Pencuci Mulut Dari Produk Anchor Kini Boleh Didapati Di Bakeri Terbaik di Malaysia

Kedai Kek RT Pastry House sememangnya antara bakeri yang popular terutama bagi mereka yang menggemari pastri. Keenakkan pastrinya pastinya datang daripada bahan-bahan ramuan yang terbaik dan terpilih.


Diadun secara "live" dan "fresh", membolehkan pelanggan RT Pastry House melihat sendiri bagaimana produk terbaikdapat dihasilkan.

Selain itu, semua produk yang ditawarkan adalah "fresh from oven", dan ada juga yang masih panas-panas. Memang terbaik bukan? :)
Antara pasti yang dihasilkan disimpan di tempat yang bersesuaian dengan keperluan tempat penyimpannpastri tersebut (terutama berkait dengan suhu).

Selain roti, pelbagai jenis kek juga ditawarkan di sini. Dan memang tidak dinafikan, memang kek dari kedai pastri ini mempunyai pengikutnya yang sendiri. Saya sendiri menyaksikan betapa ramainya pelanggan yang beratur untuk mendapatkan kek di sini.

Pastri kek bulan....Yang pastinya ianya HALAL...

See, himpunan pelbagai jenis roti. Tidak hairanlah Kedai Pastri ini sentiasa menjadi pilihan pelanggan dek kerana begitu banyak tawaran roti, pastri dan kek yang ditawarkan..

Yang terbaru....

Kenalkan menu pencuci mulut terbaru "The Cream Cheese Indulgence"...Untuk pengetahuan semua resepi terbaik pencuci mulut ini adalah hasil kalabrosi antara produk Anchor keluaran Fonterra dan juga kedai bakeri RT Pastry House..

Edisi "The Cream Cheese Indulgence" menampilkan kek "Winter Magma" dan juga "Karui Snow Cake"
Dan juga Kaizen Chizu Tart, bagi mereka yang benar-benar meminati rasa keju yang sebenar.

Dan 3 produk terbaru dari edisi "The Cream Cheese Indulgence" sememangnya antara produk terlaris di bakeri ini. Memang sekejap sahaja habis, uoolls!!

Uolls juga boleh duduk bersantai sambil menikmati kek, pastri dan roti di RT Cafe House yang letaknya betul-betul bersebelahan dengan RT Pastry House.

Suasana yang santai dengan sentuhan warna "earth" lembut sememangnya menaikkan seri dekorasi RT Cafe ini.

Perhiasan yang minimalis...

Kaunter bar yang membolehkan kita membuat order jenis air minuman yang dikehendaki..

Gabungan serasi...
Kopi dan pastri...
Kopi dan roti...

:)

Minuman yang telah saya mencubanya - Nutella ice blended..

Dan juga chocolate ice blended...
Nyummehhhh

Untuk pengetahuan semua, "The Cream Cheese Indulgence" yang menampilkan kek "Winter Magma" , "Karui Snow Cake" dan juga Kaizen Chizu Tart merupakan pencuci mulut yang mendapat perhatian meluas daripada masyarakat Korea dan Jepun.

Mula diperkenalkan di Malaysia, hasil inisiatif pihak Anchor dan RT Pastry House, yang mana ramuan yang digunakan dalam menghasilkan kek signature ini adalah terdiri daripada ramuan utama iaitu "Anchor Cream Cheese" berserta dengan produk lain antaranya seperti Anchor Cream, Anchor Butter dan Anchor Cheese Slices

Tidak hairanlah ketika menikmatinya, rasa kesedapan keju yang begitu konsisten-lembut dan cair di mulut :=)

Close up- Winter Magma......
Kek Winter Magma, menggunakan keju krim dibahagian tengah, seterusnya dikelilingi kek keju yang mempunyai rasa coklat.

See, keterujaan budak kecik ini ketika menikmati "Winter Magma"..

Seterusnya Kaizen Chizu Tart, yang mana bentuknya seperti "tart telur" tetapi mempunyai filing keju, dan diatasnya diletakkan "melted slice cheese"...

Dan yang ini Karui Snow Cake, kek keju yang lembut...

Yang mana filingnya ada rasa buah segar iaitu mango diadun bersama cream cheese Anchor...Di atas kek ini diletakkan "almond crumble"...Kombinasi rasa mewah ini benar-benar memberi kejutan pada mereka yang meminati keju!

Dijual dalam kotak esklusif (Anchor Packaging). Untuk 4 biji kek yang terdiri dari 2 biji Winter Magma dan 2 biji Karui Snow Cake, harga yang ditawarkan adalah RM18.

Manakala Kaizen Chizu Tart, 2 biji adalah RM11 sekotak...

Kek edisi "The Cream Cheese Indulgence" ini boleh didapati dari sekarang sehingga akhir Oktober 2015 dan hanya di kedai bakeri-bakeri yang terpilih.

Antara bakeri terpilih:
Klang Valley- di semua cawangan RT Pastry House
Melaka hanya -Yeast Pastry
Ipoh - Happy Angle
Sarawak - Happy Chef Bakery
Sabah - Port View Euro Bakery
Penang - Bread history
Johor Bahru - SDS Bakery
Muar - Fung Seng 

Jadi kepada peminat keju, jangan lupa dapatkan kek esklusif ini bakeri-bakeri yang terpilih!

Pencuci Mulut Dari Produk Anchor Kini Boleh Didapati Di Bakeri Terbaik di Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 15, 2015 Rating: 5

6 comments:

  1. Maaf, nk tanya, bakery ni ada sijil halal ke?

    ReplyDelete
  2. tiada sijil halal. pork free only. sila betulkan post anda

    ReplyDelete
  3. saya cari kat jakim pon takde halal? mcm mana u blh cakap halal? jangan dapat dosa free ye

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.