‪#‎HPKidsDayOut‬ di Galactic Laser Mid Valley!

Memenangi peraduan yang dianjurkan oleh pihak HP Malaysia membolehkan saya dan keluarga menyertai aktiviti #HPKidsDayOut di Galactic Laser di Mid Valley pada hari Sabtu 20 Februari 2016 baru-baru ini. Seramai 24 ahli keluarga bertuah telah terpilih untuk bersama-sama berada di sini dan kami semua berpeluang bermain laser tag. Wooot woot!

Untuk pengetahuan semua, ini merupakan program #HPKidsDayOut untuk kali kedua yang mana HP Malaysia menganjurkannya. Penganjuran aktiviti sebegini menjadi sebahagian tanggungjawab sosial, HP Malaysia yang sentiasa cuba memberikan yang terbaik terutama kepada keluarga di Malaysia. Apa yang pasti menerusi penganjuran program seperti ini, ahli keluarga dapat melakukan aktiviti bersama-sama dengan gembira sekaligus mengeratkan hubungan kekeluargaan yang sedia terbina.

Tepat pukul 12 tengahari sudah kelihatan ramai keluarga yang hadir membuat pendaftaran di meja urusetia.

*credit pic : HP FB
Saya dan Ameer dengan pose trademark "peace", kihkihkih
Seriusnya muka Ameer!!

Paling excited bila berada di sini, bila dapat melihat pelbagai aksi pertarungan laser tag di skrin. Tapi gambar diatas bukan aksi perlawanan ler...Random aksi pengunjung di Galactic Laser pada hari kejadian.

Laluan ke tempat berkumpul ke semua ahli keluarga yang terlibat dalam #HPKidsDayOut.  Cam real ajer, nak pergi berperang, kihkih

Ini adalah kawasan beraktiviti kami. Ada mini cafe di sini. Oh ya, kami juga disajikan dengan jamuan ringkas oleh pihak HP. Ada spagethi bolognese, hot dog dan macam-macam lagi.

Muka anak-anak yang sememangnya kaki game tembak-menembak. Biasanya dua beradik ni layan Counter Strike di PC tapi kali ni, boleh bertempur di medan peperangan (ala2 yang real). Excited abisler!

Adik yang sangat behave!!

Sabar ajerlah! Adik duk perati dekat kakak dier yang sangat clumsy, iskkk...

Event kali ni memang best! Selain daripada saya berpeluang untuk bermain laser tag. saya juga dapat berjumpa dengan parenting bloggers yang lama gila kot tak bersua. Masing-masing ada komitmen terhadap anak-anak dan keluarga! Ala-ala reunion gitewwww..

Tudung purple adalah Liza dan yang tudung biru itu si Sumi :=)

Dan ini adalah rakan contest baru saya. Kenal mereka dari FB atas dasar suka join peraduan sama ada secara dalam talian a.k.a online ataupun yang offline. Sebelah saya ialah Iris dan hujung sekali adalah Zarina.

*credit pic : HP FB
Kami juga berpeluang merakamkan gambar dan video pendek di photobooth ini.

Wawawawawwa, ngee.

Untuk sesi Ice Breaking, kasi warm up sikit mood peserta, beberapa soalan diutarakan untuk kanak-kanak. Mereka yang berjaya memberikan jawapan betul akan diberikan hadiah oleh pihak HP. Memang gamat betul suasana time ni, sebab hampir semua kanak-kanak berlumba untuk memberi jawapan kepada kakak pengacara.

*credit pic : HP FB
 Sebelum acara perlawanan laser tag dimulakan, Kami para ibu-bapa telah diberikan ringkas tentang produk pencetak terbaru dan terbaik dari HP iaitu HP DeskJet Ink Advantage 4675 and HP DeskJet Ink Advantage 3635 oleh Diane Wong (Marketing Developement Manager HP)

Serius pencetak HP terbaru ni sangat best. Dah lama saya mengidam buat anak-anak, sebabnya hampir setiap harri anak saya mencetak kerja sekolahnya ~terutama untuk kerja kursus PT1 Yana dan PT3 Anaqi. Ini belum masuk lagi beberapa tugasan KBAT buat si Akid.

Apa yang best tentang pencetak ini, nak pasangkannya tak hassle, sebab ianya ada teknologi WIFI. Gambar atau dokumen dari telefon pun boleh terus cetak tau uolls. Senang giler!

Yang paling penting kualiti gambar yang dicetak memang terbaik.Warna terang, DPI (dot per inch) agak tinggi jugak, begitu juga dengan resolution dan distance pinch pun hebat. *Ciri2 pencetak yang bagus, sering saya tekankan dalam kelas Basic Application of  ICT , hehehe.

 Dan ianya boleh mencetak sehingga 480 kertas pada harga ink yang sangat berpatutan. Dan kalau saya mencari pencetak baru, saya akan memilih produk ini kerana ianya berbaloi untuk dibeli pada harga mampu dimiliki pilihan terbaik buat setiap famili--->perghhh cam ayat slogan :p

*credit pic : HP FB
Sementara mak ayah mendengar taklimat penerangan tentang pencetak HP. Anak-anak pula berkumpul di bilik khas untuk sesi penerangan tentang cara bermain laser tag dan juga mereka diberikan latihan/percubaan bermain terlebih dahulu sebelum pertarungan sebenar bermula.

*credit pic : HP FB
Lihat sahaja aksi mereka semua yang begitu gembira dan teruja!
Rasanya dalam 30 minit jyga mereka berlatih.

*credit pic : HP FB
Seterusnya pertarungan pun bermula. Dibahagikan kepada 3 kumpulan utama A, B dan C. Dan untuk setiap kumpulan utama terdapat 5 keluarga (5 team) dan mereka harus bertarung menembak pihak lawan untuk  mendapatkan skor tertinggi.


Since my Ameer bawah umur dan tak layak untuk dihantar ke medan peperangan, maka beliau jadi ahli pemerhati sahaja, hiks. So, gegeh tau budak kecik ini panjat tangga nak tengok abang dan kakak termasuk mak pak dier bertarung di medan peperangan.

Apa yang best tentang laser tag di Galactic Laser ini ialah, kawasan bertarung dier bertingkat. Macam real jer tau berperang. Dengan aksi mengelungsur, dan menembak ala2 sniper dari jauh. Susah nak gambarkan dengan kata-kata...Fun to the Max!!!!

Pssst: Anak saper ntah, duk follow saya dari belakang, pantang hidup kejap jer saya terus mati kena tembak, hahahahahha.

Papan skor untuk game pertama. Saya kumpulan merah. Sebab dapat nombor 1 untuk peperangan kumpulan, jadi pasukan saya berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir. (hover tak ayat, hakak!!). Buahahahahah..

15 minit kot rasanya berlawan bermati-matian. Akhirnya...

Selesai sudah, dan kami ke acara akhir iaitu sesi penyampaian hadiah.

*credit pic : HP FB
 Bro ni memang printer, rasanya pertandingan gambar instagram terbaik.

*credit pic : HP FB
 Pemenang ketiga pertarungan laser tag ~pencabar terdekat team saya :)

*credit pic : HP FB
Pemenang kedua pertarungan laser tag ~keluarga saya yeay!!!
Kredit buat Akid (baju biru), penyumbang skor terbanyak untuk 2 acara perlawanann dalam keluarga saya.

*credit pic : HP FB
Pemenang utama pertarungan laser tag ~keluarga winda!!!!! (comper yang saya kenal dah lama dan kitaorang sangat rapat)

TQSM HP atas acara yang dianjurkan!!
TQSM for goodies dan hadiah yang diberikan!!

Biarpun letih bermain tapi yang pastinya peluang dapat beraktiviti menyeronokkan bersama keluarga tercinta disertai dengan rakan-rakan baru dikenal yang lain sekaligus menjadikan aktiviti ini antara yang menarik pernah saya sertai :=)

‪#‎HPKidsDayOut‬
‪#‎HPKidsDayOut‬ di Galactic Laser Mid Valley! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 23, 2016 Rating: 5

3 comments:

  1. selalu gak datang Mid Valley tapi tak perasan ada Galactic Laser ni. hee

    ReplyDelete
  2. tahniah...dpt menang contest lps tu dpt main..menang lg

    ReplyDelete
  3. rafzan- saya pun br tahu, selama ni ingat kat the curve ajer

    mt- alhamdulillah rejeki

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.