“Don’t Under-ESTIE-mate Her ---"Chef Estie Kung!"
Chef termuda dalam rancangan MAN VS CHILD:CHEF SHOWDOWN, Estie Kung yang berusia
tujuh tahun (pada masa itu), telah menyediakan ayam goreng Korea dengan mayonis kimchi
dan “gochujang gastrique” (sos pekat gochujang).
Seorang yang matang berbanding usianya, Kung yang mempunyai darah campuran Cina
dan telah mula memasak sejak berusia tiga tahun. Dan beliau akan mengunjungi Asia sebagai
sebahagian daripada jelajah promosi sempena pelancaran rancangan ini di saluran Astro Lifetime.
Dihoskan oleh chef dan personaliti televisyen, Adam
Gertler, siri yang sebanyak 13 episod ini menampilkan lima orang kanak-kanak yang berkebolehan besar dalam bidang masakan -
Estie (8), Dylan (11), Emmalee (12), Cloyce (13) dan Holden (14). Mereka akan
bersaing dengan chef berkaliber yang berbeza setiap minggu untuk
membuktikan kehebatan mereka.
Setiap episod terdiri daripada tiga pusingan memasak yang
menguji keupayaan dan penguasaan para peserta di dapur, daripada membuat sosej
buatan sendiri sehinggalah menghidangkan telur dadar yang paling sempurna. Bagi
setiap cabaran, peserta kanak-kanak akan mencalonkan seorang ahli kumpulan
untuk bersaing dengan chef pakar. Dalam dua pusingan pertama, juri tetap dan
pengulas (Mike Isabella chef dan pemilik restoran dan Alia Zaine chef peribadi bagi
bintang-bintang terkenal) akan merasai hidangan-hidangan ini untuk
menentukan chef mana yang berjaya mencipta hidangan paling sedap dengan daya
cipta yang tinggi.
Pemenang setiap dua pusingan terawal akan diberikan
kelebihan dalam pusingan seterusnya, termasuklah dapat menghalang pesaing daripada
merasai hidangan mereka sewaktu penyediaannya, dan mengarahkan pesaing untuk
berehat selama 10 minit dalam tempoh waktu memasak yang telah ditetapkan. Pusingan
akhir akan melibatkan “blind test” oleh chef terkemuka dunia seperti
Hubert Keller dan Ludo Lefebvre yang seterusnya akan menentukan juara keseluruhan – sama
ada chef-chef profesional atau peserta-peserta chef cilik.
Saya sendiri sempat melihat aksi Chef Estie Kung menunjukkan demo masakannya di Sunway Piramid baru-baru ini..
Memang gaya bersahaja...
Seperti seorang tukang masak yang sangat pro!
Bayangkan Azura juga kagum dengan cara memasak Estie!!
Pelbagai tips dan pengalaman yang dikongsi oleh Chef Estie...
Sentuhan terakhir!
Siap :)
My Ameer yang begitu seronok berada di sini..
Estie Kung dan hidangan masakannya...
Estie juga diberikan beberapa cabaran untuk menikmati hidangan popular di Malaysia. Dan dalam banyak masakan yang diberi Estie paling gemari nasi lemak!
Hebat, suka makan pedas agaknya adik cilik yang berbakat besar ini :)
Jangan lupa tonton tayangan perdana rancangan ini pada 26 Januari 2016, 7 malam dan 10 malam di saluran Astro Lifetime ya!
“Don’t Under-ESTIE-mate Her ---"Chef Estie Kung!"
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
January 19, 2016
Rating:
Ini yg SA tunggu2...x sabar nk tgok kehebatan Estie Kung...
ReplyDeletekannnn parizan..ayu pun excited!!!
ReplyDeleteCute little chef.. hebatnya this cutie!
ReplyDeleteCute lil chef she is
ReplyDeletehttp://www.ranechin.com/
wow the kids chef are so talented! now i feel bad coz i cant cook at all hahahah
ReplyDeleteTime to train the kids to cook! hehe. So cute!
ReplyDeleteShe is really a talented cooker. I hope my children will become like her one day and then I tak payah masak. Ha ha ha...
ReplyDeleteI love chef cilik! They are all very talented, bet their parents are so proud of them.
ReplyDeleteSalute to Chef Estie! she is so talented in cooking and so natural on camera too.
ReplyDeleteit is so amazing how some kids are so talented... and Estie is just 8 and can cook so well and holds her knives well also... my husband still gets worries when I let my daughter handle knives etc.. LOL
ReplyDeleteOh wow! GREAT! Love these cooking shows and she sure is amazing
ReplyDeleteterrer betul budak ni ek
ReplyDeletewah kecik2 lagi dah pandai masak, wonder cemana mak dia ajar dari awal
ReplyDeletepandainya budak ni masak
ReplyDeleteoh my god. she is awesome! :D
ReplyDeleteSuch a young talented chef here! She has a bright future ahead
ReplyDeleteI watched the show too, always amaze of the kids' cooking talent at such a young age :)
ReplyDeleteameer looks so cute. nice event!
ReplyDelete