"Keep Calm" dan Jom Bayar Zakat!
Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
Sorotan dari melihat sendiri bagaimana dengan kisah apabila kita berkongsi waima dengan sedikit harta yang kita ada/miliki kepada orang yang memerlukan. Pasti penerima akan berasa begitu gembira dan bahagia.
Jadi mengapa perlu kita berzakat dalam kata erti kata sebenar-benarnya. Merujuk kepada ayat 4-6 Surah Al Mukminum
Tujuan utama kita berzakat, pertamanya ianya untuk membersihkan harta dan hati daripada sifat yang tercela seperti kedekut dan bakhil. Selain itu dengan berzakat ianya mengajar kita untuk lebih rasa ingin berkongsi sedikit sahaja harta yang dimiliki terutama dengan mereka yang benar-benar perlukannya.
Dan kita perlu percaya dan yakin. Satiap zakat yang dikeluarkan pasti akan memberikan rezeki yang baik-baik buat kita, keluarag dan mereka yang dekat dengan kita.
Untuk pengetahuan semua terdapat 8 golongan asnaf zakat iaitu:
1. Asnaf Fakir
Asnaf Fakir ialah orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.
2. Asnaf Miskin
Asnaf miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah.
3. Asnaf Amil
Amil ialah pihak yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIP) untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan zakat meliputi pungutan dan agihan.
4. Asnaf Muallaf
Muallaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.
5. Asnaf Riqab
Riqab ialah seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.
6. Asnaf Gharimin
Gharimin ialah orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya.
Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:
- Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
- Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
- Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.
7. Asnaf Fisabilillah
Fisabilillah ialah perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah.
8. Asnaf Ibnu Sabil
Ibnu Sabil ialah orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak dengan syarat:
- Putus bekalan dalam perjalanannya.
- Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan.
- Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan.
- Ditinggalkan dalam perjalanan
PPZ-MAIWP merupakan agensi yang telah diberi kuasa dan tanggungjawab untuk memungut
zakat harta di
Wilayah Persekutuan iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan
Labuan.. Dan pengagihan
zakat atau
program-program agihan kepada lapan asnaf yang
layak (rujuk pada asnaf seperti yang dinyatakan diatas) akan menerima
zakat adalah di bawah tanggungjawab/selian Baitulmal, Majlis
Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Dan paling penting pihak yang memohon ianya perlu memenuhi syarat utama iaitu :
-Islam
-Warganegara Malaysia,
-Bermastautin di Wilayah Persekutuan dan berpendapatan rendah.
Terdapat 28 jenis skim bantuan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Antara sebahagian 28 skim bantuan yang ditawarkan ialah :
Bantuan Kewangan Bulanan (RM200 -500 sebulan),
Bantuan Am Ipt (RM500-5,000 setahun),
Bantuan Am Persekolahan (RM420-1,200 setahun),
Bantuan Persediaan Asrama Penuh (RM500),
Bantuan Persediaan Ipt (RM1,000), Bantuan Perkahwinan (RM1,000-1,500),
Bantuan Perubatan & Dialisis, Bantuan Perniagaan,
Bantuan Hutang,
Bantuan Perumahan
Bantuan Kewangan Bulanan (RM200 -500 sebulan),
Bantuan Am Ipt (RM500-5,000 setahun),
Bantuan Am Persekolahan (RM420-1,200 setahun),
Bantuan Persediaan Asrama Penuh (RM500),
Bantuan Persediaan Ipt (RM1,000), Bantuan Perkahwinan (RM1,000-1,500),
Bantuan Perubatan & Dialisis, Bantuan Perniagaan,
Bantuan Hutang,
Bantuan Perumahan
dan banyak lagi...
Mudah sebenarnya untuk kita merebut pahala percuma di dunia buat bekalan kita di akhirat sana. Dan jangan jadikan alasan masa, keadaan dan kesukaran untuk kita sama-sama mengeluarkan tanggungjawab berzakat.
Ini kerana pelbagai kemudahan untuk kita mengeluarkan zakat. Antaranya seperti:-
1) Kaunter PPZ - Terdapat sebanyak 11 kaunter PPZ-MAIWP
●Wisma PPZ,
Tmn Shamelin
●Bangunan Daruzzakah, Lrg Hj Hussien 2 Kg Bharu
●Masjid
Negara, Jalan Perdana KL
●Wangsa Maju, Wangsa Delima 6
●Presint 9,
Putrajaya
●Presint Diplomatik,
Putrajaya
●Masjid
At Taqwa,
TTDI
●Masjid
Abd
Raman B Auf, Jalan Puchong
●Masjid
Imam Al Ghazali,
Kepong
●UTC Pudu Sentral
●Labuan
Times Square
Waktu Operasi Kaunter
●Isnin - Khamis
(8:15 a.m. - 4:45 p.m.)
●Jumaat
(8:15 a.m. - 12:30 p.m.) (2:30 p.m. - 4:45 p.m.)
●Ditutup pada Sabtu minggu pertama dan ketiga
●UTC Sentral Pudu –
8.15 pagi –
10.00 malam
●Dibuka 7 hari seminggu pada
Ramadhan & Disember
2) Melalui portal - Laman www.zakat.com.my
3) Aplikasi i-zakat - Muaturun di Google Play dan Apps Store
4) Perbankan Internet - 13 buah bank yang di lantik
●1. www.maybank2u.com.my
●2. www.rhb.com.my
●5. www.ambg.com.my
●6. www.hsbc.com.my
●10. www.ocbc.com.my
●12. www.hlisb.com.my
●13. www.kfh.com.my
Sumber : http://ienawahab.blogspot.my/2010/09/pembayaran-zakat-secara-online-melalui_4.html
5) Skim Thohir - Potongan gaji bulanan
●Boleh memotong zakat secara bulanan dan diselaraskan dengan Potongan Cukai Berjadual (PCB)
●Potongan akan tertera di slip gaji bulanan
6) Kaunter Zakat Van Bergerak PPZ-MAIWP
●Terdapat 2 buah van yang disediakan
●Bergerak sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya
●Boleh membuat bayaran,taksiran,semakan zakat
Dengan hanya 2.5% daripada harta yang layak untuk kita zakatkan kepada PPZ-MAIWP (agensi yang mengutip duit zakat). Seterusnya akan disalurkan kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk diuruskan dan diagihkan kepada asnaf yang memerlukan dan layak!
Antara berita-berita mengenai asnaf yang menerima bantuan daripada pihak PPZ-MAIWP dan juga Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ...
Daripada sumbangan 2.5% setiap pengeluar zakat :-)
Zakat adalah wajib pada semua orang Islam. Ianya juga termasuk daripada amalan sedekah jariah.
“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”
Dan dengan berkatnya berzakat, InsyaAllah kalau ada rezeki kita dikurniakan lagi rezeki dengan memenangi hadiah yang ditawarkan oleh pihak zakat.com.my (bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul). Mudah-mudahan, Amin.
Facebook PPZ-MAIWP : www.facebook.com/myzakat
Laman web : www.zakat.com.my
Facebook Baitulmal: www.facebook.com/baitulmal.wp
Talian Zakat : 1300 88 5757
"Keep Calm" dan Jom Bayar Zakat!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 25, 2015
Rating:
Jika duduk luar KL... boleh ke keluarkan zakat dekat dorang?
ReplyDeletezakat adalah perkara negeri untuk MAIWP hanya untuk penduduk/permaustation KL sahaja....
ReplyDeleteketerangan lanjut boleh call 1300 88 5757
My mom and dad always said "If you have money , you should give them who in need" - Zakat n sedekah , It's really important even for our next life , In shaa Allah . Thanks for sharing this valuable informations kak :)
ReplyDelete- Syamsid Blog -
.
syamsid- it's true! moga amalan berzakat dan bersedekah dgn niat yang ikhlas perolehi barkahnya :)
ReplyDeletejom bayar zakat :)
ReplyDeleteuncle zuan- joms :)
ReplyDeletekuarkan zakat.
ReplyDeletesuci kan harta & pendptan.
esok last day la bagi sesape lom gi byr kan.
Aida...jom jom
ReplyDeleteuntuk tunai zakat, xde masalah nak ke negeri mane2 pun..yang berdosa bila kita tak tunaikan tanggungjawab kita..cuma afdhal adalah tunaikan zakat dimana kita bekerja..simple penerangan, kita dah korek kat situ kita kambus la balik kat situ..heeee....utk agihan, situasi di wilayah persekutuan, sesiapa yang pernah ada rekod membayar di PPZ-MAIWP walaupun hanya sekali seumur hidup, walaupun dia tinggal di Sabah sekalipun, dia layak untuk memohon bantuan sekiranya dia tergolong dalam kategori asnaf..wallahu'alam
ReplyDeleteZakatMelaluiMaybank2u
ReplyDelete