Hidangan Antarabangsa di Restoran SKY360

Restoran 360 di eCity & M.I.C.E Hotel OneCity Mall menawarkan hidangan yang berkonsepkan antarabangsa. Kepelbagaian jenis hidangan enak yang memenuhi citarasa masyarakat dunia benar-benar menjadi tarikan pelanggan restoran ini. Apa yang menarik, selain daripada hidangan enak, pelanggan juga boleh menikmati keindahan  pemandangan terutama kawasan selatan Lembah Klang (restoran ini terletak di roof top hotel).

Antara hidangan antarabangsa yang menarik hati saya seperti:-

Kepelbagaian hidangan laut segar, antaranya..
Kesegaran Oyster a.k.a tiram

Kesegaran "Mussels" a.k.a kepah

Cara menikmatinya..hanya perahkan dengan perahan air limau nipis...

Ketam :p
Kepelbagaian kepingan ayam dan daging...
Beef salami, Smoked Makarel, Turkey Ham dan macam-macam lagi

Station Caesar Salad..
Salad - tomato cherry, timun, kubis dll...

Salad Ayam...

Masakan melayu tradisional..
Ulam-ulaman

Membuka selera masakan melayu...
Ada budu, sambal belacan, sambal tempoyak, cencalok...
Makan bersama ulam dan nasi panas, memang terangkat!!

Hidangan tradisional melayu seperti serunding daging dan ayam...
Terdapat juga kerabu mangga, udang dan lain-lain lagi..

Nasi Goreng Fisherman

Rendang Udang
Yang ini benar-benar istimewa. First time saya merasai hidangan rendang yang menggunakan udan yang bersaiz L. Memang terasa rempahnya dan tidak terlalu pedas.

Antara lain masakan melayu yang ada di sini seperti kari ikan, ayam masak kicap, udang masak lemak nenas dan ayam masak merah.

Antara hidangan cina...
Hidangan masakan yang popular- steamed  braccoli with crabmeat sauce.

Antara hidangan barat..
Masakan Kambing "Black-pepper"..Ianya digril bersama sos black pepper- rasa pedas manis. Antara hidangan yang "win" di hati saya. 



Yeszaaa ada pizza....

"Roasted Lamb Shoulder" yang sangat juicy.....

Dihidangkan secara santai, dibakar "live" - ada kambing bakar, itik dan ayam roasted!

Station Pasta...
Yang menariknya kita boleh buat piliha pasta yang digemari seperti cabonara, agllio-olio, tomato sos dan sebagainya. Kita boleh membuat pemilihan jenis mee spaghetti yang kita inginkan, berserta "seafood" atau beef bacon, cendawan dan sebagainya. Semuanya ikut kesesuaian citarasa kita. Dan Chef akan memasakkan secara "on-the-spot" mengikut permintaan.

Tadaaaaaaaaaa...my fettucini cabonara :)


Noodles Station...
Boleh order sahaja jenis hidangan mee goreng yang digemari...

Chef akan memasaknya secara "live" di sini. Makan panas-panas uolls!!

Pencuci mulut beraneka jenis, memenuhi citarasa anatarabangsa!

Brownies, kek keju, puding ,,,

Tart buah, kek red valvet, coklat moist cake, pecan tart, butter puding Mini Creme Brule, Fresh fruit tart dan macam-macam lagi...

Dan juga "fruit cocktail"

Air soya panas dan longan..benar-benar "refreshing!!!"

Buah-buahan tempatan...

Pelbagai jenis roti dan juga sup yang enak sememangnya harus dicuba!!!!

Terdapat juga manisan mulut seperti bubur kacang, ais krim dan kepelbagaian kuih muih tempatan.

Pelanggan yang hadir ke sini boleh memilih sudut makan yang sesuai dan yang mereka inginkan. Apa yang pastinya ruang makan yang disediakan begitu santai dan relaks. Jika pelanggan datang dalam famili yang besar, pelanggan boleh memilih meja panjang untuk menikmati hidangan di sini.

Jika uolls, ingin menikmati suasana di luar restoran. Uolls juga boleh memilih ruang santai di ruang balkoni restoran. Terdapat kerusi meja disediakan tetapi ianya agak terhad.

Buffet lunch ini ditawarkan setiap hari bermula dari pukul 12.30pm sehingga 2.30pm. Harga untuk dewasa adalah RM72 nett dan kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun RM36 nett. Untuk kanak-kanak bawah 3 tahun, makan adalah percuma!

Untuk tempahan (reservation) boleh hubungi 03-51159887 ataupun email sahaja di sky360@miceonecity.com

Hidangan Antarabangsa di Restoran SKY360 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 22, 2015 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.