Baju Dorothy Perkins Pilihan Wanita Berusia
Wanita
dan keinginan mahu bergaya sememangnya tidak dapat dipisahkan. Apatah lagi
dalam dunia serba moden ini memerlukan wanita juga bergerak ke hadapan, punyai
cita-cita dan berketerampilan. Dan pastinya usia bukanlah satu penghalang untuk
wanita itu bergaya mengikut citarasa mereka. Asalkan sesuai pada acara, cantik
terletak pada tubuh dan dalam linkungan bajet pastinya mereka tidak akan
teragak-agak untuk mendapatkannya bagi kepuasan diri. Antara jenama pakaian yang
mendapat perhatian wanita hari ini ~ DOROTHY PERKINS!
Jenama Dorothy Perkins tidak perlu
lagi diperkenalkan kepada para penggemar fesyen di Malaysia lebih-lebih lagi
bagi mereka yang tinggal di ibu kota. Jenama antarabangsa yang mula ditubuhkan
di UK ini telah menjadi salah satu jenama pilihan di negara kita dan butik
Dorothy Perkins juga boleh ditemui denga muda di pusat-pusat membeli-belah di
sekitar Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar yang lain. Apa yang membezakan
jenama ini dengan jenama-jenama yang lain adalah koleksi pakaian wanita yang
ditawarkan adalah lebih memfokuskan kepada trend fesyen wanita dewasa yang
bekerjaya. Berbeza dengan jenama Topshop dan jenama-jenama dari UK yang lain,
koleksi baju Dorothy Perkins adalah lebih bersesuaian
untuk wanita berusia yang inginkan penampilan bergaya dan mengikuti trend
terkini;
Dorothy Perkins menawarkan koleksi
blouse wanita yang selesa dipakai dan direka untuk pemakaian wanita ke pejabat
mahupun untuk digayakan sebagai pakaian kasual.
Selain itu, Dorothy Perkins juga
terkenal dengan koleksi outerwear wanita yang boleh anda miliki dalam pelbagai
pilihan menarik seperi cardigan, kimono, jacket dan lain-lain.
Oh ya, selain koleksi blouse wanita,
temui juga pilihan koleksi kemeja yang selesa dan versatile. Seperti koleksi
blouse, kemeja Dorothy Perkins ini juga boleh anda gayakan di hujung minggu
sebagai pakaian kasual.
.
Baju Dorothy Perkins Pilihan Wanita Berusia
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
January 06, 2016
Rating:
minat juga dengan DP ni
ReplyDeleteRaihanah- sep sikitt...versatil sikit rekaan dier... :)
ReplyDelete