Kehebatan Krim Jerawat Datang Bulan

Krim Jerawat datang bulan sememangnya krim yang agak unik dan ketara agak berlainan jika dibandingkan mana-mana krim jerawat yang lain di pasaran. Untuk pengetahuan semua ya, krim ini merupakan produk khas diformulasikan menghilangkan jerawat dengan pantas terutama ketika wanita sedang datang bulan :p

Bahkan krim ni juga mampu menghilangkan kesan gelap atau merah pada bekas jerawat. Bagi muka saya sendiri sering sahaja mengalami kesan gelap selepas tumbuh yang tumbuh beransur mengecut. Memang sangat stress!



*Wajah My Yana yang akhir2 ini banyak ditumbuhi jerawat.
Masalah jerawat ketika datang bulan memang dialami kebanyakan wanita (untung bagi mereka yang tidak ada amsalah sebegini T_T). Biarpun kanak-kanak seusia 12 tahun. setengah daripada mereka mereka juga akan mengalami masalah pertumbuhan jerawat. Kawasan yang biasanya ditumbuhi jerawat biasanya ketika 8 hari sebelum datang bulan, terutama di kawasan zon T iaitu dahi dan juga dagu. Kawasan ini merupakan kawasan yang paling mengeluarkan minyak.



Saya telah mencuba sendiri krim ini ke atas muka saya. Untuk pengetahuan semua, jenis kulit muka saya adalah dari jenis berminyak. Jika tidak menjaga bersih @ cuai mencuci, maka jerawat akan seronok tumbuh melata di muka. Huhuhu...



Sebagai alternatif saya akan cuba menghilangkan jerawat dengan pelbagai krim. Namun yang menjadi masalah pula apabila jerawat tidak kelihatan, kesan peninggalan jerawat itu tetap ada. Adoihai.... Paling menyeksakan jiwa bila kesan jerawat akan bertukar dari kemerahan seterusnya menjadi warna hitam.



So, bila diberi peluang mencuba produk ini, tentunya membuatkan saya gembira. Caranya mudah sahaja.


1. Bersihkan muka terlebih dahulu. Biasanya saya akan memakai krim ini selepas waktu Isyak (masa untuk tidur) dan biarkan sehingga Subuh (barulah dicuci, untuk mengambul wuduk dan sebagainya)..


2. Hanya perlu diletakkan pada jerawat. tidak perlu diletakkan di seluruh wajah. Jika tiada jerawat boleh juga diletakkan kepada kesan-kesan jerawat lama. Untuk menghilangkan warna cela hitam atau merah di muka. Kita juga akan perasan, tekstur krim ini akan mengeras (seperti bedak sejuk) di bahagian jerawat yang kita sapukan. Pada di awal permulaan kita menggunakannya, kita akan rasa sedikit menyengat. Tapi jangan risau uolls, rasa penyengat itu ia hilang bila ianya sudah mula kering.

3. Bangun Subuh, bersihkan dengan pencuci muka.


Close-up, jerawat kecil di muka...



Kalau uolls perasan, ada nampak titik merah jerawat di situ. Biarpun kelihatan besar, tetapi ianya membengkak ketara di wajah saya.

Saya menggunakan secara konsisten selama 3 hari. Dan hasilnya, jerawat sudah mengecut-hilang Dan yang paling best, tidak ada kesan jerawat seperti warna cela hitam mahupun merah.



Menarik bukan?

Jika kita perhatikan, pembungkusan krim ini sangat klasik dan unik. Nampak "rare" sangat!! Dan saiznya memang kecil, 10 gram sahaja. Tapi jangan tidak tak tahu, efektifnya krim ini terhadap masalah jerawat memang benar-benar berkesan. Biarpun saiznya kecil, bahan yang digunakan adalah berkualiti premium. Tidak hairanlah formulasi bahan utama yang terdiri daripada Kapur dan Pati Kulit Kayu Willow Putih (100% tiada bahan kimia merbahaya), merupakan bahan terbaik di pasaran. 



InsyaAllah jika kita secara konsisten menggunakannya,  krim ini pasti akan memberikan kesan yang luar biasa pada penggunanya. 


Sedikit info untuk uolls ya, jika krim ini dipakai hanya ketika datang bulan, ianya boleh bertahan sehingga 2 bulan. Jimat jugak tu!!!

Biarpun nama krim jerawat ini "Krim Jerawat Datang Bulan", ianya juga digunakan ke atas jerawat biarpun ketika tidak datang bulan dan lelaki juga boleh digunakan (tidak dikhususkan buat wanita semata).

Jika uolls nak tahu keterangan lanjut @ berminat nak mendapatkan "Krim Jerawat Datang Bulan", bolehlah layari:-






Bila guna "Krim Jerawat Datang Bulan",
Jerawat hilang wajah makin menawan!

Kehebatan Krim Jerawat Datang Bulan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 21, 2015 Rating: 5

9 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.