WTE (Waste To Energy), Bincangkan!
Hohohoho..
Bunyi macam serius, tapi sememangnya ianya isu yang serius.
Ini melibatkan proses ke arah kehijauan lestari dan untuk generasi pada masa akan datang juga.
Masih ingat tak lagi entri saya mengenai cara saya mendidik anak tentang pengasingan sampah di rumah...
Ok kasi throwback sikit--->http://ayuarjuna.blogspot.my/2015/12/didik-anak-cara-pengasingan-sampah-di.html
Itu baru sampah di rumah yang kita kumpul setiap hari. Tapi cuba bayangkan kalau sampai kejiranan, daerah bahkan satu Malaysia seterusnya satu dunia. Bukankah ianya terlalu banyak dan perlu diuruskan dengan sempurna.
Kita lihat sendiri bagaimana dengan keadaan tapak pelupusan sampah dahulu.
Dan inisiatif dari pihak yang berkenaan, mencantikkan kawasan tapak pelupusan ke arah lebih selamat dan sempurna. Ternyata memang jauh beza bukan?
Untuk pengetahuan uolls ya. Bukan mudah sebenarnya untuk kita tandakan atau jadikan sesebuah kawasan itu sebagai kawasan tapak pelupusan sampah. Ini kerana bila kita menyebut perkara yang berkaitan tanah ianya adalah tertakluk kepada Akta di bawah Kerajaan Negeri. Jadi kita tidak boleh suka-suka mencadangkan atau menolak perkara yang telah diendoskan oleh Kerajaan Negeri.
Tapi bila kawasan pelupusan tanah yang asal berada berdekatan dengan taman perumahan. Banyak isu yang cuba ditimbulkan.Ada yang kaitkan dengan pencemaran bau dan ada juga yang kaitkan dengan ketidaksesuaian tapak ini diletakkan di sebelah kediaman mereka. Tapi kita perlu ingat, perkara tanah adalah perkara negeri dan pihak Kerajaan Negeri telah mewartakan kawasan itu sebagai "tapak pelupusan sampah". Dalam keadaan kepadatan penduduk di situ yang mungkin telah menghasilkan jumlah sisa pepejal yang banyak hampir 3000 tan sehari. Rentetan daripada itu sememangnya kita perlu mencari alternatif terbaik untuk menguruskan sisa pepejal.
Jadi, bagaimana kita nak mengatasi masalah ini dari berlarutan?
Ataupun bagaimana kita dapat menghasilkan sesuatu yang lebih berguna daripada hasil buangan sisa pepejal kita setiap hari?
Untuk pengetahuan uolls, kat Malaysia sebenarnya memang sudah ada Loji Rawatan Termal (LRT) mini di kawasan-kawasan tertentu. Boleh rujuk pada gambar di atas. Tapi cuba lihat pada lokasi dan jumlah tan sampah yang mampu diproses. Adakah ianya cukup untuk memproses sampah setiap hari untuk satu jangka mas ayang panjang?
Dalam Buletin Utama baru-baru ini ada membincangkan isu teknologi WTE (Waste To Energy)
Yang mana wartawan ada mengupas betapa perlunya kita menguruskan sisa pepejal yang semakin hari semakin meningkat jumlahnya.
Dengan keadaan keuzuran tempat pemprosesan hari ni yang agak ketinggalan, sememangnya ianya perlu dimajukan.
Untuk pengetahaun semua teknologi WTE (Waste TO Energy) merupakan projek loji pelupusan yang menggunakan teknologi terkini
dan ianya terbukti mampu memberi penyelesaian dalam merawat sisa pepejal. Bukan sahaja mampu merawat bahkan boleh menghasilkan tenaga berharga seperti elektrik, haba dan bahan api bagi kenderaan
(contohnya diesel). Dan antara jenis-jenis loji yang boleh kita rujuk sebagai teknologi Waste To Energy adalah seperti
Insinerator, Anaerobic Digester, Gassification, Plasma dan sebagainya (yang kena membuat rujukan secara lebih mendalam lagi).
Negara-negara maju dan membangun seperti Jepun, Singapura, Sweden dan banyak lagi sudah pun mempunyai teknologi WTE di negara mereka. Kita lihat contoh teknologi WTE yang terdapat di luar negara seperti gambar di bawah.
Bahkan ada juga teknologi WTE yang dibina bersebelahan dengan kawasan sekolah dan juga hospital. Tapi ianya tidak mendatangkan masalah bagi masyarakat di kawasan tersebut.
Ini kerana teknologi WTE tidak akan mengeluarkan sebarang masalah pencemaran bau, bahkan hasil pemprosesan sisa pepejal ditukarkan kepada tenaga yang diperlukan untuk manusia.
Bukankah ianya sesuatu yang baik untuk masa depan generasi kita juga?
Fikir-fikirkanlah...
Moga apa yang kita usahakan untuk sesuatu yang baik hari ini dapat dirasai dan dikongsi kebaikannya buat generasi-generasi kita akan datang..
NOTIS PEMBERITAHUAN (PREMIS BERTANAH)
Adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 September 2015, semua isi rumah di negeri-negeri* yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) adalah diwajibkan untuk mengasingkan sisa pepejal masing-masing mengikut kategori berikut:
Sisa Baki (sisa dapur, sisa makanan, lampin pakai buang dan bahan-bahan kotor lain) – dimasukkan ke dalam tong sampah beroda yang telah dibekalkan; dan
Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula – dibungkus ke dalam beg plastik dan diletakkan di sebelah tong pada hari kutipan yang telah ditetapkan mengikut kategori berikut:
Plastik;
Kertas; dan
Lain-lain (contoh: tin, kaca, seramik)
Bungkusan Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula yang bercampur dengan sisa baki akan ditanda dengan pelekat khas berwarna merah dan tidak akan dikutip oleh syarikat konsesi.
Jika Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula tidak diasingkan dari sisa baki, tindakan berikut akan diambil:
Amaran akan diberikan oleh SWCorp sehingga 31 Mei 2016;
Kompaun akan dikenakan mulai 1 Jun 2016:
Bagi kesalahan pertama – RM50.00;
Bagi kesalahan kedua – RM100.00; dan
Bagi kesalahan berikutnya – RM500.00.
Sekiranya kompaun tidak diselesaikan, tindakan mahkamah akan diambil dan denda maksimum RM1000.00 boleh dikenakan sekiranya disabit kesalahan.
NOTIS PEMBERITAHUAN (PREMIS BERTINGKAT)
Adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 September 2015, semua isi rumah di negeri-negeri* yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) adalah diwajibkan untuk mengasingkan sisa pepejal masing-masing mengikut kategori berikut:
Sisa Baki (sisa dapur, sisa makanan, lampin pakai buang dan bahan-bahan kotor lain) – dimasukkan ke dalam tong komunal yang telah dibekalkan; dan
Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula – dibungkus ke dalam beg plastik dan diletakkan di dalam bekas yang dibekalkan mengikut kategori berikut:
Plastik;
Kertas; dan
Lain-lain (contoh: tin, kaca, seramik)
Jika Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula tidak diasingkan dari sisa baki, tindakan ke atas Badan Pengurusan Bersama (JMB) seperti berikut akan diambil:
Amaran akan diberikan oleh SWCorp sehingga 31 Mei 2016;
Kompaun akan dikenakan mulai 1 Jun 2016:
Bagi kesalahan pertama – RM100.00;
Bagi kesalahan kedua – RM200.00; dan
Bagi kesalahan berikutnya – RM500.00.
Sekiranya kompaun tidak diselesaikan, tindakan mahkamah akan diambil dan denda maksimum RM1000.00 boleh dikenakan sekiranya disabit kesalahan.
#asingkan
#wastetoenergy
#blooggersmedia
WTE (Waste To Energy), Bincangkan!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 15, 2015
Rating:
perkara macam ni mmg kita kena ambil kira daripada sekarang...kalau terlewat tak guna...
ReplyDeletemungkin ada pro dan cons terhadap sesuatu benda yg baru tapi kalau dalam jangka masa yg panjang ianya bagus, baiklah kita cuba terima perubahan
Memang tidak boleh tidak untuk mengasing sampah supaya jangka hayat pelupusan tidak akan bertahan lama. Tenaga yang di hasilkan Waste to Energy dapat dimanfaatkan.
ReplyDeletesakky -perubahan yang baik apa salahnya bukan heheheh
ReplyDeleteakubiomed- betul memang kena cari alternatif yang terbaik