Saya Pilih Scholastic Sebagai Bacaan Terbaik Untuk Penguasaan Bahasa Inggeris

Sebagai ibu biarpun berkerjaya dan sibuk dengan hal-hal rumah tangga. Saya sering mengingatkan diri saya untuk sentiasa prihatin dengan tuntutan serta keperluan anak apatah lagi ianya berkaitan dengan pendidikan. Bagi saya peranan seorang ibu bukan sahaja melahirkan, membesar dan menjaga mereka bahkan saya juga memainkan peranan untuk memberi didikan yang sewajarnya.

Hidup dalam keluarga yang berkomunikasi menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantara utama menyebabkan saya perlu mencari alternatif lain agar anak saya juga boleh menguasai bahasa kedua iaitu bahasa Inggeris. Ini adalah sangat penting bagi memastikan anak kita tidak terlalu ketinggalan dan boleh pergi lebih jauh lagi. Dan sebenarnya jika kita mahir lebih daripada satu bahasa, kita akan lebih rasa yakin diri untuk berkomunikasi  dengan lebih ramai orang tidak kira bangsa dan usia.

Dan saya telah memilih Scholastic sebagai bahan bacaan anak saya. Apa yang menarik variasi pilihan buku dari Scholastic membolehkan saya untuk memilih bacaan anak yang sesuai mengikut umur, minat dan jantina anak saya. Ini adalah pengaruh penting dalam pemilihan buku, memandangkan untuk menanamkan minat mereka terhadap pembacaan buku, kita perlu tahu "apa yang anak kita suka baca".

Seperti My Ameer, umurnya baru setahun lebih. Beliau masih dalam proses pembelajaran mengenal hurugf A-B-C, warna, angka yang mudah. Untuk anak peringkat ini saya perlukan buku yang mempunyai tulisan yang agak besar dan paling penting ianya perlulah dalam bentuk karikatur dan warna-warni.

Kandungan buku My First Word.
Cantik bukan isi kandungan buku ini.
Contohnya pengenalan kepada My Family - Mother, Sister, Son dan lain-lain.

Lepas tu kita boleh ajar anak kita mengira satu persatu. Ada perkataan dan angka serta bilangan gambar mengikut kiraan yang boleh dikira.

Yang ini pula buat My Amani. Memahami beliau yang sangat sukakan kartun ala-ala princess, karektor budak perempuan, hello kitty. Jadi saya telah memilih buku ini untuk My Amani :)

Contoh salah satu buku My Amani yang saya pilih.
Simple words...
Dan ada jalan cerita menarik bersama gambar-gambar yang cantik.

Dan ternyata My Amani mudah untuk memahami dan membacanya. Biarpun dengan bantuan My Amani tetap seronok membacanya acap kali.


Bacaan untuk My Afiq. Memandangkan beliau sangat sukakan lego dan karektor haiwan. Buku ini adalah pilihan terbaik bagi mereka yang sudah mula menguasai bahasa Inggeris. Bacaan untuk umur dari darjah 1 hingga darjah 5.

Yang menariknya, buku ini didatangkan juga dalam bentuk bubble (perbualan) antara karektor. Sekali pandang ianya seperti bacaan komik juga.

Afiq yang begitu tekun membaca :)

Akid memang meminati subjek sains jadi pemilihan buku-buku bergambar seperti ini sangat sesuai.

Sebab Akid baru darjah 5, buku ini sangat membantu menarik minat untuk beliau untuk lebih suka membaca. Apatah lagi perincian tentang satu perkara berkaitan sains sangat jelas dan mudah untuk difahami.

Buku ini pastinya untuk My Yana. Novel terbaik untuk anak-anak remaja. Bahasa mudah dan ada cerita yang sesuai buat anak-anak remaja untuk lebih suka membaca.

Buat anak yang paling dewasa di rumah, my Anaqi yang sekarang sudah berusia 14 tahun. Peminat tegar Star Wars pastinya buku ini antara koleksi yang paling digemari. Begitu juga dengan novel Goosebumps, Atlantics antara koleksi novel pengembaraan yang menjadi kegemaran anak lelaki.

Membaca dengan anak bukan sahaja kita dapat membantu mengilap penguasaan bahasa mereka, bahkan ini juga merupakan antara aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan ibu dan anak. Meluangkan lebih banyak masa melakukan perkara faedah bersama pastinya memberi keseronokan sekaligus mampu menerapkan nilai-nilai positif dalam diri anak.

Percayalah!
Saya Pilih Scholastic Sebagai Bacaan Terbaik Untuk Penguasaan Bahasa Inggeris Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 04, 2016 Rating: 5

24 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. It's easy and fun for the kid.
    Good choice!

    ReplyDelete
  3. Menarik. Start dari kecik2 so senang

    ReplyDelete
  4. I really like the illustrations in the books. It will be sure to captivate kids attention and encourage them to actually read books instead of always on their gadgets

    ReplyDelete
  5. Scholastic books r always our top choice!

    ReplyDelete
  6. What awesome reading materials for the young children. I remember my mother buying loads of books for me too.

    ReplyDelete
  7. wow they have so many rnages of books for different ages! why i dont have these when i was a kid :P

    ReplyDelete
  8. reading is good hobby! i love reading because it calms me and also gives me new fresh insights at the same time!

    ReplyDelete
  9. Buku memang teman anak yang paling baik. Anak sayapun suka sangat dengan buku.

    ReplyDelete
  10. Thanks for your recommendation. I'm going to buy one for my lovely niece. :)

    ReplyDelete
  11. i remember those days when i used to use these books for myself. One of my favourite books to read when i was young :)

    ReplyDelete
  12. www.sunshinekelly.comJanuary 7, 2016 at 2:14 AM

    Nice to have a set of those book, I am sure some of the children will be addicted too.

    ReplyDelete
  13. Anak Miera pun grow up dengan buku Scholastic... it is good for reading and educational... thumbs up.

    ReplyDelete
  14. Look interesting. It's good for those kids. =)

    ReplyDelete
  15. comelnya buku-buku ni. Beuku yang menarik mcm ni sebenarnya mmg bagus untuk meransan pemikiran budak so dia leh cepat paham. Maybe boleh beli and bagi kat adik yang paling kecik. hee

    ReplyDelete
  16. ayue pun suka scholastic kak..anak buah ayue suka sbb cepat paham and menarik.

    ReplyDelete
  17. actually not just for kids...I also enjoy myself with this Scholastic books :) easy to read with beautiful illustration! cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  18. Nampaknya kena beli untuk anak-anak saudara saya - a good book to read and learn. Takde le depa main-main je. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  19. nak buku ini juga! for the kids :D

    ReplyDelete
  20. buku scholastic memang baik until anak anak, ada kualiti dan seronok juga masa baca bersama

    ReplyDelete
  21. It's great to have such books to help with the English language

    ReplyDelete
  22. I heard scholastic is a fun learning book for children. Hope the children enjoy reading.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.