Dashing MCFC Terbaru Di Pasaran, Wangian Istimewa Untuk Lelaki Kaki Bola Yang Sebenar!

Sejak 25 tahun yang lalu, Dashing sememangnya tersohor sebagai salah satu jenama penjagaan badan terbaik di Malaysia. Menawarkan pelbagai produk penjagaan lelaki, tidak hairanlah mengapa Dashing sentiasa menjadi pilihan terutama di kalangan anak-anak muda melayu.

"Kerjasama jenama dengan MCFC ditunjukkan melalui rupa pembungkusan dan juga mencerminkan imej antarabangsa. Oleh itu pula, kami membawa jenama Dashing ke tahap yang baru, kenalkan DAshing MCFS Edisi Terhad.

Encik Sriram Krishnamurthy Ketua Pegawai Operasi bagi Wipro Unza (M) Sdn Bhd.

 Majlis juga diserikan dengan ucapan dari Mr Damian  Willoughby Director of Partnerships (APAC)


Pada majlis yang diadakan di Score Bandar Utama, acara pengenalan produk Dashing terbaru dimulakan dengan persembahan gaya bebas bola sepak oleh Top Freestyle Pemain Malaysia, Ariff Karim. 


Memandangkan pelancaran edisi produk Dashing ini berkait dengan Manchester City Football Club, di majlis pelancaran juga disediakan pelbagai aktiviti menarik yang boleh disertai oleh rakan media. Antaranya perlawanan bola sepak PS4.

 Dan juga "kick the ball", yang membolehkan setiap media yang berjaya menyumbat bola ke dalam lubang yang disediakan bakal menerima cenderahati dari pihak Dashing.

Sebagaimana kita semua maklum, portfolio produk Dashing adalah terdiri daripada EDT, deodoran antiperspirant, roll-on, mandian badan, pembersih wajah, gel rambut & bedak talkum, Produk penjagaan badan dari Dashing sememangnya memberi pengaruh yang besar kepada lelaki maskulin agar mereka lebih tampil hebat dan penuh gaya, apatah lagi golongan ini mempunyai peratusan yang besar dalam meminati sukan bola sepak.


Melihat pada trend tersebut Dashing telah berkalaborasi bersama Manchester City Football Club dengan melancarkan koleksi baru  EDT, deodoran antiperspirant, roll-on.  Koleksi ini memberikan wangian terhebat istimewanya buat peminat sukan bola sepak di Malaysia.

Wangian yang dirumus khas agar tahan lebih lama dan  mampu memberikan kesegaran sepanjang hari biarpun lelaki yang memakainya adalah seorang yang sangat aktif.

 Terdapat 2 variasi dinamakan " Ultimate" Kick dan "Hattrick" :-


1) Ultimate Kick
Bauan yang menggambarkan seorang juara, punyai kelembutan tersendiri menyerlahkan pesona maskulin kehidupan harian seorang lelaki moden. Ultimate Kick diberi sentuhan wangian di musim panas yang mempunyai campuran limau, seterusnya dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, serta disokong oleh vanila dan asas musky.

2) Hattrick
"Jaringan kemenangan bagi setiap lelaki tampan". Wangian Hattrick mencetus inspirasi untuk menjadi lelaki yang ingin mencapai kemenangan. Hattrick menggunakan kombinasi yang unik melalui kesegaran epal sitrus diselitkan juga bauan dari gabungan nota bunga..


 Rangkaian Dashing-MCFC edisi terhad boleh didapati dalam dua varian iaitu "Ultimate Kick" dan "Hattric". 

Dashing MCFC EDT 50ml - RM20.90 termasuk 6% GST.
Dashing MCFC Deodorant Spray - RM11.45 termasuk  6% GST
Dashing MCFC Roll-On Deodorant - RM5.90 termasuk 6% GST.

Ok, ada berita baik untuk uolls semua, jika uolls membeli produk Dashing atau Elite di mana-mana pasaraya. Uolls boleh join peraduan yang dianjurkan oleh pihak Dashing. Yang mana hadiah yang ditawarkan 6Hari5Malam (full paid sponsor) ke Manchester UK. Trip ini termasuklah 3 hari kem latihan di "City Football Academy" bersama jurulatih.. Sesi bertemu dengan pemain  (meet and greet session) bersama pemain kumpulan pertama (1st team player), tour di Etihad Stadium, dan tiket VIP untuk menonton LIVE perlawanan bola sepak diantara Manchester City FC & Manchester United pada 19hb Mac 2016. 11 pemenang dicari dan peraduan ini akan berakhir pada 31. 12.2015...

Cepat join, besttt giler kotttt!!!

Sambil beli untuk tampil lebih kacak,
Join SMS contest dan good luck!

Dashing MCFC Terbaru Di Pasaran, Wangian Istimewa Untuk Lelaki Kaki Bola Yang Sebenar! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 09, 2015 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.