Istimewanya Teh Tarik Place di UOA Bangsar
Minuman teh sangat sinonim sebagai minuman kegemaran masyarakat Malaysia terutama di waktu pagi. Minuman teh tarik ini bukan sahaja seronok dinikmati bersama sarapan pagi seperti nasi lemak dan roti canai. Bahkan seperti saya sendiri sering sahaja menikmati teh tarik di waktu petang dan juga lewat malam.
Berkesempatan merasai sendiri keenakan "teh tarik" di Teh Tarik Place UOA Bangsar tidak saya lepaskan. Apatah lagi saya turut diberi peluang merasai sendiri beberapa hidangan esklusif (yang sangat popular di negara Johor khasnya) yang sememangnya menjadi trademark di outlet Teh Tarik Place UOA Bangsar.
Menggambarkan suasana yang santai dan selesa, pengunjung boleh memilih ruang mana yang mereka mahukan. Saya suka pada dekorasi meja yang berbangku seperti ini, yang memang sangat esklusif dan unik.
Pengunjung juga boleh memilih jenis tempat duduk seperti ini. Apapun ianya bergantung kepada "availability". Sebab ianya agak terhad.
Sangat old school!!!
Tapi inilah yang menambah keunikkan hiasan dalama di dalam Teh Tarik Place :)
Konsep dekorasi yang minimalis dan menceriakan :)
Terdapat ruang untuk mencuci tangan. Sangat bersih dan kemas..
Minuman Milo Dinasour yang menjadi kegemaran anak-anak. Dan milo ini adalah pilihan My Anaqi yang turut menemani saya menikmati hidangan di sini.
Roti canai yang lembut dan garing :)
Di Teh Tarik Place UOA Bangsar juga ada mencipta kelainan persembahan menunya dengan memperkenalkan nasi lemak bersambal strawberi. Pertama kali saya mencubanya tidak dinafikan saya memang terpikat dengan rasa manis-manis pedas. Yang menariknya sambal ini kita masih rasa buah strawberi agak ketara kerana ianya dikisar kasar. Yang istimewa, sambal ini baunya agak wangi (bau straw beri yang memikat)
Bagi mereka yang sukakan nasi lemak bersama rendang ayam. Teh Tarik Place UOA Bangsar ada menawarkannta.
Bukan sebarang nasi lemak biasa, tapi nasi lemak yang menggunakan beras basmati memang terasa kelainannya.
All time feveret!
Yee Mee sizzling yeay!!
Rasa kuahnya yang sederhana pekat bersama kombinasi lauk seperti ayam dan telur separuh masa. Makan panas-panas kita dapat rasakan keranggupan yee mee tersebut.
Selain daripada yee mee, pelanggan juga boleh buat permintaan khas contohnya jika mereka mahukan sizzling bersama nasi mahupun kuew teow.
Antara menu menjadi kegemaran My Anaqi. Kuahnya pekat dengan sayuran dan ayam bersama keranggupan soohoon. Keu teow berkicap bersama kuah dimasak ala kantonis, di Teh Tarik Place UOA Bangsar antara yang terbaik menyediakan masakan ini
Asam pedas ini didatangkan bersama nasi, ulaman dan juga telur masin.
Berkesempatan merasai sendiri keenakan "teh tarik" di Teh Tarik Place UOA Bangsar tidak saya lepaskan. Apatah lagi saya turut diberi peluang merasai sendiri beberapa hidangan esklusif (yang sangat popular di negara Johor khasnya) yang sememangnya menjadi trademark di outlet Teh Tarik Place UOA Bangsar.
Menggambarkan suasana yang santai dan selesa, pengunjung boleh memilih ruang mana yang mereka mahukan. Saya suka pada dekorasi meja yang berbangku seperti ini, yang memang sangat esklusif dan unik.
Pengunjung juga boleh memilih jenis tempat duduk seperti ini. Apapun ianya bergantung kepada "availability". Sebab ianya agak terhad.
Di kaunter membuat pesanan. Kita dapat melihat sendiri dengan jelas tentang menu yang ditawarkan di sini.
Tapi inilah yang menambah keunikkan hiasan dalama di dalam Teh Tarik Place :)
Terdapat ruang untuk mencuci tangan. Sangat bersih dan kemas..
Antara menu yang mesti cuba di sini ialah keropok lekor!
Apa yang istimewa tentang keropok lekor di sini, selain daripada tekstur keropoknya agak lembut di dalam dan ranggup di luar. Ianya digoreng secara panas-panas dan kita boleh buat pilihan jenis sos yang digemari.
Keropok Lekor Rainbow- RM6
Kalau berada di Teh Tarik Place, tidak sah rasanya untuk tidak order teh tarik panas :)
Kacang Pol Set – RM9.90
Hidangan yang popular di Johor iaitu set kacang pool yang dimakan bersama roti bakar. Hirisan ijau kecil bagi mereka yang sukakan rasa lebih pedas.
Roti Canai – RM2.50
Nasi Lemak Ayam Sambal Strawberry – RM12.50
Nasi Lemak Ayam Rendang – RM9.50
Nasi Lemak Basmati - RM5.50
Sizzling Yee Mee – RM10.95
Yee Mee sizzling yeay!!
Rasa kuahnya yang sederhana pekat bersama kombinasi lauk seperti ayam dan telur separuh masa. Makan panas-panas kita dapat rasakan keranggupan yee mee tersebut.
Selain daripada yee mee, pelanggan juga boleh buat permintaan khas contohnya jika mereka mahukan sizzling bersama nasi mahupun kuew teow.
Kuey Teow Cantonese – RM9.50
Asam Pedas Salmon – RM14.90
Hidangan ini memang win!
Saya sangat suka rasa kombinasi masam-masam dan pedas. Apatah lagi rencah menghasilkannya menggunakan daun kesum dan juga bunga kantan membangkitkan rasa kuah asam pedas ini. Yang menariknya ikan yang digunakan adalan ikan salmon. Dan masa akan datang jenis ikan pari juga akan ditawarkan.
Istimewa di Teh Tarik Place UOA Bangsar, servis katering juga disediakan. Dan caj sewa yang dikenakan sangat berpatutan.
- Sewa untuk acara (2 hrs) – RM1000 (tanpa makanan)
- Sewa untuk acara (2 hrs) – RM1500 (dengan 20 pax makanan)
- Tambahan untuk setiap pax - RM25 per pax
Bangsar Branch:
Address: Unit 2-7, 2nd Floor, Menara UOA Bangsar, Jalan Bangsar Utama 1, Taman Bangsar,
59000 Kuala Lumpur.
Business Hours: Mon-Fri 7.00am – 9.00pm; Sat-Sun 9.00am – 6.00pm
Contact No: 03-22011888
Selayang Branch:
Address: Unit A8 & A9, Emerald Avenue Lebuhraya Selayang – Kepong Selayang, Selangor 68100 Malaysia
Business Hours: Mon-Thu 9.00pm – 11.00pm; Fri-Sun 9.00pm – 12.00am
Contact No: 03-61275560
Teh Tarik Place UOA Bangsar, terletak begitu hampir dengan stesen lrt Putra Bangsar. Jadi ianya sangat praktikal dari segi aksesibiliti bagi mereka yang sukan menggunakan pengangkutan awam. Dan bagi yang membawa kenderaan sendiri. kemudahan parking kereta di basement bangunan UOA juga ada disediakan.
Jom, bawa keluarga anda mahupun rakan-rakan ke si Teh Tarik Place UOA dan rasailah sendiri kelainan menu yang ditawarkan!
Istimewanya Teh Tarik Place di UOA Bangsar
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
November 24, 2015
Rating:
Tempat dia nampak cosy sangat. Saya tak pernah pergi lagi yang di Menara UOA. TQ for sharing :)
ReplyDeleteLinda- kena terjah sekali ni...sebab menuny agak special :)
ReplyDeletemilo dinasour tu sedap sangat kan.. :))
ReplyDeleteJemput datang
lia- mmg sedap makan dengan set asam pedas..pehhhh memang thorbaek heheheh
ReplyDelete