Kulit Sihat Bersama Produk Terbaru Vaseline

Bertempat di Aloft, KL Sentral, revolusi Vaseline® menampilkan teknologi titisan mikro jeli petroleum dalam losyen diperkenalkan. Dan untuk pengetahuan semua, revolusi terbaru ini mampu memberikan lebih kelembutan dan memelihara kelembapan kulit kita.

Mengikut kajian yang telah dijalankan, kebanyakan wanita Asia rajin melembapkan wajah mereka setiap hari. Dan hanya separuh daripada mereka melakukan perkara yang sama (menyapu losyen) pada tubuh mereka. Sekaligus menunjukkan bermakna, 95% kulit telah terabai dari penjagaan yang sempurna.

 Dengan keadaan cuaca yang berjerebu, berkeadaan panas dan hujan tidak menentu, kulit kita pasti akan mengalami kekeringan dan kusam. Atas keprihatinan itu Vaseline® telah memperkenalkan produk losyen Vaseline dengan jeli petroleum. Yang mana produk Vaseline terbaru ini mampu memberikan perlindungan sekaligus melembap dan melindungi kulit serta menyokong proses pemulihan kulit semulajadi.

Untuk pengetahuan semua, rangkaian produk losyen Vaseline® yang didatangkan dengan titisan mikro Vaseline® Jelly. Ianya merupkan satu rumusan tidak melekit serta mampu menjadikan kulit cerah dan lembut. Kebaikan produk ini memberi kelembapan jauh ke dalam bagi memulihkan kulit kering, membantu mempercepatkan pemulihan kulit serta menyokong pencerahan kulit dengan menyingkirkan kulit rosak dari dalam. 

Dngan hanya sapuan dua kali sehari secara konsisten, kulit kita akan menjadi lebih lembut dan lembap serta sihat dari dalam. Phewittttttttt..

 Apa yang saya perasan, setelah menyapu losyen, kulit kita akan kelihatan lebih cerah berbanding dengan keadaan sebelumnya.

Analisis pada kulit saya menunjukkan kulit saya berada di paras normal, tidak kering iaitu 40.3%

 Selepas menyapu losyen, kenaikan peratusan kelembapan bertambah iaitu 44.7%

 Rangkaian Pencerahan Sihat Vaseline terdiri daripada:-

  • Insta Fair dengan Skin Micro Reflector, vitamin B3 dan Glycerin – untuk kecerahan nyata dari aplikasi pertama dan melembapkan kulit agar kulit kelihatan cerah dan lembut sentiasa.
  • UV Lightening dengan vitamin B3 dan tiga kali ganda pelindung suria - untuk kulit lebih cerah dalam masa 2 minggu.
  • Perfect 10 dengan AHA dan Pro Retinol - untuk manfaat 10-dalam-1 bagi kulit yang kelihatan cerah sempurna
  • SPF24 PA++ untuk Perlindungan UVA dan UVB – untuk pencerahan kulit di di sampling pelindungan dari matahari

Dan uollls, rangkaian terkini Vaseline dengan titisan mikro Vaseline Jelly kini boleh didapatidi semua semua p eruncit utama, farmasi dan pasar raya besar di seluruh negara. 

Untuk keterangan lanjut tentang produk tersebut, layari www.vaseline.com.my

Kulit Sihat Bersama Produk Terbaru Vaseline Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 08, 2015 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.