Sneak Peak | Beberapa Gambar Saya Bersama Belinda Chee Untuk Berita Harian

Minggu lepas saya dijemput bersama anak saya oleh pihak Scholastic untuk sesi menembual bersama Berita Harian. Turut hadir sesi temuramah tersebut adalah Belinda Chee (selebriti yang serba-boleh di Malaysia) bersama anaknya.

Sepatutnya saya membawa ke semua anak saya. Tapi memandangkan My Ameer tidur jadi saya hanya membawa Afiq dan juga Amani.

Kami perlu membuat beberapa aksi di hadapan lensa. Memandangkan ianya berkaitan tabiat membaca, haruslah elemen-elemen buku yang banyak perlu ada, hehehehe...

Apa yang menarik. Sebab aktiviti membaca ni bukanlah perkara baru buat saya dan anak-anak. Hampir setiap hari saya pasti meluangkan masa dengan membaca buku bersama mereka. Jadi, kami tidak perlu berlakon bahkan memang serius membaca di hadapan lensa :p

# kanak-kanak riang yang comel ini...

Anak Belinda Chee memang comel dan aktif. Sangat petah dan mesra. Paling penting beliau juga sangat sukakan buku ~ terutama buku berkaitan dengan princess :p


Sepanjang sesi temubual. Banyak perkara kami bincang dan kongsikan. Cara didikan yang berbeza tapi matlamat semuanya sama. "Have fun and learn!"

Nanti saya kongsikan tips2 yang praktikal yang mana ibubapa boleh aplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Yang bestnya, banyak buku keluaran Scholastic yang menarik dan bervariasi mengikut genre dan kesesuaian umur kanak-kanak.
 Anak kita sebenarnya mempunyai potensi yang berbeza. Ada yang senang dan lancar membaca. Ada yang ambil masa untuk menguasai sepenuhnya dalam kelancaran membaca.

Paling penting, minat perlu ada. Dan juga sokongan dari ibubapa juga penting. Jadikan sebelum kita arahkan anak untuk membaca, kita perlu mulakan tabiat rajin membaca terlebih dahulu.

Nanti saya kongsikan beberapa buku yang menarik dari Scholastic di entri yang berlainan.


Jangan malas2 membaca uollls...:P
Sneak Peak | Beberapa Gambar Saya Bersama Belinda Chee Untuk Berita Harian Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 22, 2015 Rating: 5

3 comments:

  1. wah level retis sekarang ni ek hahhahaha

    ReplyDelete
  2. Such a lovely event on reading... So long I didn't c Belinda Chee d.. :)

    ReplyDelete
  3. cik lily- manyak ler hahahahaha


    kyile :) belinda chee still maintain gorgeous and down to earth person :)

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.