Happy Fresh! Memudahkan Urusan Berbelanja Barangan Rumah Harian Anda

Sebagai wanita, tugas kita setiap hari sangat banyak...
Apatah lagi jika kita mempunyai kerjaya...
Ditambah pula punyai anak-anak yang diuruskan...
Memang tak menang tangan...

Untuk keluar bershopping sahaja, kita perlukan banyak masa..
Ini belum ambil kira jika kita terpaksa mengharungi kesesakan lalu lintas...
Memang menjadikan hidup kita sangat stress!!

Tapi mujurlah....
Ada perkhidmatan "Happy Fresh"!!!!

Ok, apa jenis perkhidmatan Happy Fresh boleh berikan pada kita....
Uolls kena baca sampai habis.....yerppp

*************
Hujung 2 minggu lepas, saya dijemput oleh pihak Happy Fresh dan keluarga menghadiri satu sesi suai-kenal perkhidmatan yang ditawarkan bersama pihak Happy Fresh sendiri...

 Paling excited! My Ameer la.....

Sebab dapat bermain dengan pelbagai mainan bersama dengan rakan-rakan yang lain...

 Ada face painting juga....
YAng sememangnya menjadi kegemaran My Amani :p

Hasilnya....
Princess Amani...
Captain Amerika...heheheheh

Salain daripada aktiviti, kami juga dijamu dengan hidangan yang enak-enak!
***************


 Berbalik pada citer shopping bersama Happy Fresh...
Ianya adalah satu aplikasi yang boleh kita muat turunkan dari telefon pintar...

 Yang mana aplikasi berbelanja ini sangat membantu uolls, terutama dari segi menjimatkan masa dan juga membolehkan membantu uolls membuat perbelanjaan harian dalam cara yang paling terbaik.

Apa yang best! Kita boleh pilih dan tetapkan, bila barangan pesanan kita boleh sampai (masa/tarikh)...
Paling cepat dalam 1 jam sudah sampai :)

 Kita juga boleh buat pilihan samada hendak membayar secara tunai ataupun, kredit kad!...
Dan mengikut pengalaman saya, jika ada barangan yang kita pesan tidak ada atas rak pasaraya, pihak Happy Fresh akan menghubungi kita untuk diberi pilihan samada menukar barangyang sama jenama berlainan ataupun "tidak membeli item" tersebut. Kaedah ini memang memberikan kepuasan dikedua-dua pihak. Bila mendapat persetujuan daripada pelanggan baru urusan pembelian pesanan diteruskan :)

Dan sehingga servis penghantaran sampai di pintu rumah/pejabat. Kita boleh semak barang pesanan. Dan sekiranya ada barangan yang kita tak "happy" boleh terus pulangkan tanpa sebarang caj tambahan yang dikenakan.


 Ok, ini adalah pasaraya yang berkalobrasi dengan Happy Fresh. Ianya adalah mengikut kawasan pesanan yang dibuat ya...

 Kawasan yang kita boleh mendapatkan perkhidmatan Happy Fresh seperti gambar rajah diatas...

 Perkhidmatan Happy Fresh bukan sahaja terdapat di Malaysia bahkan ianya juga meliputi di kawasan Asia Tenggara seperti Jakarta dan Bangkok..

Yang best tentang aplikasi ini....
Kita boleh secara jelas butiran produk yang hendak kita pesan...
Terutama dari segi kandungannya...

Terdapat juga menu yang membolehkan kita "simpan" (add dalam favourites) segala pesanan lama yang pernah dibuat bersama Happy Fresh. Jadi memudahkan kita untuk membuat pesanan yang sama pada masa-masa akan datang.

Aplikasi ini juga sentiasa menambah-baik pengisiannya. Dan untuk masa akan datang Happy Fresh akan memperkenalkan Happy Recipe. Yang mana pelanggan boleh melihat contoh-contoh resepi yang dikongsi dan sekiranya pelanggan berminat mencuba hanya tekan pada butang yang disediakan. Secara automatik semua bahan yang digunakan dalam resepi akan dimasukkan secara terus dalam barangan yang hendak dipesan. Mudahkan!

 Feedback dari pelanggan-pelanggan yang pernah mencuba perkhidmatan Happy Fresh, rata-rata memang semuanya puas hati :)

Saya dah lebih 3 kali membeli menerusi perkhidmatan Happy Fresh...

Keterangan lanjut mengenai Happy Fresh boleh layari di FB :- 



Happy Fresh! Memudahkan Urusan Berbelanja Barangan Rumah Harian Anda Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 17, 2015 Rating: 5

5 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.