SAFI Fruity Fresh | Nikmati Kesegaran Berpanjangan Dengan 100% Buah-Buahan Aktif!
Diperkaya
dengan 100% buah-buahan SAFI Fruity Fresh sesuai untuk setiap jenis kulit
wajah. Mulakan pagi anda dengan gel pembersih muka SAFI Fruity Fresh. Dengan
gabungan gel dan “Micro Beads”, ia mudah meresap ke dalam pori wajah agar dapat
memberi penjagaan lengkap kepada si gadis. Formulasi khas ini senang dibilas, membersih dengan
mendalam, menyegarkan kulit serta menjadikan kulit lembut dan bebas minyak
sepanjang hari. Dengan tiga variasi berbeza Safi Fruity Fresh, ia memberikan
anda aroma kemanisan buah-buahan agar kekal segar dan berseri.
Reka
bentuk produk yang unik dan trendy,
serta rona yang ceria ini amat selari dengan jiwa gadis muda yang sentiasa
aktif, bergaya dan berkeyakinan.
Variasi SAFI Fruity Fresh Anggur yang berwarna hijau ini amat sesuai dengan personaliti gadis yang ringkas dan “down to earth”. Rona yang tenang dan mendamaikan ini menjadikan seorang gadis mudah didekati memandangkan si dia sentiasa tampil yakin bersahaja. Untuk si gadis yang aktif, variasi SAFI Fruity Fresh Lemon yang berwarna kuning ini pasti menambah keceriaan anda sepanjang hari. Warnanya yang terang memberikan pesona inspirasi dan semangat agar tampil cerah dan yakin di mana sahaja.
Bagi si manis yang gemarkan personaliti lembut dan ayu, variasi SAFI Fruity Fresh Strawberi yang berwarna merah jambu ini amat sesuai dijadikan teman di sisi. Warna kegemaran majoriti gadis ini menyerlahkan sifat mesra dan ayu agar selesa bergaul bersama rakan sebaya. Kadangkala, gaya tidak semestinya berlebihan.
Produk SAFI Fruity Fresh ini boleh di dapati di seluruh
Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya utama dengan tawaran harga 100ml: RM9.90 & 50ml: RM5.00
Bersama kita
nikmati khasiat buah-buahan untuk tampil segar dan manis sepanjang hari. Untuk
maklumat lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI FRUITY FRESH sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMALAYSIA,
laman instagram SAFI @safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia
SAFI Fruity Fresh | Nikmati Kesegaran Berpanjangan Dengan 100% Buah-Buahan Aktif!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 31, 2015
Rating:
Assalamualaikum..Nak tanye..Dah lama ke guna safi fruity fresh Ni? Okay je la bila guna? Takda masalah lain?
ReplyDelete