Cabaran Memasak Bloggers Bersama US Potatoes
Menyertai pertandingan memasak bersama US Potatoes dan berentap dengan 18 blogger yang lain sememangnya menyeronokkan. Apatah lagi kita akan berentap memasak selaam 1 jam dengan menggunakan bahan utama iaitu kentang dari US potatoes.
Kentang US Potatoes ini dikelaskan kepada 7 jenis iaitu kentang Russte, kentang putih bulat, kentang putih panjang, kentang merah, kentang kuning, kentang biru dan ungu dan kentang jejari.
Oh ya, untuk makluman semua. Setiap blogger yang mengambil bahagian akan menerima token wang tunai dan bagi 3 hidangan terbaik bakal menerima hadiah nialain wang yang hebat.
Tempat Pertama : RM1,000
Tempat Kedua : RM500
Tempat Ketiga : RM300
Semua peserta yang terlibat juga menerima sijil pemyertaan daripada pihak penaja.
Terdapat juga pertandingan instagram. Yang mana gambar yang mendapat LIKE paling banyak di instagram bakal menerima wang tunai RM200.
Majlis dimulakan dengan ucapan dari pihak US Potatoes dan juga pakar Puan Indra.
Seterusnya demo masakan oleh ketua Chef di KDU bahagian kulinari. Chef telah menunjukkan beberapa contoh hidangan yang dapat dihasilkan daripada kentang. Semuanya sedap dan menyelerakan :)
Antaranya seperti hidangan di bawah :-
Potato Gratin
Sup Potatoes
Asyam bersama sos potatoes yang creamy!!
Oh ya, untuk pengetahuan semua ya. Bagi mengekalkan kualiti tinggi kentang US ini, kentang haruslah dikendalikan dan disimpan dengan teliti. Ini disebabkan kentang segar akan‘terus hidup’ segar selepas dipetik. Ini kerana ianya masih menjalani proses biologi. Proses ini boleh diperlahankan dengan mengambil langkah yang sewajarnya, tetapi tidak boleh dihentikan. Suhu, kelembapan dan aliran udara yang sesuai adalah faktor yang sangat membantu bagi mengekalkan keadaan terbaik ubi kentang.
Jadi bagimengurangkan kerosakan pada kentang, kita perlu:
1. Elakkan daripada menjatuhkan kotak, mencampakkan beg atau melambakkan kentang pada meja peragaan.
2. Jangan simpan kentang di dalam peti pendingin, atas meja sejuk atau di dalam peti sejuk. Kedinginan menukarkan kanji menjadi gula, menyebabkan kentang bertukar kepada warna hitam semasa dimasak.
3. Kurangkan pendedahan kepada cahaya semula jadi dan cahaya buatan dengan menutup kentang setakat mana yang mungkin dan menjauhi cahaya. Cahaya menyebabkan kentang bertukar warna menjadi hijau.
(sumber web site US Potatoes)
Diberi selama 1 jam, kami harus menyediakan 1 hidangan. Tapi untuk kumpulan saya dan Cik Lily yang diberi nama Potatolicious, kami menyediakan 2 hidangan.
Dan akhirnya, 10 hidangan berjaya disiapkan oleh 20 bloggers yang suka makan.
Hidangan tempat pertama. Hasil air tangan Sidney Kan dan juga Elana Kong.
Tempat kedua, rendang kentang bersama "fritters potatoes". Hasil masakan Khai dan Nannie
Kentang yang sedap kaya dengan pelbagai perisa. Hasil air tangan gabungan food blogger yang mantap Ivy dan Isaac.
Pancake ala-ala Korea dihasilkan oleh kumpulan Jalapeno Hotties!!
Saya dapat menikmati rasa hidangan ini. Paling suka rasa ayam yang digoreng garing dimakan bersama pancake potatoes, hasil masakan dari Tommy dan pasangannya. Sedap giler ayam tu!!!
Nama hidangan ini "The Ultimate Potato"
Hidangan ini memang akan menjadi kegemaran terutama golongan kanak-kanak. Rasanya ianya juga dikenali sebagai "Jacket Potato" di hasilkan oleh Bro Jocko dan abang yang terror amik gambar (tak tahu nama bro ni, hiks) dan secara esklusif diberikan naka juadah sebagai "Meaty Potatoes"...
Cheezeyy..potatoes...dan meaty...kerlasss ko bro :p
Hahahaha...
Kombinasi pelik tapi menarik.
Gratin potatoes disediakan oleh cik lily dan potatoes cookies oleh saya!!!!
Kalau ada teh o kasi situ, boleh jadi set lengkap minum petang uolls!!!
"Mashed potatoes pops"..bersama isi udang!
Gambar secara keseluruhan masakan yang berjaya disediakan dalam tempoh masa 1 jam.
Saay bersama Cik Lily bergambar kenangan dengan Chef (selaku ketua juri untuk cabaran memasak).
Secara jujurnya. Saya pun tak sangka nak menyediakan biskut yang berasaskan kentang. Banyak perkara yang saya belajar terutama dalam mendapatkan tekstur yang baik untuk menjadikan biskut itu lebih enak. Namun saya juga teruja bila mana pertama kali saya mencuba membuat biskut menggunakan kentang, hasilnya agak memberangsangkan.
Boleh diperbaiki pada masa akan datang :=)
So, uolls sebenarnya banyak hidangan kreatif dapat kita sediakan dengan kentang. Bukan hanya kita letak dalam sup sahaja, atau jadikan ianya sebagai cucur kentang, "shepard pie", "mashed potatoes" bahkan kentang juga boleh dijadikan bahan dalam kek, dijadikan pencuci mulut seperti puding dan bingka dan banyak lagi.
Yang penting kita semua maklum kentang memberi 1001 khasiat yang sememangnya perlu ada dalam pemakanan dan diet kita.
:)
Cabaran Memasak Bloggers Bersama US Potatoes
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 12, 2015
Rating:
Wah uniknya rose potato tue! Memang kreatif :)
ReplyDeleteSronok dpt peluang masak2 ni ..biskut kentang,hebat ayu
ReplyDeleteSronok dpt peluang masak2 ni ..biskut kentang,hebat ayu
ReplyDeleteSherry go kan bukan sherry woo lah
ReplyDeletehye kak ana follow sini #629 :)
ReplyDeleteOMG semua dish sedap sedap belaka. Suka masak dengan kentang, bau wangi dan sangat sedap! Boleh try dengan kentang US next time :P
ReplyDeleteAmazing ... you guys are so amazing... congratulations on your win....
ReplyDeleteWesterners suka sangat makan kentang. As for me, I only like French fries but would like to try other recipes now that I have read your post.
ReplyDeleteYummy! All the dishes look so delicious and creative.
ReplyDeleteMakanan yang you masak Nampak sedap. Too bad I miss it. Looks like everyone had so much fun in cooking.
ReplyDeletewhat a day, hehe.. Fun challenge and get to know each other more on cooking :D
ReplyDeleteKalau kentang yang selalu saya masak, kentang goreng, cekodok kentang, sup kentang je la. Yang laiin tak tau nak buat ape huhuh
ReplyDeleteI love US Potatoes for their great quality and range of choices, sedappp :)
ReplyDeletebest la experience memasak dengan blogger.. i like it!
ReplyDeletehappy you won the prize too!
lately alot of masak2 workshops for bloggers! Quite happening this year :)
ReplyDeleteyeay! rose potato~~ hehe..biskut akk pun sedap :)
ReplyDelete