.
Apa yang penting bila ke rumah terbuka...
Bukan sahaja kita dapat menjamu selera bahkan saling berkomunikasi, bertanya khabar.
Mengeratkan silaturrahin yang sedia ada...
Paling penting wajib bergambar...
Dan buat muka paling glamer kat situ...
Macam ai kat atas tu...
Hahahahahahahahahahah
Menu Yang Biasa Kita Jumpa Di Rumah Terbuka Aidilfitri
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 08, 2015
Rating:
Lpr tgk smua menu
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebulan ni jer sng jumpa...bln depan susah dah heheheh
ReplyDeleteSedap2 semua menu..tahun ni x pergi open house lg
ReplyDeletenurul- ni antara menu tarikan apabila bertandang ... :)
ReplyDelete