Rahsia Pesona Fattah Amin Kini Terbongkar!


SAFI Men pencetus pada gaya seorang lelaki yang berjaya. Memiliki aura pesona tersendiri dan diyakini, sekaligus keperibadiannya begitu terserlah sebagai individu yang mudah bergaul, dihormati dan disenangi rakan- rakan di sekelilingnya.

Machooo...

SAFI Men, sentiasa mencari keseimbangan dalam lapangan kerjaya, kewangan serta sukan dan rekreasi, bersikap optimis untuk sentiasa maju kehadapan. Lelaki ini tidak mementingkan urusan duniawi, bahkan menjadikan agama sebagai tiang utama dalam urusan sehariannya. Nah! ternyata penampilan diri yang kemas dan rapi menjadi pelengkap diri agar tampil yakin di khalayak ramai.

Sebagai seorang lelaki moden, mereka sering memastikan penampilan diri perlu bermula dengan pakaian yang kemas dan paling penting memiliki muka yang bersih dan segar. Namun begitu ya, untuk mendapatkan raut wajah yang bersih bukanlah satu perkara yang mudah. 

Apatah di Malaysia, iklim cuaca yang panas dan lembab serta keadaan jalan raya yang sememangnya berhabuk merupakan cabaran besar kaum lelaki untuk menjaga kulit muka agar sentiasa bersih dan tidak kusam. Hiruk piruk metropolitan yang penuh pencemaran boleh menyebabkan pori mudah tersumbat dengan kotoran dan menggalakkan pertumbuhan jerawat. Permasalahan ini ternyata memberikan kesan kepada konsentrasi serta keyakinan diri kaum lelaki di tempat kerja. Keadaan muka yang berminyak turut memberikan gangguan terhadap keselesaan berkomunikasi dengan rakan sekerja mahupun orang awam. 

Memahami impian semua lelaki untuk tampil segak bergaya tanpa kulit muka yang bermasalah, SAFI jenama halal no.1 tempatan berbangga memperkenalkan sebuah kelahiran baru dalam legasi keluarga SAFI, rangkaian penjagaan wajah khusus untuk lelaki- SAFI Men. Dan percayalah wajah maskulin lelaki yang menggunakannya semakin "flawless" :) :)


Sepertimana yang kita tahu, dunia lelaki hari inbi sangat mencabar dan lasak. Sejauh mana rintangan yang mereka berhadapan dengan yakin mereka menghadapi. Sepertinya menuruni dari tempat yang tinggi.

Segala rintangan berjaya diatasi dengan berani. Dengan penuh bergaya terus melangkah tanpa menoleh lagi...


Langkah demi langkah penuh keazaman...


“Sebagai seorang lelaki yang mengamalkan gaya hidup yang aktif, saya sentiasa menyiapkan diri agar berada dalam keadaan yang sihat dan bersedia. Perkara ini termasuklah penjagaan kesihatan kulit wajah agar tampil segar dan bertenaga. Walaupun sibuk di lokasi penggambaran, saya sentiasa memastikan kulit wajah segar dengan pembersih wajah SAFI Men. Formulasi H2O Cool Cactus memberi sensasi kedinginan yang optimum terhadap kulit wajah lelaki terutamanya ketika cuaca panas terik dan keadaan udara yang berhabuk. Kini wajah saya sentiasa segar dan tidak kusam.” 

Untuk membuktikan yang lelaki hari ini juga pentingkan pesona dalam personaliti diri...
Tuan dan Puan...Kenalkan Fattah Amin selebriti yang mula meningkat naik di Malaysia sebagai duta pertama untuk rangkaian penjagaan muka Safi MEN.

Untuk pengetahuan semua terdapat 3 variasi baharu SAFI Men yang mampu menentang 3 masalah kulit wajah lelak. Apa yang menariknya  SAFI Men ini hadir dalam kombinasi reka bentuk penuh moden dan trendy. Rekaan tiub pembersih wajah berwarna perak dengan seni hiasan khat kufi memberi gambaran islamik kontemporari terhadap rangkaian SAFI Men. Tampil dengan 3 rona maskulin; biru, jingga dan hijau amat selari dengan jiwa sang arjuna yang sentiasa aktif, bergaya dan berkeyakinan. 

3 Variasi SAFI Men memberikan perlindungan yang spesifik serta kesegaran yang berpanjangan kepada setiap lelaki

Pembersih Wajah Acne Buster
Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat dan jeragat

Pembersih Wajah SAFI Men Dynamic White
Mencerah, menyegarkan dan membersihkan dengan lebih dalam.

Pembersih wajah SAFI Men Oil Control Clay
Bagi mereka yang memiliki wajah berminyak


Kini panas terik, kotoran dan kulit kusam bukan lagi masalah! SAFI Men, terokai kekuatan diri.

Produk SAFI Men ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Bersama kesegaran yang nyata dengan formulasi H2O Cool Cactus!. Untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI Men sila layari laman web SAFI, www.safi.com.my 

Rahsia Pesona Fattah Amin Kini Terbongkar! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 25, 2015 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.