Promosi "All You Can Eat" DIM SUM Di Hotel Grand BlueWave

DIM SUM merupakan antara hidangan tradisional dan unik yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia terutama bangsa cina. Hidangan yang memerlukan kepakaran dan teknik tertentu bagi menghasilkan kualiti dan persembahan menarik dari pelbagai jenis bahan mentah yang digunakan. Menikmati DIM SUM lebih rasa "kick" jika kita dihidangan "green tea" ataupun "chinese tea".

Dan untuk peminat DIM SUM ada satu berita baik tau. Di Restoran Tung Yuen, Tingkat 1, Hotel Grand BlueWave Shah Alam ada menawarkan promosi "All You Can Eat" pada harga RM55 setiap orang. Paling penting hidangan DIM SUM di sini adalah HALAL!

Yang bestnya uolls boleh membuat pesanan menu mengikut pilihan hati unlimited! Janji apa yang dipesan kena habiskan ya :=)


Kepelbagaian 21 hidangan DIM SUM termasuk pencuci mulut yang ditawaran di sini. Antaranya seperti:

 Crystal Dumpling

Golden Ocean

Phoenix eye

Ocean Garlic Scallop

Carrot Chicken

Black Mushroom

Salted egg

Fresh Prawn 

Chicken Dumpling 

Green-Crab Meat Roll

Steam Rice in Lotus Leaf 

BBQ Chicken Bun
***

Manakala unyuk menu deep fried dumpling, antara hidangan yang ditawarkan adalah 

Crispy Golden Pear

Yam Ball

Vietnamese Spring Roll

 Pan Fride Shanghai Gua Tie

Fried Mee Hoon

Fried Rice Yang Chow Style


Crispy Fancy Ball

***

Untuk pencuci mulut yang menyegarkan:-

Yang ini memang "win" di hati saya, Tambah 3 kali kot. Rasa manis buah longan bersama isi kepala benar-benar enak apatah lagi ianya dihidangkan sejuk.

Sari labu yang didalamnya ada kuih beras pulut berintikan kacang merah.

***
Untuk pengetahuan semua, restoran ini mempunyai keluasan yang agak besar boleh menempatkan ramai pengunjung yang hadir. Selain itu, di Restoran Tung Yuen mempertengahkan konsep makan besar/ramai yang mana terdapat banyak meja bulat yang boleh memuatkan sehingga 8-10 satu meja. Jadi, jika kita datang untuk menikmati makan besar seisi keluarga pilihan restoran ini memang sangat sesuai dan tepat.

Dekorasi minimalis dan santai mempertengahkan konsep budaya masyarakat cina Malaysia.


Promosi DIM SUM ini ditawarkan setiap hari bermula 11.30 pagi - 2.30 petang (untuk hidangan tengahari) dan juga 6.00 petang - 10.30 malam (untuk hidangan malam). Harga yang ditawarkan adalah RM55 setiap orang.

Untuk tempahan(reservation) adalah digalakkan 3 hari sebelum datang di talian 03-55118811 samb 2619 atau bahagian telemarketing  samb 2273, 2724 atau 2725. Keterangan lanjut boleh layari https://www.facebook.com/grandbluewave?fref=ts

Semua harga adalah termasuk GST dan Restoran ini mendapat sijil HALAL daripda JAKIM an JAIS.

Ber DIM SUM enak,
Makan sampai senak!

Jom kita mak, ayah dan anak-anak!!!
Promosi "All You Can Eat" DIM SUM Di Hotel Grand BlueWave Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 16, 2015 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.