Isteri VS Tunang | Antara Versi Kisah Dari Novel Ke Drama Yang Best!

Hari tu terjebak tengok citer ni dalam talian, gara2 iklan die banyak pulak dalam newsfeed FB. Tapi siyesla best! Mungkin sebab gandingan pelakon yang sesuai dengan watak dalam cerita ni. Hampir semua watak dalam cerita ini best lakonannya.


Lepas tu terbaca pulak novel Isteri vs Tunang hasil tulisan Aisyah Azahar atau nama penanya aesya azahar. Garapan lebih kurang sama, tapi ada sikit kelainannya dalam cerita di TV. Dalam novel ni hubungan si Alana (heroin lakonan Scha) dan Zaim (hero lakonan Hisyam) lagi daring. Tapi dalam drama, watak dowang ni lebih kelakar dan suwitt....

Saya juga suka dengan karektor ibubapa Alana dan juga Zaim. Tak berlebihan dan saya rasa semua intitusi kekeluargaan perlu ada nilai2 seperti yang ada dalam keluarga ini - ambil berat, sayang menyayangi, teguran membina, sporting!

 Watak Fakhrul ni pun agak menarik juga. Kawan lelaki yang rapat dengan Alana, pada yang sama suka dekat Alana. Tidak seperti watak sampingan lelaki dalam drama yang lain (watak kedua yang biasanya lebihobses), Fakhrul ni lebih relaks dan tidak terlalu terdesak melakukan sesuatu yang jahat hanya kerana nak memiliki apa yang die hendak. Dia lelaki cool dan sentiasa berada di sisi Alana setiap apa kali Alana perlukan pertolongan.

4 geng ini sememangnya memeriah citer. Seriusly, selalunya watak jahat kita paling tak sukakan. Tapi dalam cerita ini saya paling suka watak Amira lakonan Sharifah Sakinah. Oiii die punya tahap mengada dan diva sebagai anak Tan Sri yang sentiasa merasakan dunianya ni dier yang punya memang menjadi. Saya rasa Sharifah Sakinah dapat membawa wataknya dengan baik terutama dari segi lontaran dialog dan memek muka yang bersahaja. Sangat menjadik ok...Memang agak meluat, tapi watak Amira inilah yang bagi nampak cerita ini ada citarasa dan berwarna!

Karya bekas pelajar UIA ni walaupun agak klise, tapi ianya tetap menghiburkan. Dan apabila ianya dibawa ke layar perak, dengan hasil arahan terbaik Michael Ang bersama watak lakonan dari pelakon yang sesuai dengan jalan cerita menjadikan naskhah Isteri vs Tunang ini menjadi luar biasa ketika menontonnya :=)

Best!
Isteri VS Tunang | Antara Versi Kisah Dari Novel Ke Drama Yang Best! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 15, 2016 Rating: 5

3 comments:

  1. tgk gk citer ni tp tgk yg ulangan...sbb kt umh ni slalu tgk HBO...so terpaksa la tgk ulangan..astro kn slalu tyng citer ulang222 hehehe....best juga zaim & alana sofea hehe tp mira tu xsuka la hehe

    ReplyDelete
  2. mt- natural jer cara berlakon kan heheheh

    ReplyDelete
  3. Most readers will judge a novel by its characters. Coming up with characters can be a challenge for beginners. There are a few tips to keep in mind when learning how to write crime novel นิยายcharacters.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.