Festival Bon Odori (Japaness Food Fair) di One Utama

Pasar raya Cold Storage, sememangnya terkenal dengan makanan berkualiti tinggi dari seluruh dunia, telah membawakan Bon Odori, pesta tarian kebudayaan dan festival makanan yang termasyhur dari Jepun, ke sebuah pusat membeli-belah tempatan untuk dinikmati oleh warga kota. 

Bermula 2 September sehingga 6 September 2015, bertempat di ruang legar Oval Pusat Membeli-Belah One Utama, pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti merangkumi variasi aspek kebudayaan masyarakat Jepun, ini termasuklah 1,000 jenis produk makanan, kuih-muih serta juadah istimewa dari Jepun. 


Pengurus Besar Pasar Raya Cold Storage  Angus Gore-Andrews, berkata: 

"Sebagai salah sebuah pasar raya pertama di Malaysia, atau lebih tepat lagi, Cold Storage memang terkenal dengan produk segar dan berkualiti, yang diimport dari seluruh pelusuk dunia sejak dahulu lagi. Reputasi ini adalah hasil usaha beberapa dekad kami dalam memenuhi keperluan masyarakat global bukan hanya terhadap makanan segar tetapi juga barangan runcit yang diimport dan makanan tempatan, tidak kira dimana jua,"

"Kami juga sedar, menawarkan hanya makanan tempatan kepada para pelanggan adalah tidak mencukupi. Setiap komuniti mempunyai perayaan mereka sendiri yang datang dengan makanan istimewa dan amalan kebudayaan yang tersendiri. Selama beberapa tahun, kami telah memuatkan pelbagai aktiviti kebudayaan dan perayaan ke dalam kalendar tahunan kami bagi meraikan kepelbagaian pelanggan kami. Pesta 

Makanan Jepun Cold Storage kali ini, yang diadakan bersempena dengan Obon atau Festival Bon, adalah salah satu daripadanya," jelas beliau.

Perasmian karnival oleh Mr Angus Gore-Andrew , Mohd Azizil Halim, Pengurus Cold Storage Bandar Utama dan Patrick So, Pengurus Besar One Utama

Untuk pengetahuan semua, Festival Bon Odori, secara tradisinya diadakan untuk memberi penghormatan kepada nenek moyang, telah diraikan di Jepun lebih daripada 500 tahun. Sambutan bercirikan karnival itu berlangsung selama tiga hari disambut antara bulan Julai dan September, di
kawasan-kawasan berbeza di Jepun.

Ia merupakan satu acara lengkap buat seisi keluarga dengan aktiviti-aktiviti tradisional dan moden seperti tarian, nyanyian dan persembahan kostum, serta pelbagai permainan popular masyarakat Jepun. Acara ini turut menampilkan gerai makanan dan minuman Jepun, dan lain-lain seni persembahan dan demonstrasi rakyat Jepun.

Untuk pesta makanan itu, produk makanan dan manisan Jepun yang diimport termasuk keropok beras, teh hijau, gula-gula serta bahan-bahan masakan seperti rumpai laut, miso dan rempah ratus. Bersempena dengan sambutan musim perayaan Jepun, pelbagai barangan istimewa telah dibawa masuk dari Hokkaido dan Shizuoka, di antara pelbagai produk edisi terhad yang lain.

Antara produk Jepun yang ditawarkan di sempena Festival Bon Odori:-



















Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang festival, ini termasuklah persembahan tarian Jepun yang unik.



Keunikkan budaya Jepun yang menjadi tarikan masyarakat Asia..
Nak tahu dan melihat sendiri jangan lupa terjah One Utama ya!!!
Festival Bon Odori (Japaness Food Fair) di One Utama Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 04, 2015 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.