Saya Telah Membuat Ujian Haemoglobin Darah!

Sememangnya kita perlu membuat ujian darah, ini terutama bagi memastikan keadaan tubuh kita sentiasa sihat tanpa sebarang penyakit merbahaya. Atas kesedaran itu, saya telah membuat ujian haemoglobin dalam darah, bagi memastikan diri saya bebas penyakit kurang darah seperti Anemia.

Anemia adalah suatu keadaan di mana jumlah hemoglobin atau bilangan sel-sel darah merah
tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan fisiologi badan. Ianya berpunca daripada kekurangan pengambilan pemakanan seimbang, genetik dan penyakit kronik. Dan wanita adalah golongan yang akan menghadapi risiko Anemia yang lebih tinggi, disebabkan golongan ini akan kehilangan zat besi semasa kedatangan haid dan mengandung.

Bertempat di farmasi Health Care di Kepong...
Saya telah membuat ujian darah ini...

Ianya tidak sakit langsung...

Apatah menggunakan teknologi terkini..
Memang tidak mengambil masa yang lama...

Sampel darah diambil untuk ujian sedikit sahaja...

Seterusnya darah diuji dengan menggunakan peralatan canggih...

Untuk perempuan yang tidak mengandung, kadar bacaan normal 12-15, anemia jika dibawah paras 12. Manakala untuk perempuan yang tidak mengandung bacaan normal perlu 11 ke atas, kurang daripada 11 ianya boleh dikatakan mempunyai masalah anemia. Untuk lelaki, kadar normal antara 13-18 dan jika bawah 13 boleh dikatakan mereka ini mempunyai masalah anemia.

Bacaan darah saya adalah 13.4!
Ok, saya bebas anemia...

Sekurang-kurangnya selepas saya menjalani ujian darah ini, saya tahu yang saya tidak mempunyai masalah Anemia!

Dan jika uolls dah buat ujian, ada masalah Anemia. Uolls boleh mendapatkan ubat Sangobion (perlu mendapat kebenaran dari Doktor juga ya).
Untuk pengetahuan semua, Sangobion adalah produk Merck - farmaseutikal dan kimia syarikat tertua di dunia sememangnya banyak menghasilkan produk berinovatif, berkualiti tinggi dalam penjagaan kesihatan.

Keterangan lanjut mengenai Anemia dan juga senarai jadual pemeriksaan percuma Ujian Haemoglobin Darah boleh semak dari laman web ini ya!


Saya Telah Membuat Ujian Haemoglobin Darah! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 01, 2015 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.