Mengenali Sandwich O'Briens Secara Dekat | Belajar Menyediakannya Memang Perkara Hebat!
Pengunujung cafe O'Briens juga boleh memilih untuk menikmati sandwich bersama secangkir kopi yang enak, ataupun mencuba pelbagai jenis air buah seperti detox, yang mana ssinonim dalam memelihara kesihatan diri.
Saya begitu kagum dengan susun atur cafe yang sangat santai. Apatah lagi bersempena dengan kehadiran Krismas, tidak dinafikan Cafe O'Briens turut memberi suntikan ceria yang bertemakan hari natal yang bakal dirai.
.
Luas dan selesa
Terdapat juga sudut yang lebih privasi untuk pengunjung O'Briens!
"Chips" ini antara kegemaran saya. Keranggupan kerepek dengan perisa "Sour Cream & Onion", kudapan yang tidak pernah tolak setiap kali dipelawa untuk menikmatinya.
Pelbagai pilihan jus buahan segar yang boleh kita order dari Cafe O'Briens.
Terdapat juga minuman dalam tin, sparkling dan bergas.
Seperti yang saya war-warkan, sandwich di Cafe O'Briens antara yang mendapat perhatian hampir ke semua pelannggannya. Melihat sendiri jenis roti yang ditawarkan (dihasilkan daripada resepi Irish) yang pelbagai memang mengujakan. Apatah lagi roti ini di bakar "fresh from oven" setiap hari.
Contohnya seperti roti Shambo (sejenis roti dari jenis foccacia) mempunyai bentuk seperti "Shamrock" (The Shamrock is the epitome of Ireland and represents good luck thus it is closely associate to O'Briens)
Wholemeal bread ataupun whitebread.
So-sos O'Brien yang bercitarasakan resepi Irish!
Keju!
Jemputan istimewa dari team SEETIES Malaysia untuk merasai sendiri pengalaman membuat sandwich di O'Brien Cafe memang menarik. Di sini kita kana pelajari pembuatan sandwich terbaik dari Cafe O'Brien.
Memilih jesni roti yang hendak dinikmati.
Sapukan sedikit lepa mentega. Seterusnya meletakkan satu pilihan isi sandwich yang kita mahukan. Contohnya pilihan di sini "Smoke Chicken Thigh"
Kemudiannya, kita letakkan keju di atas isi sandwich.
Menggunakan keju cheddar!!
Dan yang ini pula daripada keju mozarella :)
Dan juga jangan lupa untuk letakkan sos (mengikut pilihan pengunjung)
Bagi saya ini adalah kekuatan yang menjadikan sandwich yang dihasilkan begitu enak. Keranggupan kepingan daging ini, memang benar memberi bait-bait istimewa dalam setiap gigitan dalam mulut.
Siap, boleh potong sandwich mengikut kesesuaian.
Ahemmmmmmmmmm.....Jangan lupakan selitkan beberapa kepingan chips enak dari O'Brien!
Menarik bukan?
Dengan suasana dapur yang bersih dan kemas..
Aturan bahan-bahan yang hendak digunakan sangat teratur..
Tidak hairanlah sandwich yang sering mendapat perhatian pelanggan mampu disediakan dengan segera!
Seperti gambar di bawah ya!
Memang boleh membuatkan kita semua terliur bukan ?.....
Paling penting selain jenis bahan yang digunakan segar dan bermutu tinggi, ianya juga hidangan yang sihat :=)
Lihat sahaja Blogger Sally dan rakannya yang begitu gembira menikmati hidangan, satu momen persahabatan yang pastinya sampai bila-bila menjadi kenangan..
Untuk lebih diskaun dan promosi hebat, pelanggan O'Briens boleh memohon untuk menjadi ahli O'Briens...
Begitu juga promosi istimewa bersempena dengan Krismas, roti sandwich enak dan air minuman yang ditawarkan jauh berpatutan.
Jangan lupa untuk mencuba hidangan esklusif ini di semua cawangan cafe O'Brien untuk masa yang terhad ya.
Keterangan lanjut;
03-92813646
info@obriens.com.my
www.obriens.com.my
HEARTY
HEALTHY
WHOLESOME
Tq #seeties :)
Mengenali Sandwich O'Briens Secara Dekat | Belajar Menyediakannya Memang Perkara Hebat!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
November 25, 2015
Rating:
No comments:
Sharing is caring...