Karate-Do, Finally My Afiq Perolehi Black Belt

Afiq Ziqry memang peminat seni pertahanan diri.
Nampak jer badan tu kecik tapi jiwa dier cukup besar.
Saya masih ingat lagi di hari beliau mengutarakan keinginan untuk menyertai karate-do..

Afiq: Mummy..nak buat permintaan..Kalau tak dapat pun takpe tapi mummy jangan marah tau..
Saya: Aperrr...cakapla
Afiq: Afiq kan dapat duit bantuan sekolah RM100 tu kan. Yang cikgu kasi. Boleh tak Afiq guna duit tu nak daftar karate.
(Sambil menunjukkan surat  karate tu kepada saya)
Saya: Nanti mummy tanya Dedet dulu ya.

Dan opkos, kita mhu yang terbaik buat anak. Dedet izinkan Afiq sertai karate dan beliau sendiri yang bayarkan yuran pendahuluan karate itu. Duit Afiq macam biasa kena simpan dalam tabung untuk masa depan dier....

Biarpun Afiq baru darjah 2, alhamdulillah pencapaian beliau dalam seni pertahanan karate ni agak baik. Sebab usia beliau agak muda dan kebanyakan rakan karate bukan dari sekolah yang sama so beliau lately ni ada menyuarakan rasa malas nak datang latihan.

Tapi untuk penghujung tahun ini, Afiq layak untuk tukar tali pinggang iaitu provisional black.

Sebab excited..
Mungkin juga saya dapat rasakan Afiq cam malas nak sambung karate..
So, untuk ujian kali ini saya banyak amik video dan gambar.
Untuk kenangan buat Afiq bila beliau dewasa nanti.
tak padan dengan kecik, hehehe

yang ni biasa ajer..ada satu demo tu lagi menarik dan susah gaya dier..

Untuk ujian kali ini memang amik masa lebih 1 jam.
Lama giler...
Cam penat saya tengok memasing..


Finally.....
Semua peserta dipanggil, dan diberi kata-kata nasihat oleh Master Sifu (cam orang kuat karate)
Yang bestnya, beliau merasa kagum dengan persembahan peserta karate (team Afiq-TTDI dan Cyberjaya)- Cemerlang katanya...

So, mak pak yang menyibuk kat tepi situ semua tepuk tangan, kihkih (biasalah kitaorang part yang hover ni)

Sesi penerimaan black belt...

Coach karate Afiq tolong pakaikan...

Finally budak kecik ni dah ada tali pinggang hitam :)


Afiq dan rakan sekolah (pelapes pertama dari TTDI2 berjaya ke tahap tali pinggang hitam)...

Masa di sana, saya ditegur oleh sekumpulan ibu-bapa dari TTDI...(saya jarang melepak dengan dowang sebenarnya)
Yang buat saya nak tersengeh 44 hari sebabnya, dowang puji Afiq terlalu "gentleman". Kalau tengah beratur nampak ada perempuan dia suruh perempuan tu duduk beratur depan dia. Budak-budak usik dia, dia akan balas dengan senyuman. Yang paling cute saya rasa, ada seorang mak kat situ dia cerita, Afiq pernah offerkan dia tempat duduk (bangku) dan alihkan beg karate die, dan dia sendiri (Afiq) bersila kat lantai masa tengah rehat waktu latihan...


Hehehhehe...
Alahai..
U make my day la Afiq....
Your gentleman and kindness...make me so popular hari tu...

huhuhuhuhu
Karate-Do, Finally My Afiq Perolehi Black Belt Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 13, 2015 Rating: 5

4 comments:

  1. sejuk ibu mgandung dgn sikap afiq yg hormat org tua..sungguh bangga..
    & sy pun tgh survey nak msukkan ank sy ke karate, dia dh minta.ermmm

    ReplyDelete
  2. Before, this type of battle was primarily rehearsed to be utilized in fight and for self protection. muay thai apparel

    ReplyDelete
  3. Ace Gichin Funakoshi, who was the organizer of Shotokan karate, accepted the advancement of character was the most significant piece of the hand to hand fighting. He accepted and passed on the way of thinking of, no first assault in karate. taekwondo in blue springs mo

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.