Menikmati Sajian Enak Serta Belajar Membuat Biskut GingerBread Man di Kafe The Coffee Bean & Tea Leaf

Berpagian di sini dijemput secara esklusif untuk merasai kenikmatan air Coffee Bean sememangnya saya tidak lepaskan. Apatah saya bakal mengenali produk terbaru dan terhad sempena dengan kehadiran Krismas dan juga berpeluang belajar cara membuat biskut Gingerbread Man dari Chef Johny Loh,

Ok, yang ni minuman yang saya, Cik Lily dan Nannie Isa order..
Saya punya yang tengah-tengah itu, namanya Toffee Nut Ice Blended yang sedaaaap gila!!!

Selain itu terdapat juga Toffee Nut Latte, Double Chocolate Peppermint Ice Blended dan Red Velvet Hot Cocoa yang juga tidak kurang hebat rasanya :)

Sebelum majlis bermula, sempatlah saya melihat secara dekat kek, biskut dan pemanis mulut esklusif bersempena dengan Krismas tahun 2015 yang diihasilkan oleh chef pemenang anugerah, Chef Johnny Loh.

terdiri daripada beberapa pencuci mulut tradisional inspirasi resepi-resepi klasik Eropah.
Antaranya seperti:-
German Stollen

Classic Christmas Log

Sugar N' Chai Cheesecake

Dundee Fruit Cake (dari Scotland)

Christmas Suprise Sampler

Christmas Cookies dan Jolly Breadman

Ginger Bread House

Suasana Kafe Coffee Bean & Tea Leaf yang cukup santai dan selesa. Memang sesuai untuk kita datang dan lepak bersama ahli keluarga, rakan baik mahupun rakan urusniaga.

Pengacara majlis yang begitu ceria dengan celotehnya yang bersahaja.

Majlis dimulakan dengan ucapan dari Cik Fiona Rodrigues, Pengarah Pemasaran & Pembangunan di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia. Menurut beliau;

“Berbeza dengan musim lain, pada musim keriangan ini, CB&TL ingin meraikannya sebaik mungkin dengan cara kami yang tersendiri – dengan berkongsi rasa kopi dan teh premium tulen yang lazat, ditambah dengan aroma tradisional musim Krismas dari negara-negara di Eropah,” 

Kami juga berkesempatan mempelajari cara membuat biskut Gingerbread Man dari Chef Johnny Loh.

Pelbagai tips yang saya telah pelajari bagi untuk menghasilkan kualiti biskut yang terbaik.

Aca-acah pembantu chef berkaliber, heheheheh

Hasil doh yang telah dibuat semalaman (disimpan dalam peti ais) dan juga baru sahaja dihasilkan.

Kami juga berpeluang membuat deko di atas Gingerbread Man yang sudah siap dibakar.

Geram sangat tengok biskut Gingerbread Man ini...
Gemuk dan gebu gebas...

Pilih jenis coklat yang hendak digunakan, bersama hiasan pemanis yang lain..

Gigih mendeko masing-masing...


Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa,,,
Yang ni saya punya :)

deko yang 'simple' seperti puan mendeko juga hidupnya yang agak 'simple'
kihkihkih

Cik Fiona Rodrigues bersama Chef Johnny Loh menunjukkan hasil sajian istimewa Krismas di Coffee Bean & Tea Leaf.


"We have fun here!!!"
Antara bloggers yang turut serta beraktiviti di Coffee Bean & Tea Leaf di pagi yang ceria.

Dan untuk pengetahuan semua Coffee Bean & Tea Leaf sememangnya menyokong Persatuan Systemic Lupus Erythematosus Malaysia. Melalui hasil jualan Tag Hadiah yang direka khas yang dijual dengan harga serendah RM2 dan setiap hasil jualan akan disalurkan kepada Persatuan Systemic Lupus Erythematosus Malaysia tersebut.

Keterangan lanjut boleh layari:-

Instagram: @coffeebeanmy

Hooyeh!!!
Menikmati Sajian Enak Serta Belajar Membuat Biskut GingerBread Man di Kafe The Coffee Bean & Tea Leaf Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 09, 2015 Rating: 5

5 comments:

  1. syok la dpt blajar wat biskut ginger tu....amy pencinta coffee bean :) aritu lps tgk gmbr ayu psl event ni kt fb tiba2 dpt friend request dr chef johnny tu :)

    ReplyDelete
  2. best & Seronoknya... suppose join gak tapi tak dpt...

    ReplyDelete
  3. wahhh biskut ginger. benda paling seronok adalah masa nak hias biskut ginger tu. hehehe

    Kak ayu, Jemput join blogger contest di blog iday ye :) Hadiah berupa AirAsia Big Points and Cash sehingga RM600 : http://www.sayaiday.com/2015/12/blogger-contest-hadiah-30-ribu-airasia-big-points-RM600-cash.html

    ReplyDelete
  4. mummy ayu- klu tak blh jumpa :)

    ida- memang akk na join..tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.