Inovasi Berus Gigi Terbaru Dari Jepun : Systema 3D Clean
Dalam
kesibukan menjalani kehidupan harian, rutin menggosok gigi sering diambil remeh
dan ramai yang tidak melakukan nya dengan betul. Selain daripada menggosok gigi
dengan teknik yang betul, pemilihan
berus gigi yang bersesuaian serta tidak mencederakan gusi juga adalah amat
penting.
Betulkan?
Ramai
yang menganggap berus gigi hanyalah alat untuk membawa ubat gigi ke dalam mulut
kita semasa menggosok gigi. Sebenarnya, berus gigi adalah sama penting dengan
ubat gigi. Berus gigi sebenarnya merupakan alat yang paling penting untuk
menanggalkan plak – laipsan biofilem bacteria yang menyebabkan kaviti.
Pada masa kini, kita dimanjakan dengan pelbagai pilihan berus gigi di
rak-rak pasaran. Tahukah anda bahawa terdapat lebih daripada 100 jenis berus
gigi di pasaran? Pilihan yang pelbagai pastinya akan menyebabkan pembeli bingung
untuk memilih berus gigi terbaik, namun tidak semua berus gigi adalah sama.
Salah satu faktor penilaian penting ketika
memilih berus gigi adalah dengan memahami bagaimana gigi kita digunakan setiap
hari. Apa yang harus ditanggung oleh gigi kita? Bagi rakyat Malaysia, kita
semua ’bersalah‘ kerana mendedahkan gigi kita dengan tugasan paling sukar
kerana minat mendalam kita terhadap makanan. Rakyat Malaysia dapat dilihat
menikmati makanan setiap masa yang mempunyai pelbagai rasa dan tekstur yang
tidak dapat dibayangkan. Sisa makanan yang tersangkut dicelah gigi, yang meninggalkan
kesan warna atau menyaluti garisan gusi dan gigi; ini
semua menjadi makanan kepada plak yang akan menghakis
enamel, menjadi punca gigi berlubang dan gigi reput.
SYSTEMA
Berus gigi nombor 1 di Jepun julung kali
dilancarkan pada tahun 1993 oleh Lion Corporation Japan (kini “Lion Japan”). Ia
adalah penambahbaikan yang besar dalam mencegah penyakit periodontal ketika
paten pertama berus gigi tirus 0.02mm Systema diperkenalkan yang dapat
menembusi jauh kedalam bahagian gigi yang sukar dicapai seperti celah-celah gigi
dan garisan gusi dengan kebolehan untuk membersihkan poket gusi tanpa
mencederakan gigi dan gusi.
Jika dibandingkan dengan berus gigi
biasa, berus bulu tirus ini berkebolehan membersih 9 kali lebih baik, sementara
mengurangkan tekanan ketika memberus sebanyak 66%. Berus gigi SYSTEMA juga
lebih fleksibel malah menerajui pembersihan yang efektif dan selesa.
Hasil dari 100 tahun pengalaman bekerjasama dengan
ahli pergigian dan dengan kumpulan saintis sendiri, tidak dapat disangkal lagi
bahawa Lion Japan merupakan syarikat perintis dalam inovasi berus gigi berhujung
tirus.
Hari ini, pakar berus gigi berhujung tirus
memperkenalkan satu lagi inovasi baru - berus gigi SYSTEMA
3D CLEAN. Ia merupakan berus gigi pertama
dengan bulu berus 3D Multi-Cleaning 0.02mm dan pembersih lidah yang direka khas untuk membersihkan setiap
bahagian mulut termasuk bahagian yang sukar dicapai. Jadi gigi kekal
bersih, gusi sentiasa sihat dan nafas kekal segar walau apa jua yang anda makan.
“Sejarah pembangunan produk penjagaan mulut SYSTEMA bermula pada tahun 1896 di mana pengasas Lion Corporation, Tomijito Kobayashi mula membuat sabun dan ubat gigi. Tahun demi tahun, kami telah berkembang dan pada tahun 1914 kami melancarkan berus gigi pertama, yang dibentuk bersama tunjuk ajar dari Tokyo College of Dentistry yang kini dikenali sebagai Tokyo Dental College,“ ujar Takashi Ohno, Pengarah Jabatan Inovasi Produk Antarabangsa, Lion Corporation Jepun.
“Lion Japan percaya bahawa bahagian terpenting bagi berus gigi adalah pada bulu berusnya. Untuk gigi dan gusi yang sihat, berus gigi bukan sahaja perlu membersihkan permukaan gigi tetapi juga seluruh bahagian gigi dengan efektif terutamanya garisan gusi , gigi belakang dan celah-celah gigi yang sukar untuk dicapai, dan bertindak lembut pada gusi dan gigi,” Ohno menambah.
Bersempena dengan pelancaran SYTEMA 3D CLEAN kempen SYSTEMA “Mula Dengan Betul, Berus Dengan Betul – Gigi Sihat Sepanjang Hayat“ turut diadakan. Permulaan siri jelajah adalah di kompleks membeli-belah One Utama pada 30 Sept sehingga 4 Okt dengan kerjasama AEON.
Kempen ini adalah sebahagian dari usaha berterusan SYSTEMA untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyemai tabiat penjagaan mulut yang lebih baik dalam rutin harian mereka dengan melalui perkongsian maklumat yang tepat dan pengetahuan mengenai kebersihan mulut. Bermula dengan 2 langkah mudah iaitu dengan memilih berus gigi yang betul serta mengamalkan teknik dan tabiat memberus yang betul seperti yang disarankan pakar pergigian.
– Berus lebih lembut (77%),
– Membersih celah gigi (81%),
– Membersih permukaan gigi (78%),
– Membersih sepanjang garisan gusi (81%) dan berkebolehan untuk
Membersih belakang gigi(75%).
Sumber: Kumpulan Kajian Insight Asia– Project Blanco (2014)
Keputusan ini turut disokong oleh ujian saintifik makmal yang menunjukkan SYSTEMA 3D CLEAN mempunyai kuasa pembersihan yang menakjubkan melalui kebolehannya untuk membersihkan secara efektif seluruh bahagian gigi seperti garisan gusi, celah-celah gigi dan permukaan gigi untuk kebersihan menyeluruh.
Sumber: Makmal Kajian Penjagaan Mulut, R&D HQ, Lion Corporation, 2014
SYSTEMA 3D CLEAN mempunyai 5 kebolehan ‘multi-cleaning” untuk pembersihan menyeluruh 3D:
- Hujung Berus Tipis Spiral – Hujung berkuasa untuk mencapai gigi belakang bagi mengeluarkan lebih plak
- Bulu Berus Pendek Di Pusat –Membersihkan permukaan gigi dan permukaan mengunyah dengan lebih baik.
- Bulu Berus Panjang Di Tengah–Menembusi celah-celah gigi untuk menanggalkan sisa makanan.
- Bulu Berus Panjang Di Bahagian Luar – Menembusi jauh kedalam garisan gusi untuk mengeluarkan 9X lebih plak
- Pembersih Lidah – Menanggalkan lapisan makanan dan bakteria punca nafas berbau pada lidah.
SYSTEMA 3D CLEAN kini boleh didapati di semua pasaraya dan farmasi terkemuka seluruh negara pada harga RM 11.50 (termasuk GST)
Untuk informasi lebih lanjut mengenai SYSTEMA 3D CLEAN, klik:
laman Facebook rasmi
Inovasi Berus Gigi Terbaru Dari Jepun : Systema 3D Clean
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 02, 2015
Rating:
No comments:
Sharing is caring...