Berpagian Mandi Air Sungai Congkak
Last2 semalamnya, Dedet ajak anak2 melenjan di Sungai Congkak di Hulu Langat. Memandangkan ada juga warga Selangor/KL yang dah masuk bekerja, jadi kawasan ni takdelah sesak sepertimana hari minggu ataupun hari cuti umum kebiasaannya.
Lepas makan nasi lemak kat gerai di P.J, kami terus bergerak ke sini. Mula-mula pergi kawasan Sungai yang dijaga oleh pihak Perbandaran. Air sungai kat sini agak deras juga tapi ianya cetek.
My Yana yang bukan main hepi duk jaga barang...
Punyalah malas nak berendam dalam air sejuk. Puteri lilin sangat...
Beliaulah jurugambar pada hari kejadian...
My Amani dengan permainan yang dibawa...
Lenjan jer nak... baju kotar nanti kita basuh ya!
Kat area Pangsun ni, airnya tidaklah sejuk sangat berbanding dengan Pusat Rekreasi Sungai Congkak. Kat sana lagi sejuk!!
Ater nak buat bellarina kat sini kan... 6 packs tu nan adoo ya...
3 beradek... Abang long dan konco-konconya...My 3 dugongs, kahkahkah...
Lepas penat mandi, naik kejap kat atas...
Duk main snake & ladder ni...
Kecik jer kertas dier, tapi gegeh 3 beradek ni bermain sama...Sejam kat sungai situ, terus gerak kat kawasan Rekreasi Hutan Lipur Sungai Congkak bawah kendalian Tourism Selangor. Bayaran untuk mereka yang berumur 12 tahun keatas adalah RM1.05 (termasuk GST), bawah 12 tahun percuma. Parking kereta kat sini RM4.00 sahaja.
Apa yang menarik, dekat sini sungai dier lebih jernih dan bersih. Dan airnnya sangaaaaaaaaaaaaat sejuk.
Bukan itu sahaja, banyak fasiliti seperti tempat buang sampah, kanopi, bilik air bersih dan surau.
Adik kesayangan abang dan kakak...
Bawa diri tak nak main air... Sebab terlalu sejuk, heheheh
Hutan dara rasanya ni...
Bersih dan terjaga. Dan saya perasan, takde rasa nyamuk mengigit di sini...
Last2 si kenit ni main juga...
Punyalah geli nak pijak pasir sejuk...
Abang yang sulung, bersama 2 adek yang paling kecik...
Biarpun agak cetek... Tapi still kena berjaga sebab banyak batu licin.
Ekceli banyak kawasan mandi kita boleh pilih...
Tapi saya suka kawasan ni...
Sebab airnya memang ketara bersih dan paling penting ianya cetek.
Selain daripada kita datang mandi. Kat sini ada kawasan camping (RM10 satu tapak). Kalau nak buat jungle trekking pun boleh, dan harganya kalau tak silap RM15 seorang dan mesti datang dalam kumpulan dalam 30 orang.
Budak comel kesejukan... Saya jarang pergi mandi sungai, laut dan sewaktu dengannya. Tapi bila dah suami mengajak atas impian anak2 yang teringin nak mendekati alam semulajadi yang bukan biasa pun mereka terokai. Ego sebagai permaisuri lilin tu kena buang tepi. Janji anak hepi... Suami pun hepi... Kita pun senang hati... Iya idok?
Berpagian Mandi Air Sungai Congkak
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
February 11, 2016
Rating:
Wahhhh bestnya berkelah :)
ReplyDeleteYien--- mmg syok lebih2 lagi kat air sungai yang sejuk dan jernih :)
ReplyDeletesungai congkak kat hulu langat, bukan hulu selangor.. >_<
ReplyDeleteyang benar,
orang hulu langat.. :)
Tq nurin..hehehe nanti akk.edit :)
ReplyDeleteAmboiii tak nampak la six pack abang long....sume gambo ada corak bagai...hehe
ReplyDeleteAmboiii tak nampak la six pack abang long....sume gambo ada corak bagai...hehe
ReplyDeleteezna--- takdenya 6 packs tu hahahahahahah
ReplyDelete