Dengan Carrie Junior Kids Shampoo, Saya Mudah Mendandankan Rambut Amani!


 

Penjagaan rambut kanak-kanak sebenarnya kita tidak boleh ambil mudah tau! Seperti orang dewasa rambut kanak-kanak juga perlu penjagaan khusus dan sesuai dengan mereka ya. Ini kerana jika kita mencuci terlalu kerap atau menggunakan syampu yang salah boleh menyebabkan rambut dan kulit kepala mereka rosak.

Jadi, berapa kerap kanak-kanak perlu basuh atau rambutnya?
Untuk kanak-kanak tiga kali seminggu adalah mencukupi melainkan kanak itu terlalu aktif dan kuat berpeluh. Rambut kanak-kanak sememangnya bagus jika dibasuh setiap hari tetapi tidak digalakkan bagi kanak-kanak yang berambut kerinting atau kering.

Sama ada ia adalah pendek,  panjang sehingga bahu sememangnya sebagai ibu-bapa kita mahukan rambut anak kita mampu diurus dengan sihat dan cantik. Jadi persoalannya apa jenis syampu yang paling sesuai untuk menjaga rambut keriting cantik dan tidak kusut serta mendapat rambut yang sihat?

Untuk menjawab soalan-soalan ini, CARRIE JUNIOR baru-baru ini menganjurkan bengkel rambut untuk berkongsi tentang penjagaan rambut untuk kanak-kanak. Tips terbaik tentang penjagaan rambut kanak-kanak telah dikongsikan oleh selebriti  hair stylist Dwen Soteto. Dan suasana bengkel pada petang yang indah semakin meriah dengan kehadiran tetamu selebriti Nazril Idrus serta isterinya Sazzy Falak bersama anak perempuan kembarnya dan juga kehadiran Ben Ibrahim dan anak perempuannya.




Tetamu dan ahli-ahli media diajar bukan sekadar cara menyikat atau braiding rambut tetapi mereka juga diberikan pengetahuan asas terbaik dalam penjagaan kulit kepala dan rambut kanak-kanak.


Beberapa tips yang dikongsi adalah seperti berikut:-

1) "Squeeze" rambut secara lembut dan perlahan-lahan
Mencegah rambut menjadi "frizz" lap rambut dengan menggunakan tuala lembut secara perlahan-lahan selepas mandi. Ini bagi mengelakkan rambut anak anda daripada kusut dan rosak apabila kita hendak mengeringkannya. Apabila kita menggunakan tuala keras (tidak lembut) atau menggosak secara kuat rambut ianya boleh menyebabkan "frizzing". Jangan "perah rambut" atau memerah terlalu keras kerana ini boleh merosakkan rambut.

2) Menggunakan sikat yang mempunyai gigi yang luas pada rambut yang basah
Gunakan sikat yang punyai kelebaran gigi yang agak luas pada rambut yang basah. Elakkan daripada menggunakan berus halus pada rambut basah. Ini kerana rambut yang basah adalah lebih terdedah kepada kerosakan dan juga boleh membawa kepada "frizzing".

3) Memberus rambut
Memberus rambut membantu dalam merangsang kapilari darah, dan dengan itu meningkatkan peredaran darah dan pengangkutan nutrien dan oksigen ke batang, akar dan mentol rambut. Ia juga membantu dalam merangsang pelbagai kelenjar minyak dan hormon yang mengeluarkan untuk membantu rambut mengekalkan minyak semula jadi mereka. Dengan memberus rambut anda dengan betul anda menambah kehidupan, bersinar dan kelantangan untuk rambut anda. Hanya berus apabila rambut kering.

4) Sikat dari hujung
Jangan sikat bermula di bahagian atas; kerana ianya akan membuat rambut anak anda kusut teruk. Sebaliknya, bermulalah dari hujung dan secara perlahan-lahan dari rambut ke arah akar.

5) Kerinting dan Rambut Kering
Jenis rambut kerinting dan kering biasanya lebih rapuh daripada rambut lurus. Itu sebabnya kita jangan mencuci kerap.

Encik Edward Chen, Pengurus Pemasaran Wipro Unza (Malaysia) Sdn Bhd berkata di bengkel,

"Walaupun ia adalah penting untuk mengetahui apa yang terbaik untuk penjagaan rambut anak anda, bengkel ini juga adalah terbaik untuk kanak-kanak beraktiviti bersama ibu bapa. Saya juga seorang bapa juga dan saya kadang-kadang juga membantu sikat dan mendandan rambut anak perempuan saya. Ini adalah salah satu aktiviti yang dapat merapatkan hubungan ibubapa dan anak  dan sekaligus anak kita juga akan gembira"

Hair stylist Dwen Soteto memberi tips dan juga menunjukkan cara berdandan yang praktikal dan mudah buat kanak-kanak.

Tiara dan Iman anak selebriti Sazzy Falak dan Nazril Idrus menjadi model untuk didandan oleh Dwen Soteto. Apa yang menariknya Nazril Idrus turut mendandan salah seorang anaknya. Sangat "cute" melihat aksi spontan Nazril dan Sazzy Falak ketika mendandan anak mereka!!

Saya turut sama menyertai aktiviti berdandan ini bersama anak saya Amani :)
Amani dengan muka paksa rela..kahkahkah

Tapi my Amani memang suka berdandan..
Beliau memang suka kelihatan cantik...

My amani juga mempunyai citarasanya yang tersendiri..
Sering juga berkongsi dengan saya "Apa jenis dandanan yang dia suka pada rambut..."
Ianya bergantung pada hari, mood dan jenis pakaian yang digayakan pada hari tersebut.

Adiknya Ameer pun suka melihat kakaknya berdandan :p

Cuba mengaplikasikan cara sikat dari hujung :)

Pastikan rambut disikat dengan lembut dan perlahan..

Berinteraksi dengan my Amani..
Tanya pendapat dan berkongsi pandangan tentang jenis dandanan yang sedang diusahakan..

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
My Amani ceria dengan gaya rambutnya :)

CARRIE JUNIOR Kids Shampoo- Meluruskan Rambut & Mengawal Frizz adalah penyelesaian untuk masalah rambut buat setiap gadis muda. Terdapat 2 aroma dari buah-buahan segar seperti Cranberry dan Smoothie Raspberry . Untuk pengetahuan semua CARRIE JUNIOR Kids Shampoo  adalah syampu 2 dalam 1 yang diperkaya dengan nutrien Olive mampu meluruskan rambut. Manakala kawalan frizz membantu meluruskan dan kawalan "frizziness" dan menjadikan rambut yang lebih lembut dan lebih terurus.

Dipertingkatkan dengan Fruito-E yang diperkaya dengan vitamin dan nutrien, syampu ini mampu menyuburkan sambil melindungi rambut gadis kecil anda dan kulit kepala. CARRIE JUNIOR Kids Shampoo mampu meninggalkan aroma  yang menyenangkan. Satu kenikmatan apabila rambut kita sentiasa beraroma "sweet" kranberi dan raspberry yang membantu memberi ketenangan. Ianya memberi kegembiraan buat ibu bapa dan juga kanak-kanak terutama apabila aktiviti menyikat atau memberus rambut yang sememangnya licin, lembut dan mudah diurus dengan mudah. Paling penting  CARRIE JUNIOR Kids Shampoo mempunyai pH yang seimbang dengan rumusan yang sederhana dan sememangnya ianya selamat untuk kanak-kanak.

CARRIE JUNIOR Kids Shampoo- Meluruskan Rambut & Kawalan Frizz boleh didapati dalam tiga saiz - 90 ml (RM4.45), 280ml (RM10.20) dan 700 ml (RM22.60) *. Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di kedai-kedai runcit, pasar raya besar, pasar raya dan farmasi utama terkemuka di seluruh negara.
* Harga termasuk GST.


Dengan Carrie Junior Kids Shampoo, Saya Mudah Mendandankan Rambut Amani! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 07, 2015 Rating: 5

20 comments:

  1. Amani looks so cute with the hairstyle! :) mesti suka syampu2 tu kan!

    ReplyDelete
  2. my lil girl also love using the shampoo

    ReplyDelete
  3. i heard of this brand but the problem is sometimes it is hard to buy them. not just this brand but also other brands. many supermarkets do not carry them.

    ReplyDelete
  4. Its so nice to see the kids at events too! They look pretty curious :)

    ReplyDelete
  5. shampoo for the kids! looks good. Buy one for my kid.

    ReplyDelete
  6. Nice hair make-over by Mommy to her daughter. Your daughter is so happy with it.

    ReplyDelete
  7. hehe. happy mom and happy kid. :D

    haha.. yes I am happy too reading your post.
    Gonna stock up more of this shampoo.

    ReplyDelete
  8. I love Carrie Junior, pernah pakai shampoo my sis :P Smells lovely and is pretty good too!

    ReplyDelete
  9. I like Carrie products too :) nice event organised by them and lots of kids get to gather and enjoy it. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  10. Baby boy saya (currently 8 months) saya shampoo guna 2 in 1 product. ok ke? suppose to be ok la kan sebab die cakap 2 in 1 punye. sesuai untuk badan dan rambut

    ReplyDelete
  11. Just so adorable... Loving Amani's cute expression.... just like her mama

    ReplyDelete
  12. Looks like it's a fun session for the kids! I love this brand too!

    ReplyDelete
  13. Tips yang bagus dalam penjagaan rambut untuk para ibu bapa yang baru mendapat cahaya mata. Amani looks cute. Pandai ibunya mendandan. Hehe

    ReplyDelete
  14. my sister and I used to have this shampoo when we were younger and we enjoyed the scent a lot too. :D

    ReplyDelete
  15. Your daugther so cute! Would like to let my girls try it out too.

    http://www.ranechin.com/

    ReplyDelete
  16. I use CARRIE JUNIOR brand also when I was still a kid, the scent and quality not too bad :)

    ReplyDelete
  17. great tips, especially the girls with long hair, need to really care for the hair more

    ReplyDelete
  18. wow, nowadyas they have event with kids too! Mesti boleh mengeratkan hubungan you dengan anak kak =D


    ksh2772.blogspot.com

    ReplyDelete
  19. It's so nice that kids now have access to anti-frizz shampoo!

    ReplyDelete
  20. Your daughter is so adorable. Now days children even have special shampoo for frizzy hair, so luxe.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.