2 Beradik Berkhatan di Poliklinik MyMedik
Gegeh tau..
Mak pak laki bini memalam pegi Poliklinik MyMedik kat sini:
No. 8, Jalan PU 7/2 ,
Pusat Bandar Puchong Utama
47100 Puchong.
Sebabnya nak khatankan 2 beradik, my Akid dan Afiq.
Sebelum booking klinik ni, memang jenuh saya buat carian di Google :p
Nak tengok feeedback daripada mereka yang pernah 'sunatkan' anak di kawasan Shah Alam dan sewaktu dengannya. Masa zaman Anaqi 5 tahun lepas, kitaorang pilih jenis "smart clamp" dekat klinik Pusrawi seksyen 14. Caj yang dikenakan zaman tu dalam RM180.
Tapi untuk Afiq dan Akid kali ni, saya dan dedet sepakat nak cuba kaedah 'laser',
since ramai yang kata cara ni pun OK juga.
Lebih kurang bentuk peralatan "smart klamp" dan "laser" seperti di bawah.
(Gambar adalah daripada carian Google)
Kaedah laser
Smart clamp
Bila saya baca dan buat perbandingan 2 kaedah ni, tidaklah banyak bezanya. Cara penjagaan secara umum juga sama. Kena makan ubat, pantang makanan yang gatal (kena makan makanan seperti ibu sedang berpantang) dan paling penting kena jaga kebersihan.
Slot yang saya dapat adalah pukul 10 malam.
So, untuk saya yang duduk Shah Alam nak ke Puchong, memang waktu yang diberikan adalah
sangat OK (tak jammed dan segala urusan makan malam, solat isyak dah selesai waktu ini).
Tapi kami keluar awal dari rumah. Dalam pukul 9 malam macam tu.
Guna Google Maps sebagai panduan pergi klinik.
Rupanya amik masa 25 minit sahajoo... Ahaks
Isi borang maklumat anak yang dikhatankan. Mujur saya ada simpan nombor my kid dowang ni. Aishh boleh pulak lupa nak bawak :p
Since kena tunggu 2 adik jer lagik yang nak dikhatankan malam tu, so saya dan Dedet decide tunggu jer sehingga nombor giliran dipanggil (plan asal, daftar lepas tu nak jalan2 kat kawasan sekitar).
Sebenarnya 2 beradik ni berebut nak masuk untuk disunatkan dulu.
Pelik dan ajaib, giliran pun nak berebut. Aisssh. Tapi Dedet pujuk.
Dedet kata biarlah abang yang khatan dulu, dia lebih tua dari Afiq...
Terus Akid jawab " respek sikit, Akid nak sunat ni..."
Hahahhaha... Poyo giler beria nak bersunat...
(Tak sabar nak semayang saf depan lettew).
Afiq pun mengalah...
Dan masa ni nampak dah muka dier gabra :p
Alhamdulillah...
Sebenarnya sebelum 2 beradik ni masuk ke bilik untuk berkhatan.
Adik-adik sebelum tu (yang berkhatan terlebih dahulu), ada juga yang terjerit dan meraung.
Adoihai... Saya pulak yang tak senang duduk.
Tapi sebab dah pesan banyak kali dan diberi tips yang praktikal oleh Dedet depa.
Adalah bunyi jerit sikit...
Sekejap dan perlahan...
Yang rasa sangat kiut...
Bila dowang keluar bilik lepas sunat semua tersengeh2 sambil pegang plastik,
(plastik yang biasa letak pil, hehe) yang berisi kulit untuk ditanamkan.
Cehhh...
Since dowang bersunat, setiap malam kenalah tidur bilik mummy dan Dedet.
Takut tiba2 malam menjerit sakit ke apa ke...
So senang sikit nak jaga dan monitor.
Dibekalkan dengan ubat penahan sakit dan antibiotik untuk mengelak sebarang jangkitan kuman.
Perlu diambil 3 kali sehari, dalam 8 jam sekali...
Oh ya, lupa nak habaq...
Lepas saya dah booking untuk slot berkhatan aritu...
Terus gegeh cari kain pelikat...
Kebetulan nak kena pergi pejabat Nuffnang amik barang, singgah sekejap kat Jalan Tar.
Jangan tak percaya... saya beli 6 kain pelikat kanak-kanak ni 50 hengget jer.
Murah kannnnnnnnnnnnn... Mak suker...
Benda murah dan percuma... muahahahahahah
Nanti saya sharekan resepi-resepi pantang untuk orang berkhatan di entri yang lain ya.
Untuk hidangan makan malam ni, saya hanya bakar daging yang telah diperap
bersama lada hitam dan bawang putih.
Rasanya memang ohsem uolls...
Orang yang pantang tengok makanan macam saya, repeat menambah nasi 3 kali hokeh.
Lepas tu bising depan laki, bencilah tengok body... esok nak jogging la.
Macam-macam la padahal setiap hari tido mati... Huhuhu
Pada mereka yang nak khatankan anak sempena cuti sekolah ni terutama pada penduduk yang berdekatan dengan kawasan Puchong, saya rekomenkan klinik ni. Boleh rujuk pada poster diatas.
Sekian dari mak yang dah 3 orang anak bujangnya selamat dikhatankan, hehehe.
2 Beradik Berkhatan di Poliklinik MyMedik
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 09, 2015
Rating:
sya ada niat nak khatankan Aniq.. Dia dah umur 2 tahun lebih..doktor kata lebih awal lebih bagus.. Kazen dia yg duduk scotland dah khatan dari umur 6 bulan kat sana..tp sini payah nak dapat klinik yg buat utk budak kecik mcm Aniq ni,.
ReplyDeleteHari tu ada member khatan ank.dier.yg 2 thn kat masjid bdr sri damamsara (prog.khatan kt situ)..kku kt klinik.biasa kt msia.jarang dengar amik.bwh 4 thn. Tapi bokeh jer cuba tanya
ReplyDelete