Yup Tak Sabar Nak Tunggu Comeback Kajol dan SRK...:p
Dalam banyak-banyak gandingan hero dan heroin, saya paling suka gandingan antara Kajol dan Shah Rukh Khan. Biarpun masa tu ramai juga pelakon hindustan yang berbakat seperti Aamir Khan, Salman Khan, Rani Mukherje, Preity Zinta dan ramai lagi. Tapi dua pelakon ini, bila bergabung memang menghasilkan lakonan yang punyai roh dan aura yang mantap!
Antara filem gabungan mereka berdua dan sehingga kini saya masih tidak jemu menonton sambil lap air mata, biarpun empat puluh empat kali tengok pun still rasa touching lagi (errkkk nampak sangat ai hati tisu kan, heheheheh), seperti :-
Kuch Kuch Hota Hei (Something is happening)
Kabhi Kuchi Kabhi Gam (Sometime happiness, sometime sadness)
dan dalam banyak citer yang paling WIN dalam hati saya adalah filem komedi romantik
*
*
*
*
*
*
*
Dilwale Dulhania Le Jayenge (The Big Hearted Will Take The Bride)
Dan saya difahamkan mereka berdua akan ditemukan kembali dalam tribute "Diwale Dulhania Le Jayange" kononnya selepas 20 tahun untuk set filem terbaru "Diwale". Ya aarrrrrrrrrrrrr tazabarrrr nak tengok ater bagaimana rupanya bila mereka digabungkan semula dalam keadaan masing2 sudah menjadi senior :p (tua)
So, meh kita skodeng koleksi gambar2 dowang yang super duper cute ini. Kredit member kat FB, agagaga :p
Alolololo suwitt giler...
Biarpun bukan sebagai pasangan di bumi yang nyata...
Tapi nampak sangat hubungan sebagai sahabat dalam dunia kareer perfileman mereka :)
Dan bagi saya Kajol still maintain the same...
Nampak comel, muda jelita lagi...
Shah Rukh Khan nampak agak dah berusia sikit (ni mesti tak amalkan makan kologen, huhuhu)...
Biarpun ramai yang kata filem hindustan ni, jalan cerita kita boleh predict, klise, agak streotype dan macam-macam lagi tapi bagi saya keindahan muzik dan "chemistry" antara pelakon yang menjayakan itu sangat memainkan peranan.
Meskipun hero tu terjun dari bangunan tingkat 8 still tak-tak mati, jatuh gaung keta terbakor pun still selamat lagi (siap keluar dengan keadaan sado), dah kena tembak lebih dari 3 das boleh berlari 2 km jauhnya...tapi ada aku kesah, janji ianya filem menghiburkan..layan jaaaaaaaa..... (bukan jalan cerita boleh kasi klu untuk soalan final exam pun cam ex-roomate dulu ai selalu khobarkan)
Yup Tak Sabar Nak Tunggu Comeback Kajol dan SRK...:p
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 21, 2015
Rating:
Wow bestnya, tak sabar jugak ni.
ReplyDeleteZaman dulu memang tak pernah miss citer hindustan...sejak kawin dah kurang tengok... sejak ada anak dah tak tengok huhu... last tengok 3 idiots :-D
ReplyDeleteAlahhhh SRK tak shave nampak semak. Kalau dia shave ok kot...
ReplyDeleteIday suka gila gadingan diorang ni. tak sabar nak tengok comeback. heheheheheh dah 20 tahun dah. rasa macam tua sangat pulak. dulu layan masa budak2, sekarang dah jadi bini orang dah. hehehe
ReplyDeleteAISHAH- KANNNN tazabarrrr
ReplyDeletekak eynda - ayu oun suka 3 idiots...sep skitt
ezna- huhu betul gak
iday- tu lah akk pun tak sabar..cam menarikkan :)