Ice Watch Menjadi Penaja Utama Bagi Acara "Ice-Watch - Light Up The Night Run" di Malaysia


Ice Watch dengan kerjasama Marathon Company telah menganjurkan acara larian di waktu malam sekitar bandar Shah Alam yang bakal berlangsung pada 5 Disember 2015. Hanya 2 jarak larian  ditawarkan didalam "Ice Watch- Light Up The Night Run" iaitu 5KM dan 10KM.

Satu majlis menandatangani t-shirt larian penaja-penaja utama iaitu daripada pihak ICE WATCH, Marathon Company dan juga pihak Plaza Shah Alam.

 Untuk pengetahuan semua, acara bermula dari 8 malam dan bakal berakhir pukul 11 malam. Sempena dengan acara larian tersebut, Plaza Shah Alam akan melanjutkan operasinya sehingga 12 tengah malam.




Setiap pelari yang sudah berdaftar di sini http://themarathoncompany.com/home/light-up-the-night/ (bayaran boleh rujuk kepada pautan) akan menerima sehelai t-shirt..

Apa yang menarik setiap pendaftar no. 6 untuk acara larian ini bakal menerima hadiah sebuah jam tangan ICE WATCH yang bernilai RM379. Dan bagi top 5 setiap kategori lelaki dan perempuan untuk jarak 10KM bagi menerima jam tangan ICE WATCH bernilai RM699.


Dan mereka yang berjaya menghabiskan larian bakal menerima "medal finisher" seperti di atas, Cantikkan :)

Antara penaja lain yang turut sama menaja untuk acara larian ini seperti Habib, Rocktape, Redbull dan minuman Revive Isotonik. Liputan secara menyeluruh tentang acara larian adalah daripada Majalah Maskulin, "Running Magazine" dan Lic3ly (digital partner).

***
Serentak dengan pengumuman penaja larian  "Ice Watch- Light Up The Night Run" pihak ICE WATCH juga telah melancarkan secara rasmi pembukaan Galeri Ice Watch di Plaza Shah Alam.
Beberapa selebriti baru dalam bidang seni Malaysia telah dijemput bagi sama-sama merasmikan pembukaan galeri ICE WATCH di Plaza Shah Alam.

Dato' Sri Meer Habib (Managing Director of Time Zone Sdn Bhd) menunjukkan beberapa koleksi ICE WATCH terbaru di pasaran.

Antara yang menarik perhatian saya daripada koleksi Ice Chic. Memang sangat kelas rekaannya, teruatama warna "gold" yang begitu menyerlah jika kita memakainya.
Ice Chic

 
Ok, yang ini koleksi Ice City. Rekaan moden, simple dan ada daya tarikan sendiri. Didatangkan dengan dua saiz iaitu 36mm dan 41mm.

Ice City



Ice Crystal 2015



Ice Glitter

Ice Glitter - memberi lebih ultra fiminib dan mampu menyerlahkan penampilan pemakai setiap hari.

Koleksi lain yang turut dijual di Galeri Ice Watch, antaranya seperti :





Selebriti yang dijemput bersama Dato' Sri Meer Habib bergambar kenangan.

Ok, guys!
Saya dah daftar untuk berlari pada 5 Disember ini. Tak sabar rasanya untuk melihat keindahan bandar Shah Alam di waktu malam :)

C'ya!
Ice Watch Menjadi Penaja Utama Bagi Acara "Ice-Watch - Light Up The Night Run" di Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 27, 2015 Rating: 5

3 comments:

  1. cantik design ice city tu....tp sayang harga takde...

    ReplyDelete
  2. apix..nanti saya check ngan organizer dulu ya utk confirmkan....

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.